Kejuaraan ke-20
Kira-kira tiga bulan lalu, tamat sudah kempen Liga Perdana Inggeris bagi musim 2012/2013. Pelbagai adegan drama, kontroversi dan perayaan menjadi hiburan untuk kita semua. Boleh baca yang ini dulu juga.
Joe Hart kedekut, tak nak kongsi air. Jom merajuk ramai-ramai.
Menyedari hanya jaringan gol dikira untuk kemenangan, Sir Alex Ferguson membawa masuk Robin Van Persie untuk membolehkan Manchester United merampas kembali kejuaraan liga daripada musuh setempat mereka, Manchester City. The Citizens pula hanya mampu menyalahkan diri sendiri atas persembahan tidak konsisten mereka musim lalu.
Slogan "Biar Jasa Jadi Kenangan" langsung tidak diendahkan Roman Abramovich
Seorang lagi pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Rafael Benitez - tidak popular di Stamford Bridge tetapi sempat menghadiahkan sebuah trofi sebagai kenangan. Manakala di utara London, Arsenal yang diterajui Theo Walcott dan Santi Cazorla meraikan kejayaan menduduki tempat keempat seolah-olah mereka berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris.
Still a better love story than Twilight
Kerja keras Gareth Bale nampaknya masih belum mampu membawa Tottenham Hotspur layak ke Liga Juara-Juara Eropah walaupun Spurs berjaya memecahkan rekod pungutan mata kelab dalam Liga Perdana Inggeris. Everton bersaing hebat sepanjang musim untuk layak ke kejohanan peringkat Eropah, namun mereka hanya dinafikan oleh keletihan dan saiz skuad yang kecil.
You'll never walk alone?
Kontroversi dan prestasi Luis Suarez sama banyak mewarnai kempen Liverpool musim lalu walaupun perkara ini tidak termasuk dalam agenda transformasi Brendan Rodgers. Prestasi skuad West Bromwich Albion bimbingan Steve Clarke pada awal musim menjadi bualan ramai namun kehebatan Romelu Lukaku yang membuktikan bahawa beliau layak diberi gelaran 'Didier Drogba Baru'.
Pemain baru terbaik 2012/2013 - Tiada syak lagi.
Swansea City bimbingan Michael Laudrup pula berjaya memenangi Piala Liga Inggeris manakala pemain-pemain kurang dikenali dari La Liga seperti Michu, Chico Flores dan Jonathan De Guzman berjaya menyerlah. Sam Allardyce pasti berpuas hati apabila membawa West Ham United naik dari Liga Kejuaraan musim sebelumnya kepada tempat ke-10 Liga Perdana Inggeris dalam tempoh setahun.
Kun Aguero cuba melepasi perajurit-perajurit dari kubu Carrow Road
Norwich City sedikit bergelut untuk menjarinkan gol musim lalu namun pertahanan kental mereka di Carrow Road berjaya mengakibatkan Manchester United, Arsenal dan Manchester City pulang dengan tangan kosong. Prestasi Fulham agak mengecewakan sekaligus timbul persoalan sama ada pemain-pemain veteran mereka masih mampu beraksi pada peringkat tertinggi.
Asas Southampton yang didirikan oleh Nigel Adkins
diteruskan oleh Mauricio Pochettino
Gaya permainan Stoke City yang sebelum ini dianggap membosankan bagi orang luar, kini mula diakui oleh sebahagian penyokong The Potters sendiri. Manakala Southampton yang diketuai penyerang prolifik Rickie Lambert menunjukkan bahawa mereka tidak takut kepada mana-mana pasukan malah aksi menyerang mereka dipuji banyak pihak.
Magpies rebah. Mungkin akibat ditembak.
Syukurlah Malaysia masih aman.
Tindakan Paul Lambert mempertaruh bakat-bakat muda yang tidak dikenali dan meminggirkan pemain berpengalaman sebenarnya berisiko tinggi namun berjaya membantu Aston Villa mengelakkan penyingkiran. Pencapaian tempat ke-16 Newcastle United sangat mengecewakan jika dilihat kualiti skuad dan kejayaan tempat kelima pada tahun sebelumnya.
Ben Watson: Ini Piala Bos!! Arsenal dah 8 tahun tak pegang ni!
Roberto Martinez: [Ditapis oleh LPF]
Joel Robles: Balik rumah bos, kamu dah mabuk.
Musuh setempat mereka Sunderland pula terpaksa bergantung harap kepada si fasis Paolo Di Canio untuk membantu mereka menyelamatkan diri daripada zon penyingkiran setelah Martin O'Neill hampir gagal. Setelah beberapa tahun berjaya mengelak penyingkiran, Wigan Athletic akhirnya ditunjukkan jalan keluar daripada Liga Perdana Inggeris, setelah hanya beberapa hari mereka menjulang Piala FA Inggeris.
Pemain QPR sedang berpentomin. Nasi sudah menjadi bubur.
Reading yang menjuarai Liga Kejuaraan pada musim sebelumnya terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tidak cukup bagus untuk beraksi pada peringkat tertinggi. Harry Redknapp cuba menyelamatkan Queens Park Rangers dan membetulkan kesilapan Mark Hughes namun segalanya sudah terlambat dan mereka akan beraksi dalam Liga Kejuaraan untuk musim ini.
KPI setiap pasukan:
Red Devils : A, Citizens : B+, Blues : A, Gunners : A-, Lilywhites : A-
Toffees : B+, Reds : B, Baggies : B+, Swans : A, Irons : B
Canaries : B-, Cottagers : C, Potters : C-, Saints : B-, The Villans : C+
Magpies : D, Black Cats : D-, Latics : D, Royals : E, Hoops : G
Sekian.
No comments:
Post a Comment