Showing posts with label Yang Indah Dikenang Jua. Show all posts
Showing posts with label Yang Indah Dikenang Jua. Show all posts

Tuesday, December 13, 2016

Senarai Yang di-Pertuan Agong (1957 - 2016)

Salam Sejahtera.

Sempena pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, apa kata kita imbas kembali Sultan dan Raja Melayu yang telah dilantik ke jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (1933 – 1960)
Usia dilantik YDPA: 62 tahun
Mula/Tamat: 31 Ogos 1957 - 1 April 1960
Ditabalkan: 2 September 1957

Keputeraan: 24 Ogos 1895
Mangkat: 1 April 1960 (65 tahun)


Thursday, November 12, 2015

Jauh Dekat


Dekat di mata
Dekat di hati

Jauh di mata
Dekat di hati

Dekat di mata
Jauh di hati

Jauh di mata
Jauh di hati

Jadi aku
Dan dikau
Jauh atau dekat?


Friday, July 17, 2015

Eid


Yang jauh berkirim salam
Yang dekat mengirim talam

Rindu bertaut
Kasih bersambut

Ampun dipinta
Maaf dikurnia

Hari mulia
Rai bersama
Syukur pada-Nya

Friday, August 16, 2013

Laporan Tertunda Liga Perdana Inggeris 2012/2013

Kejuaraan ke-20

Kira-kira tiga bulan lalu, tamat sudah kempen Liga Perdana Inggeris bagi musim 2012/2013. Pelbagai adegan drama, kontroversi dan perayaan menjadi hiburan untuk kita semua. Boleh baca yang ini dulu juga.

Saturday, February 9, 2013

Pizza


Dalam Ingatan.
Nurul Aina
(9 Februari 1991 - 29 Januari 2013)

Al-Fatihah.
Semoga adik bahagia di sana.

Monday, January 21, 2013

Chicken Chopped

Salam Sejahtera.


Anda biasa makan 'chicken chop'?

Jika anda pernah makan 'chicken chop' pada waktu lewat petang atau malam, pernahkah anda

a) Mengantuk sehingga terpaksa tidur awal pada malamnya?

b) Terlena sehingga bangun lewat pada keesokan pagi?


Apakah yang terjadi sebenarnya?

Saturday, January 5, 2013

Bai Bai (Dem!) Ba

Salam Sejahtera.

Demba Ba (2011)

Sudah tertulis suratan-Nya bahawa penyerang Newcastle United dan Senegal, Demba Ba akan meninggalkan 'wee club' dari timur laut England itu.

Friday, September 21, 2012

1000 Gol Newcastle United Liga Perdana Inggeris

Salam Sejahtera.

 Gol ke-1000, 17 September 2012

Perlawanan Newcastle United menentang Everton pada awal pagi Selasa lalu menyaksikan Newcastle United akhirnya menjaringkan gol ke-1,000 dalam sejarah Liga Perdana Inggeris bagi kelab - kira-kira 19 tahun selepas gol sendiri oleh Peter Atherton ketika perlawanan menentang Coventry City di Highfield Road.

Demba Ba muncul pemain bertuah yang menjaringkan gol bersejarah ini. Dua gol beliau kali ini membantu Newcastle mencatat keputusan seri 2-2 di Goodison Park dalam perlawanan sengit yang penuh kontroversi itu. Newcastle muncul pasukan keenam menjaringkan 1000 gol dalam Liga Perdana dan pasukan pertama yang melakukannya walaupun tidak beraksi setiap musim* Liga Perdana Inggeris sejak ia diperkenalkan pada 1992. 


Sunday, September 16, 2012

Happy Birthday, Malaysia




Happy Birthday, Malaysia

Now a 49 years old federation.

Who knows what will happen next?


Thursday, July 19, 2012

Laporan Akhir Liga Perdana Inggeris 2011/2012 #4

Salam Sejahtera.

Sarang haeyo?

Bahagian Terakhir untuk mengimbas kembali musim 2011/2012 Liga Perdana Inggeris. Bagaimana pula dengan musim baru ini? Sama-sama kita nantikan.

Sistem Penilaian SPM yang baharu digunakan untuk menilai prestasi kelab-kelab sepanjang musim lalu.

Prebiu Liga Perdana Inggeris 2011/2012 #2
Laporan Akhir Liga Perdana Inggeris 2011/2012 #1
Laporan Akhir Liga Perdana Inggeris 2011/2012 #2
Laporan Akhir Liga Perdana Inggeris 2011/2012 #3

Tuesday, July 17, 2012

Laporan Akhir Liga Perdana Inggeris 2011/2012 #3

Salam Sejahtera.

Bahagian ketiga dalam siri laporan ini, menampilkan kelab yang disokong Din_diet, Newcastle United.

 
Seperti biasa, sistem pemarkahan SPM digunakan untuk menilai prestasi kelab-kelab Liga Perdana Inggeris sepanjang musim 2011/2012, walaupun tindakan ini dilakukan tanpa izin Lembaga Peperiksaan Malaysia.


Sunday, July 15, 2012

Laporan Akhir Liga Perdana Inggeris 2011/2012 #2

Salam Sejahtera.

Kita masih lagi bercakap tentang Liga Perdana Inggeris.

Akan tetapi, janganlah kita lupa kepada bola sepak tempatan kita. Usah pedulikan FAM tetapi sokonglah pasukan tempatan kesayangan anda dan juga Harimau Malaya.

Penilaian untuk mereka masih lagi menggunakan gred SPM terbaru. 


Bagi Liga Perdana Inggeris pula, ini adalah kali pertama kejuaraan ditentukan menerusi perbezaan jaringan. Kali terakhir juara liga Inggeris ditentukan menerusi cara ini adalah pada musim 1988/1989 (Divisyen Satu ketika itu) yang dimenangi Arsenal mengatasi Liverpool.


Friday, July 13, 2012

Laporan Akhir Liga Perdana Inggeris 2011/2012 #1

 Salam Sejahtera.


Sebelum bermulanya sepak mula musim baru bola sepak Eropah, apa kata kita lihat dahulu perkara yang telah terjadi kepada kelab-kelab Liga Perdana Inggeris sepanjang musim 2011/2012, yang menyaksikan pelbagai elemen drama, kontroversi dan perlawanan yang mendebarkan.

Oh, dan penilaian prestasi ke atas kelab-kelab ini dibuat menggunakan gred SPM yang baharu. Selamat membaca.


Thursday, June 21, 2012

Din_diet dan Aspire 4520

Salam Sejahtera.

Din_diet (2007)

Oleh sebab tuan punya blog sudah lama tidak mengemas kini blog ini, jadi marilah kita dengar sebuah cerita. Cepat ambil tempat masing-masing.