Kalau asyik tulis pasal bola, mungkin orang akan bosan. Jadi sekali sekala aku kena tulis pasal benda lain.
Baiklah, topik hari ini adalah berkisar pasal filem Hindi walaupun sekarang aku rasa orang dah tak layan cerita Hindustan ni. Sekarang kan era k-pop. Aku nak imbas kembali pasal filem Hindi yang diiktiraf di India sebagai filem terbaik dalam Anugerah Filmfare yang diadakan setiap tahun. Anugerah ini adalah anugerah paling berprestij dalam industri perfileman Bollywood (Hindi). Filem bahasa lain (Tamil, Telugu) ada anugerah sendiri. Aku akan mulakan dari tahun 2000.
Kaho Naa.. Pyaar Hai (2000)
Filem debut Hrithik Roshan dan Amisha Patel. Filem paling meletup untuk tahun 2000, sekali gus menjadikan Hrithik popular seperti Mawi pada awal kemunculannya. Kini, beliau masih lagi popular.
Lagaan (2001)
Filem dengan latar belakang tahun 1893 yang mana kisahnya sekumpulan orang kampung menentang British dalam perlawanan kriket untuk menentukan cukai yang dikenakan oleh British. Jika menang, mereka tidak perlu bayar selama 3 tahun. Jika sebaliknya, kadar cukai akan digandakan. Filem Aamir Khan ini tercalon dalam Anugerah Oscar dalam kategori filem asing terbaik. Filem ini juga menang besar di anugerah Filmfare.
Devdas (2002)
Filem ini adalah 'remake' filem klasik dengan tajuk sama. Pernah dibuat 2 kali sebelum ini dan ini adalah filem Devdas pertama yang berwarna. Filem paling mahal juga pada masa tersebut. Filem ini adalah kisah cinta yang tragis. Tipikal filem Hindi klasik. Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai yang menang anugerah pelakon terbaik. Madhuri Dixit pun menang juga (pelakon pembantu). Semua orang pun gembira.
Koi.. Mil Gaya (2003)
Bapa pengarah + anak pelakon = filem meletup. Formula sama lagi digunakan oleh keluarga Roshan. Kali ni ada Preity Zinta. Hrithik yang ada masalah perkembangan mental berubah menjadi genius dan mendapat kuasa istimewa dengan bantuan makhluk asing. Filem ini ada sekuelnya, Krrish (filem superhero).
Veer-Zaara (2004)
Filem Hindi memang tak boleh lari daripada cerita pasal konflik India dan Pakistan. Ini salah satu filem yang berkisar pasal konflik mereka. Cinta yang melangkaui sempadan geografi eh, Veer Pratap Singh dan Zaara Hayat Khan. Muzik untuk filem ini digubah dalam lingkungan 20-30 tahun yang lepas oleh mendiang Madan Mohan.
Black (2005)
Filem arahan Sanjay Lela Bhansali (Devdas) ini berkisahkan tentang kehidupan Rani Mukherjee yang buta dan pekak serta gurunya Amitabh Bachchan yang kemudiannya menghidap Alzheimer. Tidak seperti filem Hindi yang lain, filem ini tak ada lagu. Diinspirasikan dari filem Hollywood, The Miracle Worker (1962). Pengajaran? Bersyukurlah kerana kita mampu melihat dan mendengar.
Rang De Basanti (2006)
Seorang pembuat filem dokumentari datang ke India untuk membuat dokumentari tentang perjuangan kemerdekaan di India berdasarkan diari tinggalan datuknya. Lalu dia bertemu dengan Aamir Khan dan rakan-rakan. Banyak isu yang diketengahkan dalam filem ini termasuk patriotisme golongan belia, demonstrasi dan kronisme menteri.
Pengajaran filem ini, jangan gunakan skuad komando sesuka hati dan juruterbang terbaik sekalipun takkan dapat mengawal pesawat pejuang yang buruk.. Filem ini dicalonkan di BAFTA (anugerah filem British) dan menang beberapa anugerah lain di Filmfare.
Taare Zameen Par (2007)
Aamir Khan sekali lagi. Kali ini filem arahan beliau sendiri. Dalam filem ini Darsheel Safary (budak tu) adalah kanak-kanak yang mengalami disleksia (dyslexia). Aamir sebagai guru dia berusaha untuk tolong budak tu supaya dapat belajar dengan lebih baik. Aamir Khan diiktiraf pengarah terbaik di Filmfare.
Jodhaa Akbar (2008)
Filem epik ini berkisar tentang kisah cinta Maharaja Akbar dengan puteri Jodhaa yang penuh konflik. Ashutosh Govariker menang sebagai pengarah terbaik selepas Lagaan. Hrithik Roshan sekali lagi menang pelakon lelaki terbaik.
3 Idiots (2009)
Semua orang dah tengok filem ini? Filem paling meletup di India dan habis memecahkan semua rekod kutipan 'box office' sepanjang zaman.
Dabangg (2010)
Filem berkenaan polis, robin hood dan apa entah. Tapi ada Salman Khan. Ya, masih bujang lagi. Filem yang boleh tahan meletup juga ni (kutipan rekod tahun 2010). Tapi Shah Rukh Khan dan Kajol yang menang pelakon terbaik tahun lepas untuk My Name Is Khan.
7 comments:
3 idiots the best..
Amir khan awesome!
citer Taare Zameen Par tu cam best je
@amierah: betul2.
@lea: amir khan memang.best kot.aku pun x tgk lg cite tu.
kau dah tengok semua ni?
Veer Zaara & Jodha Akbar je aku tak pernah tengok.
Cerita dia memang best.mengenai kanak2 yg menghidap penyakit dixlesia (klu saya tak salah eja)
Cerita dia memang best.mengenai kanak2 yg menghidap penyakit dixlesia (klu saya tak salah eja)
Post a Comment