Showing posts with label Personaliti. Show all posts
Showing posts with label Personaliti. Show all posts

Tuesday, December 13, 2016

Senarai Yang di-Pertuan Agong (1957 - 2016)

Salam Sejahtera.

Sempena pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, apa kata kita imbas kembali Sultan dan Raja Melayu yang telah dilantik ke jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (1933 – 1960)
Usia dilantik YDPA: 62 tahun
Mula/Tamat: 31 Ogos 1957 - 1 April 1960
Ditabalkan: 2 September 1957

Keputeraan: 24 Ogos 1895
Mangkat: 1 April 1960 (65 tahun)


Friday, April 5, 2013

Dua Orang Paling Berkuasa Di Semenanjung Korea

Salam Sejahtera.


Apabila nama Korea disebut, apakah yang terbayang dalam fikiran anda? K-Pop? Gangnam? Kimchi? Park Ji-sung? Peluru Berpandu? Samsung? Di sebalik Semenanjung Korea yang kian terkenal ini, anda mungkin tertanya-tanya siapakah sebenarnya orang yang paling berkuasa di semenanjung Korea ini.

Saturday, February 9, 2013

Pizza


Dalam Ingatan.
Nurul Aina
(9 Februari 1991 - 29 Januari 2013)

Al-Fatihah.
Semoga adik bahagia di sana.

Saturday, January 5, 2013

Bai Bai (Dem!) Ba

Salam Sejahtera.

Demba Ba (2011)

Sudah tertulis suratan-Nya bahawa penyerang Newcastle United dan Senegal, Demba Ba akan meninggalkan 'wee club' dari timur laut England itu.

Thursday, April 26, 2012

Papiss Cisse: Tujuan Saya Bermain Bola Sepak


Papiss Cisse meraikan jaringan

Salam Sejahtera. 

Penyerang Newcastle United, Papiss Cisse mendedahkan tujuan utama beliau bermain bola sepak – membantu ahli keluarganya seramai 70 orang di Senegal.

Bagi Cisse, kesusahan hidup yang bakal dihadapi orang tersayang tidak dapat dibandingkan dengan kesukaran perlawanan Liga Perdana Inggeris jika karier bola sepak beliau gagal.

Newcastle United mungkin sedang bertarung merebut tempat ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan tetapi bagi beliau, kesejahteraan keluarga beliau adalah keutamaannya.

Thursday, January 19, 2012

Demba Kuasa Dua

Salam Sejahtera.

1 Demba = 15 gol. 2 Demba = ?

Tidak ramai menjangka bahawa kemunculan Demba Ba di St James Park secara percuma (0 pound) akan membuahkan hasil lumayan kepada Newcastle United - 15 gol dalam 19 perlawanan liga. Hanya 3 gol kurang daripada Robin Van Persie yang begitu prolifik pada 2011 (mohon jangan cedera). Gol-gol Demba Ba memacu Newcastle United untuk berada di tangga ke-6 Liga Perdana Inggeris ketika ini, termasuk 11 perlawanan tanpa kalah di awal musim.

Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan. Ini dapat dilihat dalam kes tertentu di mana pelaburan yang dibuat masih belum menunjukkan hasil yang diharapkan sehingga kini. Berapakah bilangan gol yang dijaringkan Fernando Torres (50 juta) dan Andy Caroll (35 juta) musim ini.

Aku harapkan Felda Global Ventures tidak akan mengalami nasib seperti mereka yang berharga 50 juta dan 35 juta di atas apabila mereka masuk bursa saham nanti. Semoga nasib Perwaja dijauhkan daripada mereka.

Sunday, January 8, 2012

Terkini: Perhimpunan 901

Salam Sejahtera.


Menjelang Perhimpunan Bebas Anwar 901 anjuran pihak tertentu untuk menyatakan sokongan ke atas seorang ahli poltik terkenal yang dituduh meliwat (kali ke-2), banyak pihak bertindak menyatakan pendirian mereka.

Penyokong beliau mensasarkan 100,000 orang untuk berhimpun di sekitar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (dibenarkan polis secara bersyarat). Dijangka pemimpin sekutu serta penyokong mereka akan membanjiri ibu kota. Pihak yang menentang ahli politik tersebut juga akan mengadakan perhimpunan serupa walaupun bilangan yang bakal hadir agak diragui.


Saturday, December 24, 2011

Fakta Menarik Tentang Yang di-Pertuan Agong!

Salam Sejahtera.

Ketika demam menyambut perlantikan Yang di-Pertuan Agong baru sudah kebah, kali ini ada satu lagi artikel berkaitan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang merupakan ketua negara bagi persekutuan Malaysia ini.


Sepanjang aku mengkaji sejarah Yang di-Pertuan Agong sejak Malaya mencapai kemerdekaan pada 1957 dan penubuhan Malaysia pada 1963, aku telah berhasil menemukan beberapa fakta menarik tentang Raja-Raja Melayu yang telah bergilir-gilir dilantik sebagai yang di-Pertuan Agong. Selamat teruja.


Saturday, December 17, 2011

Yang di-Pertuan Agong Malaysia 1957-2011

Salam Sejahtera.

Sempena pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, apa kata kita imbas kembali Sultan dan Raja Melayu yang telah dilantik ke jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia.


YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (1933 – 1960)
Usia dilantik YDPA: 62 tahun
Mula/Tamat: 31 Ogos 1957 - 1 April 1960
Ditabalkan: 2 September 1957

Keputeraan: 24 Ogos 1895
Mangkat: 1 April 1960 (65 tahun)


Monday, December 12, 2011

Yang di-Pertuan Agong Malaysia

Salam Sejahtera.

Sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, marilah kita sama-sama mengimbas perkara-perkara berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong (singkatan YDPA digunakan dalam entri ini) berperanan sebagai ketua negara di peringkat persekutuan mengikut Sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan negara Malaysia ini. Permaisuri kepada baginda akan dikenali sebagai Raja Permaisuri Agong.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. (Prof Zainal Kling, betulkah Malaysia tidak pernah dijajah?)

Yang di-Pertuan Agong ke-13, DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin
& Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah

Gelaran rasmi penuhnya, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mula digunakan pada 1993. Sebelum itu, gelaran seperti KeBawah Duli Yang Maha Mulia digunakan oleh baginda.

Wednesday, November 30, 2011

Gary Speed (1969-2011)

Salam Sejahtera.
Hmm. Artikel bola sepak lagi. Tapi tak apa la.
Kolum Persona minggu ini membawakan kepada anda semua seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak yang cukup dihormati ramai, iaitu mendiang Gary Speed.


Dunia bola sepak dikejutkan dengan kematian mengejut pengurus pasukan kebangsaan Wales, Gary Speed Ahad lalu. Beliau ditemui mati tergantung di rumahnya. Namun siasatan polis mendapati tiada petanda mencurigakan (maksudnya beliau dipercayai membunuh diri). Speed meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki.

Saturday, November 12, 2011

Oh Artis! Bintang K-Pop Dibunuh!!

Gempar! Bintang K-Pop Terkenal Dibunuh?


Seo Yoon Hyung

Seoul, 12 November - Bintang K-Pop terkenal, Seo Yoon Hyung daripada kumpulan idol VOICE ditemui mati secara mengejut sewaktu konsert mega kumpulan VOICE malam tadi. Kematian beliau ini telah menggemparkan seluruh Korea terutamanya peminat-peminat beliau yang nyata terkejut dengan kejadian itu.

Saturday, November 5, 2011

Sujud Syukur Demba Ba

Salam Sejahtera.

Siapa itu Demba Ba? Jin? Mambang?

Bukan. Manusia. Seorang Muslim.


Demba Ba dilahirkan pada 25 Mei 1985 di Sevres, Perancis. Ba kemudian mewakili pasukan kebangsaan Senegal sebagai penyerang.

Nama beliau sebagai seorang penyerang handal mula masyhur apabila beliau menyertai kelab Bundesliga, TSG Hoffenheim pada 2007. Beliau kemudian menyertai West Ham United pada Januari 2011 dan berjaya menjaringkan 7 gol dalam 12 perlawanan. Bagaimanapun, Ba gagal menyelamatkan West Ham daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Thursday, October 27, 2011

Mereka Yang Telah Pergi #NUFC

Salam Sejahtera.



Setiap yang bermula pastinya akan berakhir.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

Itulah lumrah kehidupan.

-------------------------------------------------------------------------

Monday, September 26, 2011

Abang Long Kawasan Yang Baru #NUFC

Salam Sejahtera.




Entri kali ni adalah untuk mengisahkan tentang individu-individu tertentu yang dilantik sebagai abang-abang long kawasan yang baru dalam pertubuhan berkumpulan ini. Mereka merupakan orang yang berkelayakan dan berkemahiran tinggi.

-------------------------------------------------------------------------


Monday, August 29, 2011

Persona: Sudirman Haji Arshad

Salam Sejahtera.

Kebiasaannya, Allahyarham Sudirman Haji Arshad akan kembali 'hidup' bersama kita sekurang-kurangnya dua kali setahun. Ini mengikut kata arwah nenek aku la.

Dua kali - semasa menjelang Hari Raya Aidilfitri dan semasa sambutan kemerdekaan.

Namun tahun ini, Allahyarham hanya dapat 'kembali' bersama kita semua di Malaysia sekali sahaja. Mengapa?

Sebab tahun 2011 ini Hari Raya Aidilfitri (30 Ogos) dan Hari Kebangsaan (31 Ogos) selang satu hari sahaja. Jadi beliau hanya mampu tampil di radio-radio dan televisyen dalam tempoh seminggu je tahun ni.

Meskipun Allahyarham Sudirman telah pergi selama-lamanya 19 tahun yang lampau, beliau tetap 'hidup' di radio-radio terutamanya pada masa sebegini dengan lagu-lagu seperti Balik Kampung, Tegakkan Bendera Kita dan Tanggal 31. Dan juga lagu-lagu lain yang popular seperti Merisik Khabar, Milik Siapakah Gadis Ini, Pelangi Petang, Salam Terakhir dan lain-lain.

Sudirman Haji Arshad - seorang lagi lagenda Malaysia yang tidak panjang umurnya.


Al-Fatihah
Sudirman Haji Arshad

(1954-1992)


BIOMETRIK DATA

Nama: Sudirman Bin Haji Arshad (Dato')
Lahir: 25 Mei 1954
Meninggal: 22 Februari 1992
Umur: 37

Kerjaya: Penyanyi, pelakon, peguam, pengacara, ahli perniagaan, penulis

Pencapaian (antaranya lah):
Penghibur Terbaik TV 1978
Penghibur Terbaik Asia 1989
Penyanyi Lelaki Popular ABP BH
AMN (1988), AMP (1990), JMN (1992)
DIMP (Pahang, 2009) membawa gelaran Dato'

Merakamkan lagu di EMI London
Lagu promosi pelancongan ke Malaysia - to know Malaysia is to love Malaysia
Filem - Kami (1982)

Album studio: 19
Album kompilasi: 17 sehingga kini

Sunday, July 18, 2010

Spiderman

Oleh sebab agak lama blog ni x dikemas kini, nampaknya seperti dah naik sawang labah-labah. jadi terimalah.

Salam Sejahtera..

Kali ni aku nak bercerita pasal spiderman. Sebenarnya cerita ni pasal beberapa orang yang dikenali sebagai Spiderman di seluruh dunia.


Peter Parker (Tobey Maguire)

Spiderman

Aku rasa semua orang kenal Peter Parker ni. Peter Parker ni la Spiderman. Spiderman atau manusia labah-labah ni adalah superhero (watak fiksyen) yang mendapat kuasa setelah disengat oleh labah-labah mutan.

Tobey Maguire
(Peter Parker/Spiderman)

Dan aku rasa semua orang dah pernah menonton filem Spiderman (dieja sebagai Spider-Man) sebanyak tiga siri iaitu Spider-Man (2002), Spider-Man 2 (2004) dan Spider-Man 3 (2007). Filem-filem Spiderman ni memang mendapat sambutan hebat di seluruh dunia. Watak Peter Parker dalam filem-filem ini dipegang oleh Tobey Maguire. Untuk filem keempat nanti, Tobey Maguire akan digantikan oleh pelakon bernama Andrew Garfield. Mungkin Tobey ni dah bosan kut melompat dari bangunan ke bangunan sambil menyemburkan sarang labah-labah dari tangannya.hahaha..

waa...tak kena weh.acu gak tumbok deghah siket.




Alain Robert

Spider-man (Alain Robert)
Pernah dengar nama ni? Kalau dibandingkan dengan Peter Parker lelaki ni adalah realiti, bukan ilusi seperti Parker. Alain Robert ni dikenali dengan nama the French Spiderman dan juga Human Spider. Alain Robert ni kerja kegemaran dia adalah memanjat bangunan-bangunan tinggi di seluruh dunia dengan tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan (hanya dengan tangan kosong dan kasut memanjat khas). Kebiasaannya, Alain Robert akan ditahan oleh pihak berkuasa pada akhir pendakian ataupun sebelum menamatkan pendakian. Namun beliau biasanya dibebaskan selepas membayar denda.

semasa memanjat Menara Berkembar Petronas

Antara bangunan yang telah dipanjat oleh Spiderman ni adalah Taipei 101 (dijemput semasa perasmian), bangunan Jin Mao di China, Menara Persekutuan (Rusia), Empire State Building dan lain-lain. Oleh sebab sasaran Robert ni adalah bangunan-bangunan tinggi, maka bangunan tinggi di Malaysia juga tak terkecuali daripada menjadi sasaran. Maka pada 1 September 2009, Berjaya jugak la Robert ni ‘menakluk’ Menara Berkembar Petronas pada cubaan kali ketiga (cubaan pada 1997 dan 2007 gagal). Tapi kena bayar denda la lepas tu.

Robert: aku kaleh doh duk keno igak sokmo.
aku nok ngukah siket pun gege puok2 demo ni.heii..

website Alain Robert: klik sini




Jonas Gutierrez



Jonas adalah pemain tengah Argentina yang bermain untuk pasukan Newcastle United. Beliau turut bermain di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sebagai bek kanan. Maradona pernah cakap yang Jonas ni antara nama tetap dalam pasukan dia selain Lionel Messi dan Javier Mascherano. Jonas ni mendapat gelaran ‘Spider-Man’ ketika bermain bersama Real Mallorca di Sepanyol. Ketika meraikan gol, beliau memakai topeng Spider-Man.

Jonas bersama pasukan kebangsaan Argentina

Penyokong Newcastle pun dah pernah melihat Jonas memakai topeng Spiderman selepas menjaringkan gol. Ini berlaku dalam perlawanan Newcastle menentang Barnsley, Jonas menjaringkan gol kedua dalam kemenangan 6-1. Kalau musim 2010/2011 ni Jonas menjaringkan gol di EPL, mungkin korang boleh tengok topeng Spider-Man beliau.

Yang benar: Meraikan jaringan bersama topeng Spiderman
Yang tak berapa benar: "Macho jugak aku ni" kata Jonas kepada diri sendiri


Selain tu, bekas penjaga gol pasukan kebangsaan era 70-an dan 80-an, mendiang R Arumugam juga turut dikenali sebagai Spiderman kerana ketangkasannya menyelamatkan cubaan lawan.