Kembali dengan rangkuman berita bola sepak Malaysia yang terkini dan tiada lain lagi.
MALAYSIA DAN KELAB EPL #2
Malaysia 3 Liverpool 6
Skuad Malaysia tumpas kepada Liverpool dengan gol-gol Charlie Adam (penalti), David Ngog (2), Maxi Rodriguez (2), dan Dirk Kuyt. Gol-gol Malaysia dijaringkan Safiq Rahim dan Safee Sali (2). Persembahan Malaysia lebih baik jika dibandingkan dengan perlawanan Arsenal dulu.
Nota kaki:
1) Liverpool terlalu senang untuk bolos tanpa Reina.
2) Jika sepakan sudut Charlie Adam bernilai 10 juta pound, berapa harga sepakan percuma Safiq Rahim?
3) Liverpool boleh membuat satu pasukan khas dengan pemain posisi tengah sahaja.
4) Andy Carroll. Liverpool masih tercari-cari taktik sesuai untuk beliau.
5) Oh. pertahanan Malaysia....zzzz
Malaysia XI 0 Chelsea 1
Untuk perlawanan ini, cabaran Malaysia digalas skuad Harimau Muda yang diperkuatkan beberapa pemain berpengalaman seperti Norhafiz Zamani Misbah, Hairudin Omar, S Subramaniam, Shahrulnizam Mustapha dan lain-lain. Skuad ini berjaya memberikan tentangan sengit kepada bintang-bintang Chelsea seperti John Terry, Didier Drogba, Frank Lampard dan lain-lain. Jika tidak kerana gol kontroversi dan peluang keemasan yang gagal disempurnakan, Malaysia mungkin akan melakukan kejutan ke atas skuad Andres Villas Boas dan rakan-rakan.
Nota Kaki:
1) Betul Fernando Torres berharga 50 juta?
2) Gol hanya akan dikira jika bola 100% melepasi garisan gol.
3) Pertahanan Harimau Muda jauh lebih baik dari skuad senior.
4) Chelsea perlu pemain yang lebih muda dan bertenaga. Kuda-kuda tua seperti Lampard dan Drogba semakin berada di hujung karier mereka.
5) S Subramaniam, Farizal Marlias, Joseph Kalang Tie masih mampu bermain untuk skuad Malaysia.
6) Yossi Benayoun. Memang malang dilahirkan sebagai seorang Israel.
HARIMAU MUDA KE SLOVAKIA
Selepas menentang Chelsea, Harimau Muda kini berada di Slovakia untuk membuat persiapan terakhir menjelang bermulanya kempen kelayakan Sukan Olimpik 2012 dan juga misi mempertahankan pingat emas Sukan Sea hujung tahun ini di Palembang, Indonesia.
Skuad Harimau Muda akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan Liga Divisyen 1 Slovakia dan juga khabarnya skuad Olimpik Republik Czech dan Austria.
Slovakia merupakan salah sebuah pasukan yang sedang meningkat naik di Eropah. Mereka telah layak kali pertama ke Piala Dunia 2010. Kelab-kelab utama Slovakia seperti Artmedia Bratislava dan MSK Zilina telah berjaya bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah.
KELAYAKAN SUKAN OLIMPIK 2012
Malaysia diundi dalam kumpulan C bersama Jepun, Bahrain dan Syria. Selaku wakil tunggal Asia Tenggara, Malaysia kini adalah antara 12 pasukan terbaik di peringkat Asia (bawah 23).
Untuk berpeluang layak ke London, Malaysia perlu sekurang-kurangnya mendapat tempat kedua dalam kumpulan. Juara kumpulan layak secara automatik ke Sukan Olimpik London.
21/09/2011 Jepun vs Malaysia
23/11/2011 Malaysia vs Syria
27/11/2011 Malaysia vs Bahrain
05/02/2012 Bahrain vs Malaysia
22/02/2012 Malaysia vs Jepun
14/02/2012 Syria vs Malaysia
Diharapkan RTM dan Astro Arena dapat menyiarkan perlawanan-perlawanan ini secara langsung bagi kemudahan rakyat Malaysia. Sukan terbaik hanya di RTM?
KELAYAKAN PIALA DUNIA: MALAYSIA VS SINGAPURA
Singapura 5 Malaysia 3
Perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar menyaksikan skuad Harimau patah gigi digigit Singa. Nampaknya teknik cakar harimau tidak berkesan. Mungkin Ustazah Siti Norbahyah lupa nak pesan teknik ini tak boleh digunakan semasa waktu senja kalau belum tunaikan solat Maghrib.
Ketika Safee Sali membuka jaringan seawal minit pertama, kelihatan masa depan Malaysia akan terus bersinar dengan cahaya Pelita Jaya. Namun, selepas Singapura menyamakan kedudukan, barisan pertahanan Malaysia terus melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga Singapura dapat mendahului 4-1 pada separuh masa. Benteng Malaysia diporak perandakan oleh pendatang-pendatang asing di Singapura.
Kapten Safiq Rahim kemudian dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua. Singapura juga tidak menunggu lama untuk bermain 10 orang selepas Ismail Yunos dilayangkan kad kunig kedua. Ketika harapan semakin pudar, Malaysia bangkit menjaringkan 2 gol pantas menerusi Abdul Hadi Yahya dan Safee Sali sekali lagi. Namun Singapura berjaya menambah satu lagi gol menerusi Pengasas Durex (ni kawan aku yang cakap), Alexander Duric.
Rating Pemain Malaysia
Sharbinee Allawee (Terengganu) - 2.5/10
Memang dia jaga gol betul. Dia tengok saje bola masuk dalang gol. Berat nanang weh. Gomes pung malu tengok mung main. Jem pale otok.
Mahali Jasuli (Harimau Muda A) - 4.5/10
Dah jadi macam Glen Johnson. 'Attacking' hebat tapi 'defending' hancur.
Muslim Ahmad (Harimau Muda A) - 4/10
Mungkir janji. Komunikasi antara pertahanan teruk. Cakap kat TV tak nak bolos. Kalah dengan pemain berusia 41 tahun, mungkin sama usia dengan pakcik beliau.
Fadhli Shas (Harimau Muda A) - 4/10
Masih lagi terlalu kerap melakukan kesilapan. Pesan kepada rakan-rakan jangan tunggu bola datang. Dah masuk dalam kotak penalti takut nak tackle.
Asrar Omar (Selangor) - 5/10
Sama bersalah seperti rakan pertahanan lain.
Amar Rohidan (Kedah) - 4.5/10
Serba serbi tak jadi. Macam Darron Gibson. Lucas Leiva?
Ismail Faruqi Ashaari (Terengganu) - 5/10
Entah apa-apa. Selain jersi no.9, beliau memiliki satu persamaan dengan Fernando Torres. Dua-dua tak boleh score goal satu lawan satu.
Safiq Rahim (Selangor) - 5.5/10
Tidak dapat menunjukkan bakat sepakan percuma kali ini.
S Kunalan (N. Sembilan) - 6/10
Agak tenggelam timbul namun tidak berhenti berlari dan mencuba.
Fakri Saarani (N. Sembilan) - 4.5/10
Apa pun tak boleeeehhh. Nicklas Bendtner Malaysia.
Safee Sali (Pelita Jaya FC) - 9.5/10
Terima kasih atas gol anda. Safee memang hebat!! Pemain terbaik Malaysia.
Pemain gantian
Amirul Hadi Zainal (Selangor) - 7.5/10
Dengan fesyen rambut ala kpop, Amirul Hadi menggantikan Ismail. Bermain baik sebagai 'playmaker' selepas Safiq dihantar keluar padang.
Abdul Hadi Yahya (Terengganu) - 7/10
Berjaya menjaringkan gol selepas menggantikan Fakri.
Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A) - N/A
menggantikan Safee Sali pada hujung perlawanan.
Taktikal Dato' K
Dari segi pemilihan pemain, nampaknya Dato' K Rajagopal seolah-olah terlupa sesuatu. Di mana pemain-pemain skuad Juara Liga Super 2011? Adakah mereka tidak mampu bermain untuk Malaysia. Benteng pertahanan skuad juara itu adalah antara yang paling kurang melepaskan gol dalam kempen Liga Super. S Subramaniam, Rizal Fahmi, Daudsu dan Khairul Fahmi boleh dipertimbangkan.
Benteng negara terlalu mudah bocor, seakan projek tender yang bocor kepada kroni-kroni. tertentu. Sharbinee Allawee seperti tidak berusaha menyelamatkan bola untuk hampir kesemua gol. Barisan pertahanan pula kaku seperti mereka sedang terpesona dengan kemampuan abang dan pakcik Singapura. Bahagian tengah langsung tidak berfungsi kecuali pada separuh masa kedua. Jika Safee menjaringkan 10 gol sekalipun, kalau pertahanan bolos 20 gol tak guna juga.
Jika Dato' K masih mempercayai pemain-pemain yang asyik mengulangi kesilapan, apa kita boleh buat.
p/s: aku bukan Azlan Johar.
Singapura 0 Malaysia 3
Jika dikira anak tempatan, Malaysia sudah menang selesa. Namun dengan kehadiran pakcik berusia 41 tahun (Alexander Duric), anak kelahiran China yang gempal (Qiu Li) dan pelarian Serbia (Mustafic Fahrudin), mereka berjaya memberikan Singapura 5 gol.
Dengan fizikal yang mantap dan skill setanding pemain Eropah, mereka meningkatkan permainan pasukan Singapura yang rata-rata dibarisi anak Melayu.
Kadang-kadang kesian juga dengan Singapura, main bola pun kat atas padang tiruan. Padang rumput sebenar mungkin dah kena simen habis untuk dibuat pangsapuri dan kondominium. Oleh sebab itu, rakyat Singapura pun tak pandai main bola sebab tak ada padang. Takkan diorang nak main kat Pulau Batu Putih. Kalau main kat Tanjong Pagar pun kena marah dengan KTMB sebab habis pecah tingkap kereta api.
Apapun, 3 gol Malaysia di tempat lawan tetap berharga. Lagi 2 gol dan jangan bolos. Apa kelas menang dengan rakyat asing.
KELAYAKAN PIALA DUNIA ZON ASIA
Daripada keputusan Sabtu dan Ahad lalu, negara-negara Asean kebanyakannya sudah hampir mengesahkan kedudukan mereka sebagai penonton untuk Piala Dunia 2014. Hanya Thailand dan Indonesia masih mempunyai peluang yang agak cerah untuk layak ke peringkat seterusnya. Myanmar, Vietnam, Laos dan Filipina tewas kepada negara-negara Arab dan China.
China 7 Laos 2
Thailand 1 Palestin 0
Turkmenistan 1 Indonesia 1
Singapura 5 Malaysia 3
Lubnan 4 Bangladesh 0
Uzbekistan 4 Kyrgyzstan 0
Jordan 9 Nepal 0
Iran 4 Maldives 0
Oman 2 Myanmar 0
Qatar 3 Vietnam 0
Iraq 2 Yaman 0
Syria 2 Tajikistan 1
UAE 3 India 0
Kuwait 3 Filipina 0
Arab Saudi 3 Hong Kong 0
Sekian. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment