Wednesday, May 23, 2012

Laporan Khas: Perlawanan Akhir Piala FA 2012


Dari mata, jatuh ke hati piala

Salam Sejahtera.

Piala FA bagi tahun 2012 telah melabuhkan tirainya pada tanggal Sabtu 19 Mei 2012 yang lalu. Perlawanan akhir menemukan Naib Juara 2009 dan 2011, Kelantan dan pasukan Liga Perdana, Sime Darby. Kelantan turun selaku pasukan pilihan kali ini - dalam percubaan ketiga untuk menjuarai Piala FA buat kali pertama. Sime Darby pula cuba muncul pasukan kelab pertama menjuarai Piala FA sejak ia dimulakan 22 tahun lalu.

Berikut adalah laporan akhir Kami di Meja Editor berdasarkan maklumat wartawan kami Marina Ismail (bukan nama sebenar) yang turut berada di Bukit Jalil tempoh hari.



Sekitar 90 Minit
 

Perlawanan akhir kali ini berlangsung di depan kira-kira 80,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebahagian besarnya adalah penyokong pasukan gergasi Pantai Timur itu. Kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati namun Kedua-dua pasukan menyaksikan serangan mereka berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan. (Separuh masa pertama: Sime Darby 0 Kelantan 0)

Permainan separuh masa kedua tidak banyak bezanya. Pada minit ke-59, kesilapan pertahanan Sime Darby menyebabkan pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Kelantan yang disempurnakan oleh Mohammed Ghaddar. Sime Darby bangkit selepas itu namun gagal menemui sasaran sehingga tamat perlawanan. (Tamat Perlawanan: Sime Darby 0 Kelantan 1)

Kelantan akhirnya muncul juara Piala FA buat kali pertama dalam sejarah dan menjadi pasukan pertama membawa pulang piala edisi baru ke Kota Bharu.

Penalti?

Ini penalti atau tidak wahai Red Devils?

Ada pihak mendakwa Obinna menjatuhkan diri sebelum sepakan penalti itu diberikan (dive). Kami di Meja Editor merasakan bahawa sepakan penalti yang diberikan kepada Kelantan adalah 'soft penalty'. Namun ulang tayang menunjukkan berlaku sedikit tolakan daripada pertahanan Sime Darby ke atas Obinna Nwaneri. Lalu pengadil memutuskan untuk memberikan sepakan penalti. Tamat~

Bosan?
 
Bagi penonton yang bersikap neutral, perlawanan akhir kali ini tidak menampilkan aksi bola sepak yang menghiburkan. Bagi penonton yang datang ke stadium, permainan cantik semestinya diidamkan namun yang lebih penting bagi mereka adalah kepuasan melihat pasukan kesayangan mereka menang. 

Meskipun perlawanan ini agak membosankan, sekurang-kurangnya penyokong The Red Warriors yang datang dari jauh tidak pulang dengan tangan kosong kali ini.

Eleh, Menang Penalti Je..

 Juara tetap juara, walaupun tanpa gaya permainan juara

Eh ada lagi? Ingatkan dah tamat tadi. Kami di Meja Editor mendengar suara-suara sumbang dari penyokong pasukan yang tidak layak ke perlawanan akhir memperlekeh kemenangan Kelantan yang memerlukan sepakan penalti untuk menang.

Selangor memenangi Piala FA 2009 menerusi sepakan penalti. Liverpool memenangi Piala Carling dengan penentuan penalti. Terbaru, Chelsea memenangi Liga Juara Juara Eropah untuk kali pertama juga dengan sepakan penalti. Mereka pun menang penalti je jugak.

Pasukan yang berjaya menjaringkan lebih gol dengan apa cara sekalipun pasti akan menang perlawanan. Tak guna main cantik tapi dah 7 tahun tak pegang piala.

Patrick Ronaldinho Wleh

Ronaldinho Liberia gagal meninggalkan sebarang impak dalam perlawanan ini kecuali ketika berlanggar dengan S Subramaniam sewaktu merebut bola. Akibatnya, Subra cedera di kepala dan terpaksa digantikan. Aksi yang kurang menjadi buat penjaring terbanyak dalam Piala FA edisi 2012 (6 gol).

Daudsu Jamaluddin

Setelah menjaringkan gol sendiri pada perlawanan akhir tahun lalu, edisi 2012 menyaksikan Daudsu tidak lagi bersedih selepas tamat perlawanan.

Dulu Daudsu lebih popular berbanding Lisa Surihani 
di facebook

Norfarhan Mohamad
 
Mungkin beliau tidak bermain dalam perlawanan akhir, namun sumbangan Farhan selaku penjaring terbanyak Kelantan dalam Piala FA tahun ini (5 gol) tetap tidak boleh dinafikan.

Obinna Masuk PAS?

Upacara penyampaian piala menyaksikan awang import Kelantan, Ghaddar (Lubnan) dan Obinna (Nigeria) membawa bersama bendera negara asal masing-masing ke pentas. Bendera Nigeria yang dibawa oleh Obinna disangkakan sebagai bendera PAS oleh sesetengah pihak. Namun, bendera PAS tetap berkibar di Bukit Jalil walaupun tidak ditunjukkan di kaca televisyen. Petanda awal?

mohon mursyidul am TIBAI ambil ni buat bendera pertubuhan
 
Tan Sri Annuar Musa

Tan Sri Annuar yang sedang digantung oleh FAM menyaksikan perlawanan di tempat duduk biasa bersama peminat The Reds Warriors yang lain. Kepuasan jelas terbayang di wajahnya setelah tamat perlawanan.

Dato' Mustapha Mohamed

Kami di Meja Editor tertanya-tanya mengapa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini turut sama menyertai upacara penyampaian piala. Adakah pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir? Nantikan..
 
Penyokong Sime Darby

Kami di Meja Editor mohon anda semua kekal setia bersama pasukan anda. Jangan jadi 'glory hunter'!

Segelintir Penyokong Kelantan

Kalu demo nok tahu, ramai sep ambo hok juruh 
daripado hok gong tok tu kalu

Masih ada penyokong yang bersikap tidak bertamadun dengan membaling botol, air dan mercun sehingga terkena mereka yang berada di bahagian bawah tempat duduk penonton. Kalau mu gelenya nok mekong, baik tengok dale tv jah. Tok soh maghi stedium la puok mu. Peranga supo beruk mat yeh.

Sikap segelintir penyokong inilah yang menyebabkan golongan majoriti yang berjuruh turut dipersalahkan. Akhirnya, yang busuk nama orang Kelantan juga.

Presiden dan Timbalan Presiden FAM

Kelibat mereka tidak kelihatan di Bukit Jalil. Mungkin pada waktu itu mereka sedang menikmati makan malam sambil berbincang tentang kelab Liga Perdana Inggeris yang mana pula perlu dibawa ke Malaysia untuk tahun 2013.

Peminat No.1 The Red Warriors

Seperti biasa, ketika ada perlawanan melibatkan Kelantan (termasuk di Lembah Klang), beliau tidak ada di stadium. Agaknya kali ini beliau ada 'candle light dinner' bersama Tokoh Sukan Negara. Alangkah 'sweet'nya....

Hafizal Hamad

Agak sedikit kekeliruan di situ saudara Hafizal. Beliau mungkin terkeliru dengan nama Sultan Kelantan dan Tengku Mahkota Kelantan (yang mencemar duli hadir di stadium untuk menyaksikan perlawanan). Allahu Akbar!

Pakcik bila nak bersara?

Hasbullah Awang

Seperti biasa, ulasan daripada pengulas sukan bertaraf bintang RTM, Datuk Haji Hasbullah Awang akan mampu memulaskan perut anda. Kesilapan beliau termasuklah Mario, Nurul Shahrul Idlan Talaha dan Rizal Fahmi Che Mat. Beliau juga sebelum ini pernah menganggap Onyekachi Nwoha dan Danny Antwi adalah orang yang sama.


Sekian dari Kami di Meja Editor.
Jumpa lagi.

No comments: