Monday, June 21, 2010

World Cup

Salam sejahtera.

kali ni sempena Piala Dunia (world cup 2010). aku nak kongsi sedikit sebanyak pengalaman aku dengan world cup (bajet cam banyak pengalaman la ni.haha).


World Cup 1998

Pasukan Perancis menjulang
Piala Dunia 1998 di tempat sendiri
Masa ni, aku baru Darjah Empat. Jadi aku pun tak ingat sangat la pasal Piala Dunia kali ni. Masa ni, Ronaldo (star Brazil) baru nak mula terkenal.



World Cup 2002

Piala Dunia 2002, kali pertama di Asia


Piala Dunia yang terbaik pernah aku tengok. Banyak kejutan dan keputusan di luar dugaan. Yang paling best, semua perlawanannya disiarkan pada waktu petang dan malam (sebelum tengah malam). Jadi, tak ada la orang yang berjaga di lewat malam semata-mata untuk tengok bola.

Aku ingat lagi, perlawanan yang paling awal setiap hari adalah pada jam 2.30 petang waktu Malaysia! Lepas balik sekolah (tamat waktu sekolah aku pukul 2), terus buka TV untuk tengok bola.haha. Aku ingat lagi biasanya aku dikaitkan dengan Zinedine Zidane sebab nama yang hampir sama.(nama je sama..skill jauh sekali). Ada kawan aku panggil aku Zanidin Zuddin (gabung nama aku dengan nama ayahku).haha.


Zidane gagal membantu Perancis
dari tersingkir awal pada 2002


Ceritanya, pada Piala Dunia 2002 ni, Zinedine Zidane terlepas dua perlawanan awal pasukan Perancis akibat cedera. Ketika Zidane ni cedera, Perancis kalah dan seri 2 perlawanan awal ini dan memerlukan kemenangan ke atas Denmark untuk mara ke pusingan kedua. Pada perlawanan menentang Denmark, Zidane telah pulih daripada kecederaan dan boleh beraksi. Namun, Zidane ni gagal membantu Perancis yang akhirnya tumpas 0-2, sekaligus menjadi juara bertahan pertama tersingkir di peringkat kumpulan.

Kemudian perlawanan seterusnya pada pukul 5.00 petang dan 7.00 malam (atau 7.30, tak pasti). Kemudian selepas habis perlawanan barulah disiarkan Buletin Utama (TV3). Antara yang aku masih ingat, perlawanan antara Sepanyol dengan Ireland (Sepanyol menang selepas penentuan sepakan penalti, apabila keadaan terikat 1-1 selepas tamat masa tambahan) menyebabkan Buletin Utama disiarkan kira-kira pada pukul 10 malam pada hari tu!

Ronaldo (Brazil) meraikan kejuaraan
Piala Dunia 2002 bersama Rivaldo

(p/s: rambut lupa nak cukur habis ni)



World Cup 2006

logo Piala Dunia 2006
(p/s: Football = fussball?)
Masa ni pula, aku kat Kolej Matrikulasi Pahang. Jadi nak tengok siaran bola kena tengok kat bilik TV kat tingkat bawah asrama. Masa perlawanan pembukaan, 12.00 malam (tuan rumah Jerman melawan Costa Rica), aku sempat tengok 15 minit (kedudukan dah 2-1 pada masa tu kalau tak silap). Lepas tu pergi tidor..zz


Zidane lagi! -
kali ini dilayangkan kad merah dalam perlawanan akhir.
Mesti korang dah tau pasal apa kan dia buat camtu kan?

World cup kali ni, sebab dilangsungkan di Eropah, jadi banyak perlawanan disiarkan pada sebelah malam dan tengah malam dan juga awal pagi (pukul 10 perlawanan paling awal). Jadi aku sempat tengok perlawanan awal je la kalau yang 90 minit. Untuk perlawanan yang disiarkan pada awal pagi, memang ada orang yang sanggup tengok dan bersorak walaupun dah pukul 4 pagi. Lebih-lebih lagi kalau perlawanan antara pasukan pilihan!

Itali - juara Piala Dunia 2006.
mampukah mereka mengulangi kejayaan tahun ini?

World Cup 2010Kali ni, aku dah ada di USM. Tapi sebab cuti aku ada kat rumah. Tapi, rumah aku tak ada Astro, jadi terpaksa tengok RTM...

...yang mendakwa mereka adalah penyiar rasmi Piala Dunia 2010 di Malaysia (memang betul pun). Tetapi rupanya ramai peminat bola (mungkin termasuk aku) terasa mereka seperti kena tipu, kerana menyangka semua perlawanan akan disiarkan. Sebenarnya hanya lebih kurang 35 perlawanan je yang disiarkan di TV1 dan TV2 (termasuk siaran tertunda). Mungkin dalam hal ini, RTM terlebih 'bajet' mengatakan stesen mereka sebagai penyiar rasmi Piala Dunia kali ini. Sepatutnya RTM kalau ada apa-apa masalah seperti tiada penaja atau kurang peruntukan, RTM perlu bagi peluang kepada pihak lain yang lebih berkeupayaan untuk menyiarkan semua perlawanan (Media Prima, mungkin?). Ini hanya pendapat aku je..


logo Piala Dunia 2010

Jadi aku agak kempunan sedikit untuk melihat perlawanan-perlawanan pada Piala Dunia kali ini. Nak melancong ke Afrika Selatan aku tak mampu dan tak dapat. Jadi untuk tahun ini, rasanya aku tengok je la mana-mana game yang disiarkan. :(

Selamat berPiala Dunia untuk tahun 2010, yang pertama di bumi Afrika.


dan juga sedikit pesanan penaja,


KATAKAN YA KEPADA BOLA SEPAK
KATAKAN TIDAK KEPADA JUDI BOLA SEPAK

Monday, June 14, 2010

Selamat Hari Lahir! (Lambat!)

teka..apa yang adik ni tengok?


Salam Sejahtera..

oh.baru aku sedar. Rupanya blog ni dah cukup setahun umur dia (artikel pertama blog)! Syukur pada Allah kerana telah memberikanku peluang untuk berbloging (?) walaupun blog ni takde la seberapa sangat kalau dibandingkan dengan blog2 korang semua.

dan juga tidak lupa, terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti blog ini dari semasa ke semasa (walaupun lama x update..hehe). Terima kasih kepada semua pembaca, tidak kira yang bising atau yang senyap (jangan marah)..dan juga kalau korang rasa ada cadangan apa yang patut ditulis dalam ni boleh jugak kongsi dengan ambo deh.. =)

Semoga anda sentiasa berada dalam Hidup Yang Lebih Indah..



Lagi menyusul
artikel-artikel lain
seperti biasa
(dalam masa terdekat)...
insyaAllah