Saturday, November 5, 2011

Sujud Syukur Demba Ba

Salam Sejahtera.

Siapa itu Demba Ba? Jin? Mambang?

Bukan. Manusia. Seorang Muslim.


Demba Ba dilahirkan pada 25 Mei 1985 di Sevres, Perancis. Ba kemudian mewakili pasukan kebangsaan Senegal sebagai penyerang.

Nama beliau sebagai seorang penyerang handal mula masyhur apabila beliau menyertai kelab Bundesliga, TSG Hoffenheim pada 2007. Beliau kemudian menyertai West Ham United pada Januari 2011 dan berjaya menjaringkan 7 gol dalam 12 perlawanan. Bagaimanapun, Ba gagal menyelamatkan West Ham daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan.



Hatrik kedua - 3 gol menewaskan Stoke City

Beliau kemudiannya menyertai Newcastle United pada Jun 2011 selepas tamat kontrak bersama West Ham. Persembahan Ba pada peringkat awal karier di SJP agak perlahan, kemungkinan disebabkan oleh berpuasa Ramadhan. Ba akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama untuk Newcastle pada 24 September 2011 ketika menentang Blackburn Rovers. Beliau seterusnya menjaringkan 3 gol untuk membantu Newcastle menang 3-1. Beliau meraikan jaringan gol pertama dengan sujud syukur. Alhamdulillah.

gol pertama ketika menentang Blackburndan video rakaman



Perlawanan seterusnya Ba sekali lagi sujud syukur apabila menjaringkan gol pertama ketika Newcastle menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-1.

~Alhamdulillah~



Dan ketika Newcastle seri 2-2 dengan Tottenham Hotspurs, Ba sekali lagi sujud syukur apabila menjaringkan gol.

Syukur, syukur, syukur Ya Allah



p/s: Kalau tutup lutut elok sikit masa sujud tu.huhu


Setakat ini Demba Ba telah menjaringkan 8 gol dalam Liga Perdana Inggeris - termasuk 2 hatrik. Hanya Robin Van Persie, Kun Aguero, Edin Dzeko dan Wayne Rooney menjaringkan lebih banyak gol.

Sekian.

No comments: