Sunday, January 22, 2012

Penerang Hati (Versi Asal & Versi Vanila Coklat)

Salam Sejahtera.

Gandingan mantop Sixth Sense & Saujana

Kali ni aku nak kongsi,video, lirik dan mp3 sebuah lagu ini, yang boleh dikatakan tengah hangat sekarang di radio. Lagu tersebut adalah Penerang Hati, yang disampaikan oleh secara duet oleh kumpulan Sixth Sense dan kumpulan Saujana. Lagu ini juga digunakan sebagai salah satu lagu tema bagi drama Vanila Coklat, yang disiarkan di TV3 pada pukul 9 malam setiap Selasa. Mari kita hayati versi asal lagu ini dulu.

Video:





Thursday, January 19, 2012

Demba Kuasa Dua

Salam Sejahtera.

1 Demba = 15 gol. 2 Demba = ?

Tidak ramai menjangka bahawa kemunculan Demba Ba di St James Park secara percuma (0 pound) akan membuahkan hasil lumayan kepada Newcastle United - 15 gol dalam 19 perlawanan liga. Hanya 3 gol kurang daripada Robin Van Persie yang begitu prolifik pada 2011 (mohon jangan cedera). Gol-gol Demba Ba memacu Newcastle United untuk berada di tangga ke-6 Liga Perdana Inggeris ketika ini, termasuk 11 perlawanan tanpa kalah di awal musim.

Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan. Ini dapat dilihat dalam kes tertentu di mana pelaburan yang dibuat masih belum menunjukkan hasil yang diharapkan sehingga kini. Berapakah bilangan gol yang dijaringkan Fernando Torres (50 juta) dan Andy Caroll (35 juta) musim ini.

Aku harapkan Felda Global Ventures tidak akan mengalami nasib seperti mereka yang berharga 50 juta dan 35 juta di atas apabila mereka masuk bursa saham nanti. Semoga nasib Perwaja dijauhkan daripada mereka.

Friday, January 13, 2012

Carta HYLI 2011: Top 30

Salam Sejahtera.

Berakhirnya tahun 2011 bermakna tamat sudah musim kedua Carta Hidup Yang Lebih Indah (Carta HYLI) disiarkan blog ini setiap bulan. Sepanjang tahun 2011, sebanyak 93 buah lagu telah tersenarai dalam 20 lagu terbaik setiap bulan.





30 lagu teratas dalam carta tahunan (tidak mengikut susunan):

[Aman] * [Bad Woman] * [Believe] * [Berjalan Tanpa Henti]
[Blue] * [Breath] * [Core Pride] * [Daybreak's Bell]
[Fiction] * [Green a.live] * [Going!] * [Gekidou]
[HambaMu] * [Harapan] * [Haruka] * [Hello Hello]
[Kita Berbeza] * [Kerana Doa] * [Kurnia] * [Like The Birds]
[Love Love Love] * [Love Sick] * [Lotus] * [Raining]
[Sangkar Hati] * [Satisfaction] * [Take Off]
[Uso] * [White] * [Word of the Voice]

Senarai juara bulanan dan link kepada carta secara individu:

Januari - Gekidou (UVERworld)
Februari - Gekidou (UVERworld)
Mac - Lotus (Arashi)
April - Raining (FT Island)
Mei - Raining (FT Island)
Jun - Haruka (SCANDAL)
Julai - White (KAT-TUN)
Ogos - Kita Berbeza (Demascus)
September - Harapan (Devotees feat. Salleh Brotherz)
Oktober - Kurnia (Nowseeheart)
November - In My Head (CN Blue)
Disember - Birth (KAT-TUN)

Thursday, January 12, 2012

Carta HYLI Disember 2011

Salam Sejahtera.

Walaupun agak terlewat sedikit, berikut adalah keputusan carta blog ini bagi bulan Disember yang lalu.

Selamat menonton. Dan boleh download di 4shared sekiranya anda mahu.

Sunday, January 8, 2012

Terkini: Perhimpunan 901

Salam Sejahtera.


Menjelang Perhimpunan Bebas Anwar 901 anjuran pihak tertentu untuk menyatakan sokongan ke atas seorang ahli poltik terkenal yang dituduh meliwat (kali ke-2), banyak pihak bertindak menyatakan pendirian mereka.

Penyokong beliau mensasarkan 100,000 orang untuk berhimpun di sekitar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (dibenarkan polis secara bersyarat). Dijangka pemimpin sekutu serta penyokong mereka akan membanjiri ibu kota. Pihak yang menentang ahli politik tersebut juga akan mengadakan perhimpunan serupa walaupun bilangan yang bakal hadir agak diragui.


Kick Off

-------------------------


With The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful


I hereby kick off this blog for the year of 2012.

Get in! Reach your dream world!