Saturday, December 24, 2011

Fakta Menarik Tentang Yang di-Pertuan Agong!

Salam Sejahtera.

Ketika demam menyambut perlantikan Yang di-Pertuan Agong baru sudah kebah, kali ini ada satu lagi artikel berkaitan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang merupakan ketua negara bagi persekutuan Malaysia ini.


Sepanjang aku mengkaji sejarah Yang di-Pertuan Agong sejak Malaya mencapai kemerdekaan pada 1957 dan penubuhan Malaysia pada 1963, aku telah berhasil menemukan beberapa fakta menarik tentang Raja-Raja Melayu yang telah bergilir-gilir dilantik sebagai yang di-Pertuan Agong. Selamat teruja.


Saturday, December 17, 2011

Yang di-Pertuan Agong Malaysia 1957-2011

Salam Sejahtera.

Sempena pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, apa kata kita imbas kembali Sultan dan Raja Melayu yang telah dilantik ke jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia.


YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (1933 – 1960)
Usia dilantik YDPA: 62 tahun
Mula/Tamat: 31 Ogos 1957 - 1 April 1960
Ditabalkan: 2 September 1957

Keputeraan: 24 Ogos 1895
Mangkat: 1 April 1960 (65 tahun)


Monday, December 12, 2011

Yang di-Pertuan Agong Malaysia

Salam Sejahtera.

Sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, marilah kita sama-sama mengimbas perkara-perkara berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong (singkatan YDPA digunakan dalam entri ini) berperanan sebagai ketua negara di peringkat persekutuan mengikut Sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan negara Malaysia ini. Permaisuri kepada baginda akan dikenali sebagai Raja Permaisuri Agong.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. (Prof Zainal Kling, betulkah Malaysia tidak pernah dijajah?)

Yang di-Pertuan Agong ke-13, DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin
& Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah

Gelaran rasmi penuhnya, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mula digunakan pada 1993. Sebelum itu, gelaran seperti KeBawah Duli Yang Maha Mulia digunakan oleh baginda.

Friday, December 9, 2011

Video: Gol Terbaik Newcastle United 2010/2011

Salam Sejahtera.

Sebuah lagi video untuk dikongsi dengan anda semua. Video yang memaparkan 10 gol terbaik yang dijaringkan Newcastle United pada musim 2010/2011. Ada iringan lagu juga.

Musim yang telah tamat Jun lalu menyaksikan Newcastle menamatkan musim pertama dalam Liga Perdana Inggeris di tempat ke-12. Secara keseluruhannya, 56 gol dijaringkan dalam 38 perlawanan.

Selamat menonton & mendengar.



**Senarai penjaring gol 2010/2011 (EPL sahaja)**
12 gol - Kevin Nolan
11 gol - Judas
6 gol - Shola Ameobi, Peter Lovenkrands, Leon Best
4 gol - Joey Barton
3 gol - Steven Taylor, Jonas Gutierrez
2 gol - Fabricio Coloccini
1 gol - Hatem Ben Arfa, Cheik Tiote, gol sendiri

Sekian. Howay The Lads!

Wednesday, December 7, 2011

Carta HYLI November 2011

Salam Sejahtera.

Sekali lagi, kolum paling kurang popular di blog ini, Carta HYLI kembali bersiaran dengan keputusan untuk bulan November.

Selamat menonton.





p/s: akan kembali menulis sesuatu tidak lama lagi. Sekarang tengah kering idea.