Friday, December 31, 2010

Carta HYLI Disember 2010

Salam Sejahtera

Edisi terakhir untuk tahun 2010, entri ke-53 membawakan keputusan carta Hidup Yang Lebih Indah untuk bulan Disember. Akhirnya carta ini genap setahun, walaupun baru disiarkan bulan ini.

10) Yume no Ashioto ga Kikoeru - Mizuhara Kaoru (lagu baru)


Lagu penamat bagi siri animasi Ga-rei: Zero. Siri ini adalah prekuel manga Ga-rei, mengisahkan latar belakang watak utama manga ini Tsuchimiya Kagura dan Isayama Yomi. Siri animasi ini aku rekomen untuk korang tengok. Best. Kredit kepada Hakim yang menyarankan siri ini pada aku. Poster di atas adalah watak utama palsu siri ini.

9) I Do It – Stereopony (Okt: 7, Nov:2)
Single ketiga Stereopony hasil koleborasi penyanyi dan komposer YUI dan vokalis Stereopony, Aimi.

8) Rain – YUI (Nov: 4)


Sempena musim hujan ini, lagu ini memang sesuai untuk didengarkan semasa malam hujan yang syahdu.

7) Sign – FLOW
(Jun: 1, Jul: 1, Ogos: 1, Sep: 2, Okt: 1, Nov: 6)
Bulan ketujuh dalam carta dan tempat ketujuh. Lagu pembukaan untuk siri animasi popular kanak-kanak Malaysia, Naruto: Shippuden.


6) Hakanaku mo Towa no Kanashi – UVERworld (lagu baru)


Satu lagi lagu daripada siri animasi. Kali ini siri Mobile Suit Gundam 00.

5) One Day – The Rootless (Nov: 7)
Sekarang lagu ini adalah nada dering telefon aku. Lagu untuk pertempuran epik di Marineford (One Piece).

4) Paradise Lost – Minori Chihara (lagu baru)


Jarang-jarang sekali aku jumpa siri animasi yang lagu tema pembukaan dan penamatnya sama-sama menarik perhatian aku. Jika tadi Mizuhara Kaoru menyanyikan lagu penamat, lagu Minori Chihara pula adalah lagu pembukaan untuk Ga-rei: Zero. Poster watak utama sebenar.

3) Nurul Iman – Rabbani (Sep: 8, Okt: 3, Nov: 1)
Lagu Nurul Iman daripada Rabbani menjadi juara carta bulan lepas. Lagu ini masih lagi bertahan dalam carta Ikim.fm.

2) Aman – Far East(Jul: 6, Ogos: 3, Sep: 5, Okt: 4, Nov: 3)


Lagu kumpulan Far East, Aman bergelar naib juara bulan ini. Bulan keenam dalam carta.


1) Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana(Jul: 8, Ogos: 10, Sep: 7, Okt: N/A, Nov: 5)



Akhirnya sebagai juara. Lagu ini telah bertahan dalam carta untuk bulan kedua dan tersenarai dalam carta sebanyak lima kali, kecuali dalam bulan Oktober. Lagu duet Fiq dan Mirwana ini gagal layak ke Anugerah Juara Lagu, sama seperti sebuah lagi lagu duet Mirwana, Tika Masanya (feat. Hujan). Juri buat apa pun tak tahu.

Lagu Terkeluar
Hanya 3 lagu terkeluar bulan ini. Menyesal (Sixth Sense, ke-8), Ku Yakin Berlaku (Aidil, ke-9) dan Ft (Funkist, ke-10) tidak lagi mendapat tempat dalam bulan ini.

Jumpa lagi pada tahun 2011.

Tuesday, December 28, 2010

Bekok bong, Basoh jeghuk

Saley Sejahtero


Sebelum demo baco, kawe nok peringat demo jange duk genyeh2 mato pulop lepah baco ni.kalu demo x pehe pun keno baco jugok.

male ni, kawe nok crito siket la pasal uje arini.arini dup gomo uje pagi2 lagi.supo tok se bereti jah uje arini.kawe g praktikal di hkb pun basoh jugop.mujur la ado baju uje.tehe sikit basoh.kasut nge stokin jah basoh, tapi de bekok dulu. de uje gak, sejuk.jale pun jem sebab keto abih bowok selo.tu pun ado hok kughe cerdik dop pase lapu bowok keto dale uje.takdop duk parop sangat gak kalu bow lapu 2 butir tu.kalu pase ekon tu parop lagi

acu demo oyak berapo perseng demo pehe gapo hok kawe duk oyak sakni? kawe tokse belebe panje2 doh, lamo ke pening demo duk baco. bendo ni bukenyo buleh trenslek denge gogel trensleto.sajo nok tes demo2 ni hok rajin buko blog gonk ni.haha

wassalam


p/s:
Entri ke-52 untuk tahun ni.nisbah dalam 1 artikel seminggu.tapi ini adalah posting ke-11 untuk bulan ni disebabkan oleh Carta HYLI yg x berapa nak popular sangat tu, popular sikit daripada Channel V je.

Wednesday, December 22, 2010

Carta HYLI November 2010

Salam Sejahtera.

Akhirnya sampai ke edisi terkini carta HYLI. Untuk keputusan bulan Disember, insyaAllah akan disiarkan pada hujung bulan ini nanti.

10) Ft – Funkist (Okt: 8)


Lagu ini, memang bertajuk Ft. Mungkin merujuk pada Fairy Tail. Bukan ft = featuring ye.
Harap maklum.


9) Ku Yakin Berlaku – Aidil (lagu baru)


Kumpulan Aidil adalah penjenamaan semula kepada kumpulan Ideal yang popular dengan lagu Sembahyang satu masa dulu. Kini, dengan ahli baru dan konsep baru, kumpulan Aidil kembali. Lagu ini dimuatkan dalam album kompilasi 12 Cinta: Cinta Ilahi Cinta Insani yang kini berada di pasaran.


8) Menyesal – Sixth Sense (lagu baru)


Lagu tema drama Asmara yang disiarkan di TV3. Petikan album terbaru Sixth Sense, +-x÷.


7) One Day – The Rootless (lagu baru)


Lagu daripada band The Rootless ini adalah lagu pembukaan ke-13 siri animasi One Piece. Lagu tema untuk pertarungan di Marineford antara kumpulan lanun Whitebeard dengan Marin.
One piece of rock?


6) Sign – FLOW (Jun: 1, Jul: 1, Ogos: 1, Sep: 2, Okt: 1)


Juara 4 kali, Sign nyanyian FLOW jatuh ke tempat ke-6 bulan ini. Mungkin sempena bulan keenam dalam carta.


5) Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana
(Kemasukan semula. Julai: 8, Ogos: 10 dan September: 7)


Setelah terkeluar pada bulan Oktober, Fiq dan Mirwana kembali memanifestasikan cinta mereka bulan ini. Lagu ini turut melangkah ke separuh akhir Muzik Muzik 25.


4) Rain – YUI (lagu baru)


Setelah beberapa bulan tanpa lagu YUI dalam carta ini, akhirnya single terbaru YUI kembali menembusi carta. Rain dijadikan lagu untuk siri drama Jepun, Perfect Report.


3) Aman – Far East (Jul: 6, Ogos: 3, Sep: 5, Okt: 4)


Bulan kelima dalam carta.


2) I Do It – Stereopony (Okt: 7)


Versi Stereopony dan versi YUI untuk lagu ini hanya berbeza dari segi pembawaan vokal. Namun versi Stereopony pun tak kurang hebatnya.


1) Nurul Iman – Rabbani (Sep: 8, Okt: 3)



Lagu nasyid pertama memecah dominasi lagu-lagu Jepun untuk menjadi juara bulanan dalam carta HYLI tahun ini. Tahniah. Mampukah kedudukan ini dipertahankan? Sama-sama kita tunggu.


Lagu Terkeluar
Kembara (Saujana, ke-9) dan Snow Fairy (Funkist, ke-10) hanya bertahan sebulan dalam carta.

Lagu Tika Masanya (Mirwana feat Hujan) hanya sempat berada 2 bulan dalam carta (ke-3 September dan ke-2 Oktober).

Rain - SID (ke-6 Ogos, ke-4 September dan ke-6 Oktober) dan Blue Bird oleh Ikimono-gakari (ke-2 Ogos, juara September dan ke-5 Oktober) dikeluarkan setelah 3 bulan dalam carta.

Tuesday, December 21, 2010

Carta HYLI Oktober 2010

Salam Sejahtera.

Harap korang dapat bersabar ye.

10) Snow Fairy – Funkist (lagu baru)
Lagu pembukaan pertama untuk siri anime Fairy Tail. Ada persamaan mood dengan lagu Drawing Days (Splay); lagu tema pertama untuk siri anime Katekyo Hitman Reborn.
Mood riang ria sebelum pertarungan yang mencabar berlaku.

9) Kembara – Saujana (lagu baru)
Elemen gitar akustik (kot) yang kuat dalam lagu ni. Tapi masih sempat berzikir.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, Hasbiyallah..

8) Ft – Funkist (lagu baru)


Satu lagi lagu Funkist untuk siri anime Fairy Tail, sebagai lagu pembukaan ke-3. Mood lagu ni? Pertarungan. Menggabungkan banyak elemen termasuk rap, moden dan tradisional(?).


7) I Do It – Stereopony (lagu baru)


Lagu ketiga Stereopony memecah masuk carta selepas Tsukiakari no Michishirube dan Namida no Mukou.

6) Rain – SID (Ogos: 6, September: 4)
Lagu SID yang bertajuk hujan ini kekal dalam carta untuk bulan ketiga.

5) Blue Bird – Ikimono-gakari (Ogos: 2, September: 1)


Juara bulan September tergelincir ke tempat ke-5 untuk bulan Oktober ini.

4) Aman – Far East (Julai: 6, Ogos: 3, September: 5)
Terus bertahan dalam carta, untuk bulan keempat.

3) Nurul Iman – Rabbani (September: 8)


Lagu tema untuk siri drama Nurul Iman yang disiarkan di TV2 baru-baru ini melonjak ke tempat ketiga.


2) Tika Masanya – Mirwana feat. Hujan (September: 3)
Tika masanya
Ku bertemu denganNya
Tiba saatnya ku serahkan segala
Pastinya ku kan terus melangkah, menuju cintaNya

Lagu ini juga dicalonkan di carta Hot 30 di Hot FM.

1) Sign – FLOW (Jun: 1, Julai: 1, Ogos: 1, September: 2)



Sign kembali ke takhta sebagai juara carta HYLI untuk kali ke-4.
Rekod bilangan kejuaraan, mengatasi Tsukiakari no Michishirube yang menjuarai carta 3 kali sebelum ini.


Lagu Terkeluar
4 lagu terkeluar.
Colors (FLOW) hanya bertahan sebulan setelah kembali disenaraikan (ke-9).
88 (LM.C) juga terkeluar (ke-6).

Tanpa Agama (Rabbani) berada dua bulan dalam carta (ke-4 Ogos dan ke-10 September).

Manifestasi Cinta Fiq dan Mirwana terhenti setakat ini. 3 bulan dalam carta (Julai: 8, Ogos: 10 dan September: 7).

Sunday, December 19, 2010

Carta HYLI September 2010

Salam Sejahtera

Untuk bulan September, kembali pada format asal.Tak pe kan?

10) Tanpa Agama – Rabbani (Ogos: 4)
Apa akan jadi kalau manusia tanpa agama?

9) Colors – FLOW (kemasukan semula. Jan: 3, Feb: 5)


Lagu Colors daripada kumpulan FLOW menjadi lagu pertama kembali ke dalam carta HYLI selepas terkeluar sejak bulan Mac lepas.


8) Nurul Iman – Rabbani (lagu baru)


Lagu Nurul Iman daripada album terbaru Rabbani, Mahabbah tersenarai dalam carta buat kali pertama.

7) Manifestasi Cinta – Fiq feat. Mirwana (Jul: 8, Ogos: 10)
Manifestasi cinta Fiq dan Mirwana diteruskan untuk bulan ketiga berturut-turut.

6) 88 – LM.C (lagu baru)


Lagu daripada kumpulan LM.C merupakan lagu pembukaan ke-4 untuk siri animasi Katekyo Hitman Reborn. Aku rasa lagu ni adalah lagu terbaik daripada semua lagu pembukaan anime ini.


5) Aman – Far East (Jul: 6, Ogos: 3)
Lagu Aman daripada Far East kekal dalam carta untuk bulan ketiga berturut-turut. Secara peribadi aku lebih suka lagu ini daripada lagu hit album ini, Saat Lafaz Sakinah.

4) Rain – SID (Ogos: 6)


Lagu siri animasi Full Metal Alchemist Brotherhood ini mengukuhkan kedudukan dalam carta.


3) Tika Masanya – Mirwana feat.Hujan (lagu baru)


Mirwana meneruskan revolusi mereka dengan lagu ini yang dimuatkan dalam album terbaru Mirwana, Bumi Akhir Usia. Lagu duet Mirwana dan kumpulan Hujan ini menekankan tentang kepentingan bersolat.

2) Sign – FLOW (Jun: 1, Julai: 1, Ogos: 1)
Oh. Setelah 3 bulan bergelar juara, akhirnya lagu FLOW ini jatuh ke tangga kedua. Tak sempat memecahkan rekod juara. Hoho

1) Blue Bird – Ikimono-gakari (Ogos: 2)



Bulan kedua dalam carta, tempat kedua bulan lepas. Bulan September sebagai juara. Susunan muzik dalam lagu ini menggabungkan elemen klasik dan moden.
Aoi, aoi, ano sora (to that blue, blue sky).


Lagu Terkeluar

Empat lagu terkeluar.
Dua lagu
terkeluar selepas sebulan dalam carta.
Sandaran Harapan - Castury dan Azwan Far East (ke-5)
Pergi Saat Indah - Aiman (ke-9)

Mahabbah
Lagu Mahabbah daripada kumpulan Rabbani terkeluar setelah berada selama 4 bulan dalam carta (ke-4 Mei, ke-2 Jun, ke-4 Julai dan ke-8 Ogos).

Days


8 bulan
, iaitu sejak carta ini diwujudkan. Sepanjang berada dalam carta, lagu ini berjaya dua kali sebagai juara (Januari dan Februari), ke-3 pada Mac, ke-6 April, ke-7 pada bulan Mei dan Jun diikuti ke-2 pada bulan Julai dan ke-7 sekali lagi pada bulan Ogos.

Saturday, December 18, 2010

Carta HYLI Special: Julai & Ogos 2010

Salam Sejahtera

Carta di blog ini kembali lagi. Kali ni, dua bulan sekali gus dan aku buat 'special' sikit untuk korang semua pengunjung blog Hidup Yang Lebih Indah yang tetap setia singgah di sini.

Terimalah.

Carta HYLI Julai 2010

Sedikit Spoiler ye.


Lagu Terkeluar

Tujuh lagu terkeluar dari carta untuk bulan Julai, satu rekod baru. Revolusi?
4 lagu hanya sempat sebulan je.
Hero’s Comeback (Nobodyknows, ke-3)
Sinar Pasti Ada (Azhan Atan, ke-5)
I’ll Be (YUI, ke-6)
Colors of the Heart (UVERworld, ke-8)

Sakura Rock – Cherryblossom (ke-3 Mei, ke-10 Jun) terkeluar selepas 2 bulan dalam carta.

Lagu Stereopony iaitu Tsukiakari no Michishirube terkeluar setelah 4 bulan dalam carta, termasuk 3 kali selaku juara (Mac, April dan Mei) dan ke-4 pada bulan Jun.

Patah Hati daripada kumpulan Saujana terkeluar selepas 5 bulan dalam carta (ke-7 Feb, ke-4 Mac, ke-3 April, ke-5 Mei dan ke-9 Jun).

Maknanya, 7 lagu baru disenaraikan. Selamat menonton.



**********************************

Carta HYLI Ogos 2010


Bulan Ogos pun sama. Edisi istimewa.

Lagu Terkeluar

Revolusi diteruskan dalam carta HYLI.

Sebelum korang tengok video kedua, sekali lagi tujuh lagu menjadi mangsa bulan ini. Lagu-lagu junior yang kena.hahaha. Kes buli?



P/S:
Macam mana video2 di atas? kalau aku mintak tolong korang bagi markah boleh? dalam skala 1-10. Terima kasih kerana menonton.

Thursday, December 16, 2010

The Making of Din_diet

Salam Sejahtera.

Oleh sebab ada permintaan daripada lea untuk blogger2 usm dan lain2 untuk buat biodata pasal diri masing-masing, kali ni tuan punya blog ini akan membongkar identiti beliau. Walaupun agak lambat sedikit. Maaf ye.



Nama Penuh:
M Izzuddin Bin M Z

Nama Panggilan:
Din (situasi umum, kawan2 dan termasuk dr hamid & dr foo),
Izzuddin (khusus, formal cikgu2 dan lecturer2), judin (sekolah dulu), abe (rumah), Mascherano/Mascheradin (masa main bola), din_diet (sendiri bikin), din_iz (nama entah apa2)

Butir Kelahiran:
29 Februari 1988, HUSM Kubang Kerian 6.05 pagi.

Umur: 22 tahun dah

Status: Bujang tapi tak berapa senang

Tempat Tinggal: Kota Bharu (Newcastle of Malaysia)


Sejarah Pendidikan: USM (2007-2011)
Sekarang sedang mengaji di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian. Kursus Dietetik di bawah PPSK.

Kolej Matrikulasi Pahang (KmpH) (2006-2007)
Sempat juga tinggal di Gambang, Kuantan, Pahang. Banyak kenangan manis semasa menjadi pelajar KmpH (kolej matrikulasi paling laju di Malaysia).

SMK Dato’ Ahmad Maher (2001-2005)
SMK Dato’ Ahmad Maher. Antara sekolah harian terbaik di Kelantan. Masa PMR dapat 9A. Masa SPM merudum sikit sebelum…. :D. terima kasih kepada semua cikgu-cikgu aku dulu.
SK Sultan Ismail 2 (1995-2000)
Sekolah rendah ni sekolah budak2 lelaki sahaja. Aku sempat sekolah petang setahun, masa darjah tiga.

Taski Taman At-Tarbiah (1993-1994)
Belajar ABC dan alif ba ta di tadika yang letaknya selang 1 rumah daripada rumah aku. Sekarang dah tutup sebab tak ada pelajar.


Aku suka..
1) Buka internet sambil berjangkit dari satu laman web ke laman web lain.
2) Main dan tengok (tonton) bola, fantasi dan juga realiti. Fantasi maksudnya main game bola (FIFA, PES dll). Realiti bermaksud turun padang. Futsal pun ok. Tapi dah lama tak ada orang ajak main futsal..
3) Berjalan-jalan. Jauh berjalan luas pandangan kan.
4) Buat keputusan pakai gerak hati. Bahaya jugak ni.
5) Dengar lagu. Tak kisah genre apa. Biasanya nasyid dan lagu-lagu anime Jepun. Nasyid untuk mencari ketenangan. Lagu-lagu genre lain untuk karok habis.
6) Newcastle United sejak 1996. Howay the lads! Gomo kelate gomo!
7) Meronda kafe-kafe di hostel kalau tak sibuk. Jangan tanya untuk apa.
8) Sedut cerita, tapi tak semestinya aku tengok cerita itu.
9) Kumpul jersi. Sekarang baru taraf replika. Mungkin kalau dah kerja nanti aku akan kumpul jersi asli, terutamanya Newcastle United.
10) Baca manga. Sekarang sedang baca One Piece, Fairy Tail, Naruto, Katekyo Hitman Reborn dan Bleach. Watak kegemaran Roronoa Zoro (One Piece), Hibari Kyoya (KHR) dan Hiruma Youichi (Eyeshield 21).
11) Berbual-bual dengan pakcik makcik. Dapat tingkatkan kemahiran komunikasi dan tingkatkan vokab bahasa kelate.
12) Tolong orang tapi tak nak tipu orang.
13) Buku? Aku bukan taraf ulat dah sekarang..
14) Makanan? Apa saja, janji halalan toyyiba.


Aku tak suka..
1) 'Stuck' masa buat kerja. Kalau dah tepu aku akan cepat2 tukar kerja lain.
2) Orang kacau aku masa aku tengah khusyuk buat sesuatu benda, terutamanya kalau hal tak penting (self defined). Kalau orang minta tolong tak apa, aku akan tolong setakat termampu.
3) Kalau sangat stress aku takkan boleh buat apa2 pada hari itu sehingga esok.
4) Tidur petang. Entah kenapa. Mungkin sebab tak biasa. Kalau tidur petang tu maknanya aku tak ada kerja ataupun sangat letih.
5) Bergaduh. Susah nak berbaik semula. Memang susah. Kecuali kalau gaduh dengan adik aku. Air dicincang takkan putus le.

Trivia:
1) Nama aku akan disalah eja dalam 80% keadaan. Contoh ejaan salah: Izudin, Izzudin, Izuddin. Sila, pastikan nama saya dieja MUHAMMAD IZZUDDIN ye. Double z dan double d ok.
2) Aku masih belum jumpa walau seorang pun (lelaki atau perempuan) yang sama tarikh lahir dengan aku sampai sekarang.
3) Sejak sekolah menengah, mana-mana tempat aku pergi mesti aku akan pernah jadi ketua termasuk kelas, persatuan, tutorial dan kursus. Tapi banyak aku rasa jadi ketua tak guna.
4) Sepanjang belajar selama 15-16 tahun, aku Cuma belajar di luar Kelantan 1 tahun je. Kuantan adalah bandar yang bagus untuk diterokai.
5) Pernah mengurus Newcastle United, dalam Championship Manager 2007. Semasa aku jadi pengurus, Newcastle dah jadi antara kelab paling ‘power’ di Eropah. Menang EPL, FA Cup, League Cup, Champions League dan Piala Kelab Dunia. Lol. Sekarang sedang mengurus Kelantan dalam Football Manager 2009. Sekarang dah masuk musim 2016.
6) Boleh stay up sampai 3-4 pagi. Bergantung pada keazaman (willpower) atau Nescafe. Kalau sangat2 mengantuk akan tidur sangat awal (11.30-12.00 malam).
7) Spek aku start pakai 2006 walaupun dah lama rabun.
8) Kenangan manis: Bahasa Arab 2001-2003, Perkhemahan Perdana 2005, SPM 2005, KmpH 2006-2007, Kuantan, MPI 11 2009, Pondok Pasir Tumboh 2009, KSK 2009, Dapur HUSM 2010 dan lain2.
9) Kenangan pahit: tak mahu ingat. Usah dikenang masa lalu. Ambillah pengajaran. Belajarlah dari kesilapan lalu. :)

Monday, December 13, 2010

Carta HYLI Jun 2010

Salam Sejahtera

Fuh.keputusan bulan Jun.

10) Sakura Rock – Cherryblossom (Mei: 3)


Lagu ini jatuh ke tempat ke-10 bulan ni. Aiyak.


9) Patah Hati – Saujana (Feb: 7, Mac: 4, Apr: 3, Mei: 5)


Terus bertahan dalam carta untuk bulan kelima berturut-turut walaupun turun ke tempat ke-9 untuk bulan Jun. Jangan patah hati ye.


8) Colors of the Heart – UVERworld (lagu baru)


Lagu dari band UVERworld, yang popular dengan lagu pembukaan D-technolife untuk siri animasi Bleach. Lagu ini adalah lagu tema kepada siri animasi Blood+, yang diinspirasikan daripada filem animasi Blood: The Last Vampire (2000, diikuti adaptasi filem pada 2009).


7) Days – FLOW (Jan: 1, Feb: 1, Mac: 3, Apr: 6, Mei: 7)


Lagu Days terus tersenarai dalam carta untuk bulan keenam berturut-turut. Kekal di tempat yang sama seperti bulan sebelumnya. Untuk bulan seterusnya?


6) I'll Be – YUI (lagu baru)


Satu lagi single YUI berjaya menembusi carta. Single tahun 2008 ini boleh dimasukkan dalam kategori lagu motivasi.


5) Sinar Pasti Ada - Azhan Atan (lagu baru)


Lagu ini asalnya bertajuk Segalanya Pasti, yang dipersembahkan oleh Azhan Atan sewaktu pertandingan akhir Akademi Nasyid TV9 pada 2008 yang lalu. Lagu ini kemudian dimuatkan dalam album pertama Azhan, Ku Milik Mu.


4) Tsukiakari no Michishirube – Stereopony (Mac: 1, Apr: 1, Mei: 1)


Oops. Juara untuk tiga bulan lepas dah turun ke tempat keempat. Lagu ini dimuatkan dalam album penuh kedua Stereopony, Over The Border pada tahun lepas. Dan lagu ini masih lagi lebih menyerlah kalau dibandingkan dengan lagu lain dalam album tersebut. Gemersik vokal Aimi.


3) Hero's Comeback – Nobodyknows (lagu baru)


Nobodyknows. Memang nama kumpulan ni. Lagu pembukaan pertama untuk siri Naruto Shippuuden. Secara ringkas, lagu ni adalah lagu rap.
Three, two, one, make some noise!


2) Mahabbah – Rabbani (Mei: 4)


Lagu daripada kumplan Rabbani yang mengisahkan cinta yang sebenarnya. Untuk bulan Jun, lagu ni bergelar naib juara.


1) Sign – FLOW (lagu baru)

Akhirnya, pada bulan Jun, carta HYLI mempunyai sebuah lagu baru yang memasuki carta dan terus bergelar sebagai juara. Sebuah lagi lagu dari kumpulan FLOW yang diangkat sebagai lagu pembukaan ke-6 untuk siri animasi Naruto Shippuuden. Selamat mendengar.


Lagu Terkeluar
Dua lagi lagu YUI menemui nasib yang sama seperti bulan lepas, terkeluar setelah sebulan dalam carta iaitu lagu Laugh Away (ke-9) dan I Remember You (ke-2). Untuk bulan kedua berturut-turut, naib juara bulan sebelumnya terkeluar daripada carta.

Lagu-lagu ini pula terkeluar setelah dua bulan dalam carta.
Selamat Malam - Faizal Tahir (ke-9 April & Mei)
Bicara Hatiku - NICE (ke-10, ke-8)
Shunkan Sentimental - SCANDAL (ke-8, ke-6)

Jumpa lagi.

Sunday, December 12, 2010

Carta HYLI Mei 2010

Salam Sejahtera

Keputusan bulan Mei. hari ini entri berganda ye. sila baca bahagian bawah dulu. :)

10) Laugh Away – YUI (lagu baru)


Hah. Lagu YUI yang lain pun ikut sama menceroboh carta. Dirakam pada tahun 2007.


9) Selamat Malam – Faizal Tahir (Apr: 9)


Faizal Tahir masih lagi bertahan di tempat ke-9 seperti April lepas. Selamat malam.zzzz


8) Bicara Hatiku – NICE (Apr: 10)


Lagu kumpulan NICE juga ikut sama bertahan dalam carta dan melonjak ke tempat ke-8. Unsur koir dalam lagu ni menjadikan lagu ni agak unik .


7) Days – FLOW (Jan: 1, Feb: 1, Mac: 3, Apr: 6)


Days kini menghitung hari untuk bertahan dalam carta. Bagaimanapun Days masih lagi lagu yang paling lama kekal dalam carta, masuk bulan kelima berturut-turut.


6) Shunkan Sentimental – SCANDAL (Apr: 8)


Lagu daripada kumpulan Scandal melonjak ke tempat ke-6 untuk bulan ni.


5) Patah Hati – Saujana (Feb: 7, Mac: 4, Apr: 3)


Kau tidak seperti dulu, yang ku kenali dulu, rupa hilang seri, manakah manisnya?
Kau tidak seperti dulu, yang ku kenali dulu, madah tak berlagu, manakah girangnya?
Bertahan dalam carta untuk bulan keempat berturut-turut. Namun, turun ke tempat kelima.


4) Mahabbah – Rabbani (lagu baru)


Lagu dari album terbaru Rabbani, Mahabbah. Album ini adalah album pertama Rabbani selepas pemergian Allahyarham Ustaz Asri. Ulasan mengenai album ni boleh baca di sini.


3) Sakura Rock – Cherryblossom (lagu baru)


Lagu Cherryblossom menjadi salah satu lagu penamat untuk siri animasi Katekyo Hitman Reborn. Kumpulan Cherryblossom sekarang telah pun berpecah.


2) I Remember You – YUI (lagu baru)


Lagu pendek daripada YUI, 2 minit 53 saat. Lagu jiwang yang dirakamkan pada tahun 2006 ni terus melonjak ke tempat kedua. Kita tunggu bulan seterusnya macam mana.


1) Tsukiakari no Michishirube - Stereopony (Mac: 1, Apr: 1)


Terus bertakhta di tempat pertama untuk bulan ketiga berturut-turut. Sekaligus, ia memecahkan rekod lagu paling lama bergelar juara, mengatasi Days daripada kumpulan FLOW yang menjadi juara selama dua bulan berturut-turut. Masih kemah kemin.


Lagu Terkeluar
Dua lagu YUI, Jam (ke-4) dan Never Say Die (ke-7) hanya mampu bertahan sebulan dalam carta. Lagu Himesh Reshammiya, Jhalak Dikhalaja yang menjadi naib juara bulan lepas pun turut terkeluar.

Lagu Jika Terakhir Buatku daripada Saujana terkeluar selepas berada berada 3 bulan dalam carta. Berjaya menjadi naib juara dua kali (Feb dan Mac) dan ke-5 bulan April.

Carta HYLI April 2010

Salam Sejahtera

Keputusan Bulan April pulak.

10) Bicara Hatiku – NICE (lagu baru)


Sebenarnya dah lama lagu ni. Lagu daripada album kumpulan NICE, Istimewa Tiada Dua (2008). Kumpulan ni masih aktif? Khabarkan kepada mereka masih ada cinta mewangi di sini.


9) Selamat Malam – Faizal Tahir (lagu baru)


Lagu Faizal Tahir menceroboh carta aku untuk pertama kali. Tahniah. Bagaimanapun, lagu selamat malam ni bolehkah digunakan sebagai lagu tidur? zzz


8) Shunkan Sentimental – SCANDAL (lagu baru)


Satu lagi band perempuan menembusi carta. band budak2 sekolah tinggi Jepun. Lagu ni adalah salah satu lagu penamat untuk siri animasi Full Metal Alchemist Brotherhood.


7) Never Say Die – YUI (lagu baru)


Video klip lagu ni pun bagus. Lagu YUI ni boleh dikira dalam kategori lagu motivasi.


6) Days – FLOW (Jan: 1, Feb: 1, Mac: 3)


Bekas juara 2 kali turun ke tempat ke-6. Tetapi masih kekal bertahan dalam carta, untuk bulan keempat berturut-turut.


5) Jika Terakhir Buatku – Saujana (Feb: 2, Mac: 2)


Naib juara bulan Februari dan Mac turun ke tempat ke-5. Teruskan mendengar lagu ni supaya anda dapat menginsafkan diri.


4) Jam – YUI (lagu baru)


Video klip lagu ni dibuat dalam versi 'Grayscale' pada 2 minit awal dan versi warna pada bahagian akhir. Genre? slow rock kot. sebab muzik dia tak terlalu bingit.


3) Patah Hati – Saujana (Feb: 7, Mac: 4)


Patah hati, jangan terdampar sepi, jangan tersungkur mati.
Patah hati, jangan leburkan mimpi, jangan memakan diri.
Ingat tu.


2) Jhalak Dikhalaja – Himesh Reshammiya (lagu baru)


Lagu ni masih kekal antara lagu terbaik karya dan nyanyian pemuzik Himesh Reshammiya sejak beliau mula menyanyikan sendiri lagu yang diciptakan oleh beliau.
Petikan dari filem Aksar (2006) yang dibintangi oleh Emraan Hashemi, Dino Morea dan Udita Goswami. Filem ni mengisahkan seorang hartawan yang mahu menceraikan isterinya lalu mengupah seorang lelaki lain untuk memerangkap isterinya (supaya ada alasan untuk menceraikan isterinya). Dapat review yang bagus untuk muzik sahaja.


1) Tsukiakari no Michishirube – Stereopony (Mac: 1)


Juara masih lagi milik lagu ini untuk bulan kedua berturut-turut. Lirik, lagu dan video klip yang best untuk lagu ni. Sama-sama kita tunggu nasibnya untuk bulan Mei nanti.


Lagu Terkeluar
6 lagu terkeluar.
3 lagu hanya mampu bertahan sebulan dalam carta.
Menanti Solehah – Aiman (ke-5)
Noktah Cinta – Hafiz AF7 (ke-6)
Boys & Girls – LM.C (ke-7)

I Can Wait Forever – Simple Plan (ke-3 Feb, ke-8 Mac), Answer oleh FLOW (ke-4, ke-9) dan Nota Cinta daripada Saujana (ke-6, ke-10) hanya bertahan dua bulan dalam carta.