Sunday, October 26, 2014

Carta IKIM.fm Edisi Khas #1

Salam Sejahtera.


Mulai hari Ahad (19 Oktober 2014), Carta IKIM.fm kembali ke udara untuk mengupas senarai 30 lagu yang telah terpilih untuk memasuki penjurian profesional bagi memilih 10 lagu terbaik yang akan bertanding pada malam Anugerah Nasyid IKIM.fm (ANI) pada 10 Januari 2015 nanti.

Tetamu yang diundang ke studio minggu ini ialah kumpulan Rabbani, yang pernah muncul juara Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm 2004 (ACNI 2004) menerusi lagu Hanzalah. Mereka juga memenangi tempat kedua pada ACNI 2005 dengan lagu Yalla Beena (duet bersama Yasin).

Friday, October 17, 2014

Anugerah Nasyid IKIM.fm (Anugerah Juara Lagu Versi Nasyid!)

Salam Sejahtera.


Semasa Carta Ikim.fm bersiaran beberapa bulan yang lalu, DJ Erwan pernah mengumumkan bahawa pihak Ikim.fm akan memberikan sebuah 'hadiah istimewa' kepada para peminat. Beberapa minggu kemudian, Carta Ikim.fm Musim Keenam berhenti disiarkan setelah memasuki minggu ke-75 pada 26 Jun 2014 yang lalu.

Pengumuman pihak Ikim.fm pada 15 Oktober 2014 merungkai segala persoalan tentang 'hadiah istimewa' tersebut. Akhirnya, selepas menanti selama hampir sepuluh tahun, Anugerah Carta Nasyid Ikim.fm kembali menemui anda!