Kembali dengan topik bola sepak, ini adalah rangkuman ringkas kepada berita-berita bola sepak di malaysia dan juga di mana-mana.
KELANTAN JUARA LIGA SUPER
Pasukan The Red Warriors akhirnya berjaya muncul juara Liga Super musim 2011 selepas menewaskan Sabah 2-1 pada perlawanan terakhir Liga pada 6 Julai yang lepas. Dua jaringan Norshahrul Idlan Talaha memastikan Kelantan berjaya menebus kekecewaan terlepas Piala FA kepada Terengganu bulan lalu. Bagaimanapun, Matyo terlepas Kasut Emas selaku penjaring terbanyak selepas penyerang Terengganu Abdul Hadi Yahya menjaringkan 4 gol untuk perlawanan terakhir.
Tidak seperti Juara Liga Super 2010 yang menarik diri, Kelantan akan bersaing dalam Piala AFC musim depan selaku Juara Liga Malaysia.
Berikut adalah video sambutan trofi Liga Super di stadium Sultan Muhammad ke-IV. Misi seterusnya, mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu.
NAJIB PEMINAT NO.1 TRW?
Sewaktu lawatan PM ke Kelantan awal bulan ini, beliau diisytiharkan sebagai peminat no.1 The Red Warriors dalam satu majlis Karnival The Red Warriors di Machang. Apa kriteria yang digunakan untuk menobatkan DS Najib sebagai peminat no.1? Beliau tidak pernah ke stadium Sultan Muhammad ke-IV ketika mana-mana perlawanan. Ketika perlawanan di lembah Klang, beliau juga tidak kelihatan di mana-mana stadium. Mungkin beliau menonton dari Astro Arena kot sambil melayan laman web 1 Malaysia.com dan twitter. Mungkin ini hanya sedikit cubaan oleh Annuar Musa untuk membodek bos sebelum pilihan raya akan datang. Jangan marah Tan Sri.
PM juga menjanjikan stadium baru untuk Kelantan; HANYA JIKA Barisan Nasional (BN) dipilih untuk memerintah Kelantan pada pilihan raya umum akan datang. Datuk Seri jangan ingat orang Kelantan begitu murah untuk dibeli dengan stadium. Kami tidak akan sesekali menukar kerajaan kami untuk stadium. Lagipun, insyaAllah Kelantan akan mendapat sebuah stadium baru di Pasir Putih yang akan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri tidak lama lagi.
AWANG IMPORT KEMBALI
Mesyuarat exco FAM baru-baru ini akhirnya meluluskan pengambilan 2 orang pemain import untuk saingan liga musim depan bagi pasukan yang mampu. Oleh itu pihak pengurusan pasukan negeri dan kelab perlu mencari pemain import yang sesuai dan mampu meningkatkan mutu permainan bola sepak tempatan. Jangan terpedaya dengan ejen-ejen yang hanya mahu mengaut keuntungan dengan menawarkan pemain yang teruk.
HARIMAU MUDA & YOUNG LIONS
Untuk saingan musim depan juga, pasukan Harimau Muda (Bawah 23) akan beraksi di Liga-S Singapura; bertukar tempat dengan Young Lions (Singapura bawah 23) yang akan beraksi dalam Liga Super dan Piala FA.
Perjanjian antara FAM dan persatuan bola sepak Singapura (FAS) juga akan menyaksikan juara Liga Super Malaysia akan berentap dengan juara liga-S untuk sebuah Piala. Juara Piala Malaysia juga akan menentang pemenang Piala Singapura untuk sebuah lagi kejuaraan.
SELAMAT TINGGAL LIGA SUPER
Pahang akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super setelah keputusan exco FAM menurunkan Pahang dan Perlis ke Liga Perdana tahun depan seperti kedudukan mereka dalam liga. Sebelum ini terdapat ura-ura Pahang akan dikekalkan dalam Liga Super kerana sebab tertentu yang korang semua maklum kot. Tempat mereka akan digantikan oleh Juara Liga Perdana, Selangor PKNS dan Sarawak.
Walau bagaimanapun, sedikit sagu hati untuk Pahang dengan peluang untuk layak ke Piala Malaysia. Mereka akan menentang pasukan Sime Darby FC (tempat ke-5 Liga Perdana) untuk menentukan pasukan yang akan menggantikan tempat Harimau Muda A yang akan sibuk dengan Kelayakan Sukan Olimpik 2012 dan Sukan Sea di Palembang hujung tahun ini. Teruskan berusaha Pahang! Daulat Tuanku!
MALAYSIA & KELAB EPL
Sempena jelajah pra musim, 3 kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) ; Arsenal, Liverpool dan Chelsea singgah ke Malaysia untuk memanaskan badan sebelum musim baru EPL bermula.
Malaysia 0 Arsenal 4
Barisan K Rajagopal tunduk 4-0 kepada kelab Arsenal. Gol-gol Arsenal dijaringkan Aaron Ramsey (penalti), Theo Walcott, Carlos Vela & Tomas Rosicky. Sikap sebahagian besar peminat yang hadir ke stadium memakai Jersi Arsenal agak dikesali. Peminat yang mem'booooooo' pasukan Malaysia dinasihatkan supaya pulang ke London. Mereka boleh tinggal di Highbury yang kini dibangunkan dengan projek perumahan.
Malaysia vs Liverpool - Sabtu 16/07
Kali ini, King Kenny pula akan membawa pasukan the Reds ke Kuala Lumpur. kapten Steven Gerrard tidak menyertai skuad kerana masih cedera. Peminat bagaimanapun boleh menyaksikan Jordan Henderson dan Charlie Adam yang baru menyertai Liverpool.
Bagaimanapun sikap sebahagian penyokong Liverpool di Malaysia sangat memalukan. Menjatuhkan maruah penyokong Reds yang sebenar dengan perangai prasejarah mereka. Mungkin stress sebab dah 20 tahun tak menang liga. Tapi penyokong Man United tu pun salah juga. Pandai sangat masuk kandang ayam (lol) .
Kejadian ini telah dilaporkan dalam akhbar di UK. haha
P/S: Jika ada kejadian boo lagi hari ni, sila balik ke Merseyside. Oleh itu sokonglah pasukan kebangsaan kita.
Malaysia vs Chelsea 21/07
Skuad the Blues juga akan ke Kuala Lumpur dengan kehadiran pengurus baru, Andres Villas-Boas. Beliau sama usia dengan Didier Drogba dan Frank Lampard. Setakat ini, Chelsea masih belum mendapatkan pemain baru. Michael Essien bagaimanapun akan berehat panjang akibat cedera.
Juga kepada peminat Chelsea, jangan boo pasukan Malaysia dan sila sokong Malaysia kalau boleh. Setakat ini, pada pendapat aku penyokong Chelsea adalah antara penyokong yang paling rasional (tak banyak songeh).
Jumpa lagi.
4 comments:
sabtu--> 16 julai not 15/7..hehe
aku dh tukar url taw2
http://diarikehidupan-saya.blogspot.com/
bookak bookak... nasib baik aku tak fanatik. lol
harap astro arena broadcast petang ni!!
eh? haha.ok.tq.
ko tukar url.noted.
chanz: lol punya video. channel sport lain ada x? supersport, espn.
kesian mamat tu.
Post a Comment