Meskipun tahun 2015 sudah memasuki bulan ketujuh dan bulan Ramadhan pula sudah hampir melewati sepuluh hari terakhir, namun rasanya masih belum terlewat untuk kita meninjau album-album nasyid yang telah diterbitkan sejak awal tahun ini.
Imbas kembali 2014: Hijjaz berjaya tersenarai sebagai finalis
Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2014 (ABPBH 2014)
Rasanya sudah agak lama kolum Dapatkan Album Nasyid Terbaru di Pasaran! berehat lantaran kesibukan (dan kemalasan.. haha) adminblog untuk mengarang entri berkenaan album nasyid yang diterbitkan di Malaysia. Oleh itu, untuk kali ini mari kita imbas kembali beberapa album yang telah diterbitkan sepanjang tahun lalu sejak kali terakhir kolum ini disiarkan pada bulan Ogos 2014.
Kali ini mari kita lihat beberapa album pilihan yang telah memasuki pasaran muzik tempatan sepanjang tahun ini. Dapatkan segera pilihan anda di gedung-gedung muzik seluruh negara mahupun secara atas talian di iTunes.
Kini boleh download secara halal di atas talian. Contohnya menerusi iTunes.
Rasanya sudah lama blog ini terbiar tanpa sebarang entri yang tidak mengarut. Jadi sempena bulan Ramadhan ini ada baiknya juga kalau kita cuba memerhatikan album-album nasyid terbaru yang sedang berada di pasaran.
Amar - Cinta Hingga Ke Syurga
Lagu-lagu popular Amar seperti Cebisan Kenangan, Nurul Iman dan Amani
yang diberi nafas baru turut disenaraikan dalam album ini
Amar yang kali terakhir merakamkan album pada tahun 2007 kembali dengan album terbaru yang memuatkan dua 'single' terkini beliau, Cinta Hingga Ke Syurga dan Macam Cantik Jer Macam Comel Jer.
Kali ni aku nak kongsi,video, lirik dan mp3 sebuah lagu ini, yang boleh dikatakan tengah hangat sekarang di radio. Lagu tersebut adalah Penerang Hati, yang disampaikan oleh secara duet oleh kumpulan Sixth Sense dan kumpulan Saujana. Lagu ini juga digunakan sebagai salah satu lagu tema bagi drama Vanila Coklat, yang disiarkan di TV3 pada pukul 9 malam setiap Selasa. Mari kita hayati versi asal lagu ini dulu.
Kalau asyik tulis pasal bola, mungkin orang akan bosan. Jadi sekali sekala aku kena tulis pasal benda lain.
Baiklah, topik hari ini adalah berkisar pasal filem Hindi walaupun sekarang aku rasa orang dah tak layan cerita Hindustan ni. Sekarang kan era k-pop. Aku nak imbas kembali pasal filem Hindi yang diiktiraf di India sebagai filem terbaik dalam Anugerah Filmfare yang diadakan setiap tahun. Anugerah ini adalah anugerah paling berprestij dalam industri perfileman Bollywood (Hindi). Filem bahasa lain (Tamil, Telugu) ada anugerah sendiri. Aku akan mulakan dari tahun 2000.
Kaho Naa.. Pyaar Hai (2000)
Filem debut Hrithik Roshan dan Amisha Patel. Filem paling meletup untuk tahun 2000, sekali gus menjadikan Hrithik popular seperti Mawi pada awal kemunculannya. Kini, beliau masih lagi popular.
Kini giliran kumpulan Devotees pula tampil dengan album terbaru mereka. Album kali ini diberi tajuk “Berjalan Tanpa Henti”. Ini adalah album penuh kedua Devotees dan album ketiga Devotees secara keseluruhannya. Album penuh pertama Devotees – Devotees dirakamkan pada tahun 2005 dengan lagu-lagu hit seperti Tika Dinihari, Mahar Cinta dan Sahabatku. Album seterusnya adalah Alternatif Hiburan Bermotivasi pada tahun 2007. Album kali ini lebih berkonsepkan ke arah kemanusiaan.
Untuk album kali ini, semua anggota Devotees, Adi Akmal, Abd Halim, Muhammad dan Shauqi bertindak sebagai penerbit album. Terdapat 9 trek dalam album ini. Senarai lagu dalam album:
1) Berjalan Tanpa Henti
2) Bersama
3) Hadirnya S.A.W
4) Selagi Hayatmu Di Sini
5) Don't Walk Away
6) Harapan feat. Salleh Brotherz
7) Rindu Kedamaian
8) Bersama (versi akustik)
9) Bersama (minus one)
Kali ni aku nak membuat 'review' bagi album terbaru UNIC yang diberi tajuk 'Hijrah'. Kini berada di pasaran. Album kali ini dihasilkan dengan kolaborasi bersama oleh UNIC dan syarikat HPA.
Album Hijrah ini adalah album ketujuh UNIC, menyusul setelah album You and I See (2001), See You di IPT (2003), Satu Tekad (2005), Tika Itu (2007) dan kompilasi Langkah Tercipta (2009). UNIC juga pernah merakamkan album Nur Muhammad (2010) yang mengandungi lagu-lagu dan selawat bersama kumpulan Inteam. Kini UNIC dianggotai oleh Bazli, Fadzli dan Fakhrul Radhi. Untuk maklumat lanjut tentang UNIC anda bolehlah ke laman web ini.
Dah lama aku tak buat review album. Jadi sebab sekarang dah cuti dan blog aku pun lama dah x update, baik aku ulas pasal album ni. Sebelum tu, terima kasih kepada Kedai Nasyeed Online kerana membekalkan album ini kepada aku.
Album ini memuatkan lagu-lagu yang berkisar dengan cinta dalam skop yang lebih luas, bukan terhad hanya kepada cinta kekasih. Cinta Ilahi - cinta kepada Tuhan dan Cinta Insani - cinta kepada manusia amnya.
Album keluaran syarikat Artefffects Production ni (Syarikat Hafiz Hamidun) ini merupakan album kompilasi yang menggabungkan beberapa kumpulan nasyid dan artis solo, dipasarkan di pasaran pertengahan tahun lepas. Kebanyakan lagu dalam album ini adalah ciptaan Hafiz Hamidun sendiri. Berikut adalah lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini.
Kali ini, aku nak cuba sesuatu yang baru. iaitu membuat review album (ulasan). Meskipun aku bukanlah berlatar belakangkan muzik, aku akan cuba sebaik mungkin.
Album pilihan? Album Mahabbah, iaitu album terbaru daripada kumpulan Rabbani. Album ni dah lama berada di pasaran, dalam hujung tahun lepas. Tagline album ini: "kasihilah, kamu akan dikasihi".
Album ini adalah album pertama Rabbani setelah pemergian Allahyarham Ustaz Asri Rabbani, yang mana dalam album ini, saudara Zulkiflee Azman telah diamanahkan untuk menggalas tugas sebagai vokal utama.
Antara setiap lagu juga diselitkan kata-kata hikmah. Ada 8 lagu semuanya dalam album ini seperti berikut:
Secara umumnya album kali ini menampilkan lagu-lagu yang hampir seirama dengan lagu-lagu Rabbani di awal kemunculan mereka (era sebelum lagu Intifada dan Pergi Tak Kembali) tetapi dengan sentuhan muzik yang lebih moden. Berikutnya, ulasan terperinci mengikut lagu.
Mahabbah – single yang menjadi tajuk album ini membawakan mesej cinta yang sebenarnya kepada Allah. Irama yang bagus dan vokal lagu ini disampaikan dengan baik. Lagu ini kalau dihayati tidak akan mengambil masa yang lama untuk ditangkap. (9/10)
Kejora Sinar Zaman merupakan lagu yang didedikasikan khas kepada Allahyarham Ustaz Asri. Lagu ini paling emosi dan juga paling sentimental dalam album ini. Kisahnya? Mengenai perpisahan antara sahabat selepas seorang pergi menyahut panggilan daripada Allah..Al-Fatihah.. (8.5/10)
Lagu Syahadah merupakan versi penuh lagu untuk rancangan dokumentari Syahadah, yang disiarkan di RTM1. Susunan muzik untuk lagu ini seperti irama padang pasir tetapi lebih upbeat. Lirik lagu ini berkisar tentang penyaksian kepada kalimah syahadah yang membawa seseorang itu mengakui keislamannya. Dalam lagu ini kita juga diingatkan Islam melangkaui sempadan negara dan bangsa. (7/10)
Lagu Nurul Iman diinspirasikan daripada kisah Nabi Yusuf. Lagu ini juga menjadi lagu tema untuk siri drama Nurul Iman yang disiarkan di RTM2. Susunan muzik lagu ini juga agak upbeat, menjadikannya sedap didengar. Lagu ni mungkin akan digemari oleh pelajar2 IPT. Cuba dengarkan. Nurul iman.. nurul iman.. (8/10)
Lagu berikutnya Bicara Hijrah membawa mesej supaya kita mengambil iktibar daripada hijrah Rasulullah SAW dan menyeru kita supaya berhijrah daripada keadaan sedia ada kepada keadaan lebih baik. Meskipun bermula agak perlahan, lagu ini semakin rancak apabila hampir ke bahagian korus. Vokal dan muzik yang baik. (7.5/10)
Ya Man Satufariq – satu-satunya lagu berbahasa Arab dalam album ini. Lagu ni lebih kepada rentak tradisional. (6/10)
Tanpa Agama pula lagu asal yang dinyanyikan The Zikr dan kemudian oleh kumpulan Hijjaz (Album Rindu, 1999). Kali ini, lagu Tanpa Agama ni dirakamkan semula dengan susunan muzik yang lebih segar. Lagu ni juga agak emosi sedikit, tetapi kurang berbanding lagu Kejora Sinar Zaman. Secara ringkasnya, lagu ini menekankan kepentingan pegangan agama dalam hidup kita. (7.5/10)
Untuk pengetahuan semua, Inikah Petanda adalah lagu pertama yang menampilkan Allaryarham Ustaz Asri dengan duet bersama Mawi. Lagu ni dah dirakam agak lama dulu tetapi tidak sempat ditampilkan sebagai single kerana sebab2 tertentu. Alih-alih lagu Saksi, dalam album kompilasi 1418-1428 H (duet bersama Rabbani & Mawi) yang menjengah pasaran terlebih dahulu. Masih lagi dengan irama world music, kisah lagu ini adalah berkenaan dengan suasana manusia di akhir zaman yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai apa yang dihajatkan. (7/10)