Friday, April 23, 2010

Cerita Bergambar

Salam Sejahtera.

Oleh sebab kali ni aku dah kering idea nak tulis blog, maka aku buat macam ni je la. t
erimalah seadanya (Shizuo H, 2010).


CERITA 1


pelumba moto gp (??) sedang bersedia di garisan permulaan


oh. gambar ni diambil semasa aku test JPJ (kali kedua - buat tak perasan je la kalau nampak benda ni) untuk dapatkan lesen memandu motosikal.eh..motosikal dipandu ke? bukan ditunggang?

utk pengetahuan semua, khususnya bg mereka yg xde atau belum pernah ambil ujian untuk lesen motosikal, inilah suasana pada hari ujian. No jersi (jaket) bergantung kepada turn anda mendaftar. Ujian ini dijalankan pada hari tertentu (bergantung kpd sekolah memandu) dengan pemantauan pegawai penguatkuasa JPJ (kalau dlm gambar ni mereka ada di pondok kecil itu) .

suka untuk aku jelaskan di sini bahawa ujian lesen motosikal ni tidaklah susah sangat . Prosedur ujian ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu litar dan 'jalan raya'. bahagian litar, anda akan diuji dengan kemahiran seperti berikut:

1) berpusing2 di bulatan - 2 pusingan sahaja
2) meniti titian (bonggok) - jatuh gagal lah anda
3) rintangan kon (elakkan kon) - ni kalau langgar jugak..
4) brek kecemasan - pecut 20-30 km dan brek (tangan dan kaki)

kebiasaannya orang akan selalu fail pada bahagian brek kecemasan. anda akan gagal jika
1) bertongkat dengan kaki kiri lepas brek
2) terbalik motor (confirm gagal)
3) brek melebihi garisan depan
4) dan lain2.aku dah lupa.haha

bahagian 'jalan raya' pula macam ni
1) persediaan untuk memandu (menunggang!) - periksa moto, pastikan semua lampu berfungsi dan topi keledar diikat kemas.
2) pastikan anda sentiasa berada di sebelah kiri ye.
3) kemahiran membelok (selekoh tajam)
4) beri isyarat sebelum membelok, memperlahankan motor
5) bersedia untuk berhenti - beri isyarat perlahan, brek dan matikan enjin di garisan berhenti.

begitu la secara lebih kurang ujian ni dijalankan..akhirnya dapatkan keputusan daripada pegawai JPJ bertugas. kalau lulus dapat lesen (yeay!).. kalau x lulus, sila ulang lagi bahagian yg anda gagal.

p/s: kalau ada part salah sila betulkan ye.aku pun dah lupa.terima kasih..



CERITA 2

kanak-kanak zaman millenium

ni gambar masa convex dulu (2008). ni kenalkan....... err dh lupa nama adik ni.sepanjang convex berlangsung, dia asyik datang main game di laptop aku.tp takpe la.skurang2nya ada orang datang utk hilangkan kebosanan. game (flash) yang ada pada masa tu pasal pemakanan.yang dia tengah main tu pasal food safety (dalam bahasa Inggeris!). siapakah gerangan adik ni? anak seorang penjual makanan di tempat pesta konvokesyen hari tu. kalau aku x silap, dia sempat buka dota (aku install je, x main) dan main kejap.haha.

masa convex juga, ada satu keluarga datang dgn 3 orang anak. yg paling besar tingkatan satu. yg adiknya aku rasa darjah 4 dan darjah 1 (aku dah lupa lagi..). mereka 3 beradik ni ada cuba jawab kuiz kat laptop aku. yang membuatkan aku kagum adalah kemahiran mereka bertutur dan faham bahasa kuiz (bahasa Inggeris - mungkin ni hasil PPSMI?). yang darjah 4 dan darjah 1 pun boleh sebut dgn lancar je perkataan dalam soalan tu.huhu

adakah kanak2 sekarang semakin pintar? atau dunia semakin maju? yang pasti masa dah berubah. dulu, masa kita sebagai kanak2 (90-an, skrg masih kanak2 lg ke?) tak ada benda2 atau gajet yg canggih2 ni. kalau masa tu, yang ala2 eletronik sikit (permainan atau gajet) dulu macam cyberpet, digimon, kereta kawalan jauh, brick game.sekarang kanak2 main game komputer, playstation dan lain2.mereka juga ada friendster dan facebook (betul?). masa kita sekolah rendah dulu xde benda2 ni.kita sekarang dah besar baru pakat2 ada friendtster (yg baru berkembang masa tu) dan sekarang facebook.

kalau kanak2 10-20 tahun lg?

sekian.

Thursday, April 15, 2010

Prebiu Peperiksaan Akhir Semester 2


sudahkah anda bersedia?
mereka sedang
.
saya belum.

Salam Sejahtera

Minggu ulangkaji sudah hampir sampai ke penghujungnya. Namun, peratus kemajuan aku dalam mengulangkaji ni agak perlahan (sem lepas dua kali ganda lebih laju). Mungkin sebab ada banyak perkara yang membelenggu dan oh, ada banyak juga benda yang terjadi pada diriku.haha

Tanpa membuang masa, mari kita tengok apa prebiu (meramal prognosis?) untuk setiap kertas peperiksaan yang akan diduduki.



situasi - Wolverhampton Wanderers (Wolves).
masih berpeluang
Ahad, 18/04
GTD 308/2 Penyediaan Diet Teraputik (2.15 – 4.15 ptg)

Peratusan:
60% final (penyediaan diet 40%, penyelesaian kes 20%)
40% kerja kursus (amali – memasak & pembentangan 30%, laporan amali 10%)

Kerja Kursus: tbc

Ramalan:
Peperiksaan dua jam adalah termasuk dengan perancangan menu dan penyelesaian masalah. Bergantung pd kes, penyediaan menu boleh jadi susah atau senang. Menu yang dirancang ini akan dimasak pada 26/04 (Isnin). Jadi pada masa peperiksaan, kami perlu merancang distribusi nutrien, waktu makan dan apa yang perlu dimasak. Tak lupa juga dengan analisis komposisi nutrien yang perlu dibuat. Proses memesan bahan-bahan untuk dimasak juga akan dibuat pada masa tersebut. Tak percaya? Percayalah..

p/s: terima kasih pd Kolu kerana menyelesaikan kekeliruan..tq2

Sasaran: B (setelah menimbangkan semua perkara)


Arsenal - tanpa Cesc dan RVP,
masih ada harapan lagi
Selasa, 20/04
GTD 307/2 Prinsip Terapi Diet 2 (2.15 – 4.15 ptg)

Peratusan: 60% final 40% kerja kursus

Kerja Kursus: CA 1 (C+), CA 2 (A-), Assignment (A-), class activity 1-5 (A, A-, A, B+, C-)

Ramalan:
peperiksaan dua jam dibahagikan kpd tiga bahagian. MCQ, SEQ dan kajian kes. Sem ni utk subjek Sir Daniel kali ni rasanya aku tak terlalu teruk, kalau dibandingkan dengan dietetic skills (sem2 2008/09). Cuma kena bersedia sepenuhnya. Bukan sahaja utk exam, malah utk klinikal sem depan..tahun yg lebih mencabar menanti..

Sasaran: B atau B+. kalau boleh pecahkan satu lagi rekod.mampukah aku melakukan?


situasi antropologi = Hull City AFC?

Rabu, 21/04
GTD 303/2 Antropologi Pemakanan (2.15 – 4.15 ptg)


Peratusan: 60% final 40% kerja kursus

Kerja Kursus: CA D, Laporan ?

Ramalan:
bergelut. Oleh sebab ini adalah kali pertama kursus ni dikendalikan oleh Dr Noorfarizan, maka tidak diketahui apa yang akan terjadi. Apa-apa je boleh jadi. Oleh itu, perlu bersungguh-sungguh lagi, jangan malas2.

Sasaran: B @ B- . CA yang teruk mungkin akan menarik markah aku ke belakang. Tapi final juga perlu mampu menjawab dengan baik. Hanya aku je yg boleh betulkan kesilapan diri sendiri (sapa suruh x studi betul2 masa CA.duhh)


Manchester United - mungkin sempat kejar

Ahad, 25/04
GTD 318/4 Latihan Dietetik Pesakit Luar (2.15 – 4.15 ptg)


Peratusan: 40% final 60% kerja kursus

Pencapaian:
Kuiz Dietitian: 46.8111 (rank 24/24), NCP (?),
Case Presentation (A-), Case Report – Presented (B), non-presented (A-),
Tugasan Khas - Kuih Kelantan (?), Simple Survey (?), Public Talk (?), Tutorial (?)

Ramalan:
semester pertama berjumpa dengan pesakit sebenar. Kalau sebelum ni Cuma belajar teori je.ternyata, teori dgn praktikal tak sama! Walaubagaimanapun, mungkin boleh skor dengan syarat final exam ok. Kuiz je huru-hara sikit. Mungkin sebab tak bertenang dan kurang sedia kut. Final tak boleh ulang kesilapan sama macam dulu-dulu.

Sasaran :
A- @ B+. Tinggi sedikit. Memandangkan subjek ni bawa 4 unit, jadi kalau dapat rendah akan menimbulkan masalah kpd diri sendiri.semestinya!


tottenham hotspurs - jangan putus asa

Selasa, 27/04

GTD 320/3 Pengurusan Perkhidmatan Makanan (2.15 – 5.15 ptg)

Peratus: 60% final 40% kerja kursus

Pencapaian: CA (?), Laporan Premis Makanan (?)

Ramalan:
Sem lepas, toksikologi pemakanan dapat B je. Sem ni, memandangkan subjek ni adalah asas kpd Latihan Industri (LI) kami, jadi penting juga untuk menguasai subjek ni.nanti nak pergi LI tak tahu apa-apa. Kan susah nanti. Nama USM dan PPSK dan juga sudah pasti Program Dietetik akan menjadi taruhan. Jangan menghampakan diri dan orang lain..

Sasaran:
B. Sebab CA aritu agak mengarut. Laporan harap2 Dr terima dgn hati terbuka..hehe


Kesimpulan:
Usah mudah menyerah kalah. Berjuang lah sehingga memecahkan rekod sekali lagi.Amin...
Selamat menyambut peperiksaan semester 2 2009/2010.

Kepada semua - dietitian wannabes, rakan-rakan program2 lain (bloggers atau tak), dan semua penghuni ppsk dan warga usm amnya. selamat berusaha. berjuanglah sehingga ke titisan dakwat pen yang terakhir..

Sunday, April 11, 2010

Pakar Pemakanan di Klinik Terpilih


kesan obesiti - gambar hiasan

Pakar pemakanan di klinik terpilih
2010/04/11

Tangani obesiti, dedah gaya hidup sihat

KUALA LUMPUR: Seramai 300 pakar pemakanan akan ditempatkan di klinik kerajaan terpilih secara berperingkat bagi memberi kaunseling kepada masyarakat berhubung cara pemakanan dan gaya hidup yang sihat sekali gus mengelakkan obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata bagi tahun ini seramai 51 pakar pemakanan akan ditempatkan di klinik yang dikenal pasti dan selebihnya akan dihantar secara berperingkat.

"Ini juga sebagai langkah menaik taraf klinik kerajaan, tidak ketinggalan juga klinik 1Malaysia," katanya selepas merasmikan Majlis Cegah Obesiti Malaysia (Mcom) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

Mcom yang dianggotai 13 anggota persatuan berperanan membantu kerajaan menangani masalah obesiti serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai cara gaya hidup yang sihat.

Beliau berkata, inisiatif membekalkan pakar pemakanan di klinik terpilih daripada 802 klinik kerajaan di seluruh negara diharap dapat membendung peratusan masalah berat badan dan obesiti di kalangan rakyat Malaysia yang menunjukkan peningkatan sebanyak 70 peratus pada 2006 berbanding 10 tahun sebelum itu.

Liow berkata, antara punca utama peningkatan ketara itu disebabkan faktor makanan dan perubahan gaya hidup.
"Jika dulu, orang makan dua kali sehari tetapi sekarang orang makan sehingga lima kali sehari, dengan makan pada tengah malam di kedai mamak.

"Kanak-kanak hari ini juga tidak lagi bermain di luar tetapi hanya bermain ''playstation'' di rumah, ia juga mendorong kepada faktor masalah itu dalam jangka masa panjang," katanya. – Bernama

dipetik daripada Berita Harian, 11 April 2010
link asal

Ulasan:
Oh. inilah keadaannya apabila semakin ramai boroi/buncit/gemok. tapi pakar pemakanan diperlukan untuk membanteras masalah ini.adakah ini satu peluang kerja? eh..aku dietetik.tapi x kisah la, cuba tanya aiman.ada ke dia kisah? buat la apa2 kerja pun asalkan halal..

tapi obesiti ni adalah salah satu faktor utama yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi/masalah kesihatan - diabetes, sakit jantung, tekanan darah tinggi, kanser dan lain-lain (Formiguera, 2004).

nampaknya kena jaga pemakanan ni..mudah-mudahan kita beringat sebelum kena.

Thursday, April 8, 2010

Jadual Final Sem 2 Dietetik (Hijau)

PEPERIKSAAN AKHIR SEMSETER 2
DIETETIK TAHUN 3



AHAD 18/04

GTD 308/2
PENYEDIAAN DIET TERAPUTIK

2.15 - 4.15 PTG




SELASA 20/04
GTD 307/2
PRINSIP TERAPI DIET II

2.15 - 4.15 PTG





RABU 21/04
GTD 303/2
ANTROPOLOGI PEMAKANAN

2.15 - 4.15 PTG







AHAD 25/04

GTD 318/4
LATIHAN DIETETIK PESAKIT LUAR I

2.15 - 4.15 PTG







SELASA 27/04

GTD 320/3
PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN

2.15 - 5.15 PTG







selain itu,

26/04
Peperiksaan Amali Diet Teraputik


2 sesi: pagi/petang

28/04
Suntikan untuk Latihan Perkhidmatan Makanan (LI)


@ HRPZ II