Sunday, February 27, 2011

Minggu Ke-10

Salam Sejahtera.

Minggu ini adalah minggu terakhir aku praktikal di HRPZ II. Sedarkah yang semester ini, sudah masuk minggu ke-10? Lagi empat lima minggu sudah minggu 'study week' dan peperiksaan akhir.

(Aku izinkan korang kalau nak menjerit. Tapi lakukannya di dalam bilik anda dan tanggunglah risiko sendiri.)

Minggu ke-10. Mari kita tengok apa jadi.

1) Pembentangan Kes (Case Presentation)
Selesai sudah. Untuk menyiapkan slaid Power Point ini ambil masa yang lama, tambah2 lagi kalau tak ada mentaliti yang betul dan semangat yang kuat.

2) Laporan Kes (Case Report write up)
Tadi Pn Kartini bagitau kami supaya kami siapkan dua laporan dan hantar minggu ini.

3) Kad Tumbuk (Punch Card)
Disebabkan kad tumbuk ini ditulis secara manual, maka kena lah ambil cop dietitian yang kami ditugaskan di bahagian mana untuk masa tertentu.

4) Buku Kunci (Log book)
Buku log juga perlu dikemaskinikan dan cop dan tandatangan daripada dietitian akan diperoleh selepas mereka menyemak dan berpuas hati.

5) Kaunseling LFLCLS(+ DD) sampai jadi terbaik.
Ini bab persembahan masa dalam wad. kaunselinglah dengan terbaik. Ilmu berkenaan diet LFLCLS dan DD sangat diperlukan semasa minggu ini. Jadilah lebih yakin dan pesakit akan lebih yakin dengan kata-katamu.

KEMASKINI:
6) TALK CRP.
Esok Selasa, 1 Mac 2011 kena bagi talk kat pesakit jantung dan ahli keluarga mereka. Esok tak ada orang nak 'backup'..huhu. CRP ni adalah Cardiac Rehabilitation Program yang disasarkan kepada semua pesakit jantung di sini.

Entri kali ini tidak bergambar. Sekian.

Thursday, February 17, 2011

Hikayat 'Sticker' Jilid Dua

Jilid satu boleh baca di sini. Ini adalah sambungan entri klasik yang dahulu.

Sejahtera ke atas kalian.

Syahadan maka keesokan harinya pemuda tersebut mendapati keldai tuanya mengalami musibah dengan kelukaan di bahagian kakinya.maka tidaklah dapat dia menunggang keldai itu seperti sediakala. Maka beliau pun bersabda kepada pemegang amanah saudagar dari tanah Jepun supaya sang pemegang amanah itu meminjamkan padanya kuda baka Jepun. Maka pemegang amanah itupun seraya memberi pinjam kuda itu. Saudagar Jepun tuan punya kuda juga telah dikhabarkan akan dia oleh berita itu.


Maka pemuda tersebut lewatlah ia tiba di kota pada pagi tersebut. Adapun pada waktu matahari tinggi pemuda itu kembalilah ia ke tempat pengajiannya untuk mendapatkan 'sticker' baharu itu dengan penuh berharap. Hal urusan di pejabat laksamana telah selesai. Lalu bergegaslah pemuda itu ke jabatan hulubalang bersama papan permohonan yang telah bercop mohor kebesaran orang kaya-kaya laksamana. Gembiranya hanya seketika kerana hulubalang bertugas mengkhabarkan berita bahawa pertanda bertugas ke atas 'sticker' hikmat tersebut bercuti. Diberitakan oleh rakyat jelata bahawa pertanda tersebut kembali ke Sungai Nil untuk merasa murtabak gelek bancuhan hosni untuk kali terakhirnya.

Maka dengan hati yang kecewa maka membawalah diri pemuda tersebut kembali ke kota untuk menyambung tugasnya. Maka hari berikutnya adalah cuti keputeraan baginda Nabi Muhammad Sholallahu alaihi wasallam. Maka keldai tua kepunyaannya dan kuda Jepun pun dibawa berubat di ibu kota supaya kembali sihat untuk melakukan pekerjaan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Syahadan maka berlalulah hari tersebut. Keldai tua pemuda tersebut telah kembali sihat. Beliau pun kembali ke kota untuk meneruskan urusan pekerjaannya. Maka pada tengahari tersebut, seperti biasa beliau memacu keldai tuanya kembali ke tempat pengajian bagi mendapatkan 'sticker' hikmat itu. Solatlah ia memohon doa akan kelancaran urusannya. Maka sebelum ke tempat hulubalang berkumpul, maka ia pun beredarlah ke pejabat tuan rumah sewa seri murni untuk menyelesaikan urusan sahabatnya.


Setelah usai urusan di rumah seri murni, berangkatlah pemuda itu ke jabatan hulubalang. Maka kerani itu jua telah pun kembali dari Sungai Nil dan akhirnya 'sticker' hikmat telahpun berjaya didapati oleh pemuda itu dengan bayaran satu riyal. Setelah dilekatkan 'sticker' hikmat itu pada keldai tua maka bercahayalah terang benderang seperti tidak pernah berlaku sebelumnya. Tersebutlah dalam riwayat bahawa keldai tua dan kenderaan-kenderaan lain yang mempunyai 'sticker' hikmat itu akan dilindungi dengan penuh keringat oleh hulubalang-hulubalang gagah perkasa daripada anasir-anasir asing yang mahu menghancurkan keamanan tempat itu.

TAMAT

Monday, February 14, 2011

Kekasih

Alangkah indahnya
Jika dapat bersua
Walaupun seketika
Bersamamu wahai kekasih Allah

Telah lama kau pergi
Meninggalkan kami
Walau sedih di hati
Menyahut panggilan dari Ilahi

Kekasih
Dah lama kau pergi
Meninggalkan amanah yg suci
Malam kan kelam tiada berbintang
Bulan suram tiada cahaya

Tanpamu kekasih kekasih Allah
Hancur musnah segala-galanya

Hadirmu membawa cahaya
Menerangi hidup kami

Lagu: Mujahid Abdul Wahab
Lirik: Mujahid Abdul Wahab & Jeff Hazimin Jaafar
Hakcipta Lagu & Lirik: Gurindam Cipta.
Penyanyi: Nowseeheart
(album Berjalan, Melihat & Mentafsir, 2003)


Salam Maulidurrasul.

Sunday, February 13, 2011

Hikayat 'Sticker' Jilid Satu

Sejahtera semua (macam dalam siri TV Arjuna).

Pada zaman dahulu, tersebutlah sebuah tempat yang tersohor dengan pusat pengajian ilmu berkaitan kesihatan. Malah diberitakan Hippocrates dan Ibnu Sina juga pernah menyebut tempat itu dalam kitab mereka.


Sahaya datanglah pemuda dan pemudi dari seluruh pelusuk tanah air untuk mendalami ilmu mereka selama tiga hingga lima tahun mengikut jenis pengajian yang mereka minati. Meskipun kadang-kadang berlaku juga keributan, namun mereka tidaklah terlalu ambil pusing dengan apa yang berlaku.

Syahadan maka pihak hulubalang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negeri telah memutuskan untuk menjadi lebih tegas. Mana-mana kenderaan pemuda-pemudi yang tidak ada 'sticker' terbaharu tidak akan lagi dibenarkan keluar masuk ke kawasan tempat pengajian.

Maka berduyun-duyunlah pemuda pemudi yang membawa kenderaan seperti keldai dan kereta lembu dan juga kereta sorong terpaksa memperbaharu 'sticker' mereka meskipun mereka tidak lagi akan berada lama di sana. Adapun dikisahkan bahawa 'sticker' itu mempunyai kuasa sakti yang diwarisi daripada Merlin dan juga P Ramlee. 'sticker' itu diyakini akan mampu melindungi harta benda pemakainya daripada segala musibah dan bala bencana.

Untuk mendapatkan 'sticker' itu bukannya mudah, wajiblah ke atas pemuda pemudi itu untuk menulis dengan kalam pada helaian papan yang kemudiannya perlu dicop mohor dengan cop jabatan laksamana yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pelajar. Mereka juga perlu menyediakan salinan beberapa lambang yang menjadi pengenalan mereka dan juga surat pengesahan milikan kenderaan yang sah. Kemudian pemuda dan pemudi ini perlu menyerahkan kepada jabatan hulubalang dan membayar sejumlah wang untuk mendapatkan 'sticker' yang lebih berkuasa. Khabarnya, 'sticker' kali ini direndam dengan air Sungai Nil berdekatan rumah Hosni penjual murtabak gelek.


Namun bukanlah semua pemuda pemudi itu ada kesempatan untuk menukar 'sticker' sepanjang masa karena sesetengah mereka tidak selalu ada di tempat pengajian ketika waktu pejabat hulubalang berurusan kerana hal-hal berkaitan pengajian mereka. Seorang pemuda, yang sedang berada di kota kerana urusan pelajarannya terpaksa bergegas dengan keldai tuanya yang dipacu selaju bunyi untuk mendapatkan 'sticker' hikmat terkini. Pemuda terbabit meninggalkan papan yang berisi permohonan untuk mendapatkan 'sticker' itu di pejabat laksamana pada tengah hari tadi. Beliau kini menunggu keputusan daripada pihak laksamana yang khabarnya bermesyuarat selepas itu.

Bersambung di jilid dua.

Wednesday, February 9, 2011

Carta HYLI Januari 2011

Salam Sejahtera.

ada ke orang yang menanti-nantikan carta ini? cam tak ada je..ok.tak apa. Untuk tahun 2o11, carta Hidup Yang Lebih Indah (HYLI) kembali menemui anda semua. Kali ini dalam bentuk yang lebih menarik rasanya.

Syarat-syarat untuk lagu2 yang dicalonkan dalam carta ini masih lagi sama seperti tahun lepas.
Rujuk sini.

Tahun ini, bagaimanapun akan ada 20 lagu disenaraikan berbanding 10 pada tahun lepas.

Bagi mereka yang menggunakan internet tanpa wayar usmkk, sila refresh, refresh dan refresh sehingga berjaya, ataupun sila tonton di waktu tertentu. Anda digalakkan untuk menggunakan rangkaian band luas (broadband) ataupun streamyx dan lain2 untuk melihat video ini. Bagi mereka yang berada di luar, anda dijangka tidak ada apa-apa masalah untuk menyaksikan carta ini.

Selamat menonton. Keputusan untuk bulan Januari 2011



Monday, February 7, 2011

Newcastle United 4 Arsenal 4

Salam Sejahtera

Kejutan demi kejutan dan pesta gol telah berlangsung semalam dalam Liga Perdana Inggeris. Dan yang paling menarik, adalah perlawanan antara Newcastle United dan Arsenal yang berkesudahan 4-4. Mari kita perincikan keputusan ini. Kebangkitan yang paling menakjubkan setelah Newcastle ketinggalan 0-4 setelah tamat separuh masa pertama.

Mari kita lihat apa yang jadi.

NUFC: Harper, Simpson, Williamson, Coloccini, Jose Enrique, Nolan(c), Tiote, Barton, Gutierrez, Best (Guthrie 89'), Lovenkrands (Ranger 73').
Gantian: Krul, Perch, Campbell, Ferguson, Guthrie, Ranger, Richardson
Kad kuning: Nolan, Enrique

Arsenal: Szczesny, Sagna, Koscielny, Djourou (Squillaci 48'), Clichy, Diaby, Wilshere, Fabregas(c), Arshavin (Rosicky 69'), Walcott (Eboue 79'), Van Persie.
Gantian: Almunia, Gibbs, Eboue, Squillaci, Rosicky, Chamakh, Bendtner
Kad kuning: Szczeny, Sagna, Eboue
Kad merah: Diaby 50'

Perlawanan dimulakan.

Newcastle United 0 Arsenal 1
Walcott 1'

Theo Walcott menjaringkan gol pertama Arsenal seawal minit pertama.


Newcastle United 0 Arsenal 2
Djourou 3'jam menunjukkan 2 minit 45 saat.
Johan Djorou menanduk masuk sepakan percuma Arshavin untuk 2-0.


Newcastle United 0 Arsenal 3
Van Persie 10'

Robin Van Persie meraikan gol ketiga Arsenal selepas 10 minit.
Newcastle jadi lauk Arsenal hari ni?


Newcastle United 0 Arsenal 4
Van Persie 26'Van Persie dengan gol kedua peribadi, gol keempat Arsenal.
Newcastle akan kalah teruk...aku pun turut berkata demikian.
Penyokong yang hilang sabar terus balik. Tak bisa menunggu lagi.


Tamat Separuh Masa
Newcastle United 0 Arsenal 4

Pemain dan penyokong dilanda kekecewaan. Apakah sebenarnya terjadi ni??


Separuh Masa Kedua

Aku tak berharap apa-apa pun semalam. Cuma aku harap supaya Arsenal tak tambah gol je.
Sehingga ini terjadi, mengubah suasana permainan. Minit ke-50.


Abou Diaby mengasari Joey Barton dan Kevin Nolan.
Diaby kelihatan berang selepas dikasari Barton, dan menolak Barton jatuh selepas itu, diikuti tolakan ke atas Nolan.


Tindakan pengadil? Kad merah.. Arsenal beraksi 10 pemain.
Masih ok lagi, kami masih 4-0 di depan - mungkin ini kata-kata Arsenal.
Namun Newcastle mengambil alih penguasaan permainan, melancarkan serangan bertali arus.


Newcastle United 1 Arsenal 4
Barton 68' (penalti)

Leon Best dikasari dalam kotak penalti oleh Laurent Koscielny. Pengadil menghadiahkan penalti. yang disempurnakan Joey Barton.
Mungkin sebagai saguhati?


Newcastle United 2 Arsenal 4
Best 75'Leon Best meraikan jaringan bersama Nile Ranger.
2-4. Masih sempat diselamatkan?
Sebelum itu, satu jaringan Best dibatalkan kerana ofsaid. Walaupun tidak ofsaid.


Newcastle United 3 Arsenal 4

Barton 83' (penalti)Joey Barton menyempurnakan sepakan penalti kali kedua.
Kali ini, Williamson pula dikasari oleh Rosicky dalam kotak penalti.
Stadium mula riuh. Gol keempat kini dicari.


Newcastle United 4 Arsenal 4
Tiote 87'
Hasil sepakan percuma Barton yang dikeluarkan oleh pertahanan Arsenal, namun sampai kepada Cheik Tiote yang melepaskan sepakan voli yang cantik, menewaskan Szczesny untuk gol keempat. Goooollll!!!!


Reaksi Alan Pardew (pengurus) selepas gol ke-4.

Pemain Newcastle meraikan jaringan Tiote


Tamat Perlawanan
Newcastle United 4 Arsenal 4

Satu perlawanan yang sangat menarik dan mendebarkan. Jika Kevin Nolan dan Nile Ranger menyempurnakan peluang mereka, mungkin Newcastle akan menang.

Namun, beberapa isu yang diperkatakan, terutamanya oleh penyokong Arsenal yang bersikap kebudak-budakan dalam isu ini. Jika ada masa untuk salahkan pengadil, anda harus ada masa untuk kutuk pemain anda yang seperti kena ngangkung dalam separuh masa kedua.

Fabregas dan kawan2 hilang dalam ramai di separuh masa kedua


Isu-isu berbangkit:
1) Tackle Barton - Reaksi Diaby - Kad Merah

Penyokong Arsenal mengatakan bahawa cabaran Barton ke atas Diaby sepatutnya dikenakan kad merah.

Reaksi aku: Diaby sangat2 tak profesional. Barton berjaya mendapatkan bola sebenarnya! Tackle yang sah (sebelah kaki) walaupun agak keras. Mungkin dia nak Barton dihalau keluar tapi tak jadi sebab Barton tak bertindak balas seperti dulu2. Tolak Nolan lagi memang konfem la dapat merah, (2 kesalahan).

Gol Best yang dibatalkan

2) Penalti Newcastle dan sepakan percuma gol ke-4
Penyokong Arsenal mengatakan sepatutnya tiada penalti yang patut diberikan. Sepakan percuma gol ke-4 pun tak sepatutnya diberikan.

Reaksi aku: Penalti pertama memang patut diberi. penalti kedua agak lembut (Mike Williamson) tetapi Newcastle ada satu gol Leon Best yang dibatalkan atas 'ofsaid'. Korang tak nampak kah Guners?

3) Nolan dan Szczesny
Nolan kelihatan seperti mencekik Szczesny dan patut diberikan kad merah - penyokong Arsenal. Insiden selepas penalti pertama Barton.

Reaksi: Nolan cekik eh. mungkin. tapi Szczesny tak bagi bola yang diminta terlebih dahulu secara elok2 oleh Barton. Memang patut pun. Nolan pun kena kad kuning jugak.

Nolan: bak sini itu bola!

4) Penyokong balik awal dan pengadil kena beli
selepas 4-0, sebahagian 'penyokong' pulang. Mungkin kerana menganggap Newcastle akan kalah teruk. Penyokong seperti ini, hanya menyokong pasukan apabila menang. Apabila kalah, mereka akan lari. Tahniah kepada penyokong-penyokong yang setia tak berganjak walaupun dah kena tembak 4-0 dalam masa 26 minit.

Ganjarannya? 'The Greatest ever comeback in Premier League History, trailing by four goals to score back four.'

Adakah Mike Ashley membayar pengadil Phil Dowd untuk memberikan keputusan memihak Newcastle semalam? duit 35 juta pound jualan Andy Carroll? Tidaklah.

Apapun, semalam hari terbaik untuk penyokong-penyokong Newcastle United. Ketahanan mental dan semangat perjuangan mereka harus kita contohi! haha. Arsenal, selagi anda terus menangis apabila kena buli, sampai bila pun anda takkan menjadi juara. Bangkitlah melawan! Perjalanan masih jauh..