Saturday, May 30, 2015

Rangkuman Album Nasyid Terbaru 2014 di Pasaran! #3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Imbas kembali 2014: Hijjaz berjaya tersenarai sebagai finalis 
Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2014 (ABPBH 2014)

Rasanya sudah agak lama kolum Dapatkan Album Nasyid Terbaru di Pasaran! berehat lantaran kesibukan (dan kemalasan.. haha) adminblog untuk mengarang entri berkenaan album nasyid yang diterbitkan di Malaysia. Oleh itu, untuk kali ini mari kita imbas kembali beberapa album yang telah diterbitkan sepanjang tahun lalu sejak kali terakhir kolum ini disiarkan pada bulan Ogos 2014.