Din_diet (2007)
Oleh sebab tuan punya blog sudah lama tidak mengemas kini blog ini, jadi marilah kita dengar sebuah cerita. Cepat ambil tempat masing-masing.
Aspire 4520 (2007)
Pada 30 Mei 2012,
Aspire 4520 milik Din_diet yang dilahirkan sekitar bulan Ogos tahun 2007
ditemui pengsan di atas meja oleh Din_diet. Din_diet mula berasa cemas setelah
beliau cuba mengejutkan Aspire 4520 tetapi tidak berjaya. Din_diet memutuskan
bahawa Aspire 4520 perlu dihantar ke klinik untuk supaya tabib dan misi
bertugas dapat membuat diagnosis tentang penyakit yang sedang dialaminya.
Klinik Pakar
Hebat menjadi pilihan. Apabila didatangkan sahaja pesakit, mereka terus
membuat penilaian terhadap keadaan penyakit Aspire 4520. Para tabib dan misi
bertugas memberitahu Din_diet tentang hasil diagnosis mereka (penyakit yang
dihidapi Aspire 4520 dirahsiakan demi menjaga etika kerahsiaan
profesionalisme). Mereka memberitahu Din_diet bahawa mereka memerlukan 2 minggu
untuk mengubati penderitaan yang ditanggung oleh Aspire.
Kira-kira 2
minggu kemudian, tanggal 16 Jun 2012, Din_diet menerima satu panggilan daripada
Klinik Pakar Hebat. Din_diet menerima dua berita – baik dan buruk. Yang baiknya,
Aspire 4520 dibenarkan keluar hospital. Berita buruk pula, Aspire 4520, yang
kini berusia hampir lima tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya setelah
gagal diselamatkan. Para tabib bertugas telah mencuba sedaya upaya
tetapi gagal. Jenazah Aspire 4520 dibenarkan untuk dibawa pulang.
Di saat Din_diet
mula menimbangkan hasrat untuk mencari pengganti kepada Aspire 4520, satu
keajaiban telah berlaku. Apakah yang terjadi?
O_O
Beberapa hari
kemudian, tanpa disangka-sangka Aspire 4520 kembali ke pangkuan Din_diet –
sihat walafiat hendaknya. Setelah beberapa hari diisytiharkan meninggal dunia,
Aspire 4520 dan Din_diet bergabung semula untuk kembali menggegarkan dunia tanpa sempadan.
Mungkin, kali ini
keajaiban mengambil tempatnya.
Bersyukurlah!
4 comments:
bingong~ LOL
sedang berlangsung:
Din_diet dan Aspire 4520 - 2.0!
yeah!
bro din.. aku pun pakai 4520 ni.. manufactured 2006..first2 masa vista kuar agaknye.. sampai la ni leh pakai lg.. malangnye start awal 2011.. 4520 ni dah mula kena demam panas.. hahahahahhaha... asal panas KO.. asal panas KO... naik menyampah... bro lu nk ganti laptop ape plak?? aku ingt nk beli asus g series la.. hahaha
@pakwe tiz zaqyah:
4520 aku windows xp je..Asus tengah power gak sekarang kan..tapi aku nak tengok dulu model apa yg best + harga terbaik.haha
Post a Comment