Sunday, July 3, 2011

Malaysia Taiwan

Salam Sejahtera.

Hari ini akan berlangsung perlawanan kedua pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 bagi rantau Asia. Semalam, Nepal muncul pasukan pertama layak ke pusingan kedua setelah membelasah Timor Leste 5-0. Hari ini, giliran pasukan-pasukan lain pula untuk berentap menentukan pemenang yang akan layak ke pusingan kedua.




Malaysia bertandang ke Taiwan (Chinese Taipei) dengan bekalan tipis setelah hanya berjaya menang 2-1 di Bukit Jalil Selasa lalu. Pastinya skuad Harimau Malaya di bawah K Rajagopal perlu berjuang habis-habisan untuk menangkis asakan Taiwan yang walaupun menduduki ranking ke-160 dunia tetapi memiliki kelebihan beraksi tempat sendiri.



Jurulatih Datuk K Rajagopal perlu memikirkan strategi terbaik untuk mempertahankan kelebihan jaringan dan mengelakkan kekalahan pasukan kebangsaan. Kecederaan Safee Sali menyebabkan Malaysia perlu mencari pengganti terbaik dan pemilihan pemain yang akan beraksi perlu dilakukan dengan teliti.

Mari kita lihat sedikit review & rating aksi pemain Malaysia pada perlawanan yang lalu.

Mohd Sharbinee Allawee Ramli (6/10)
Penjaga gol Terengganu diuji dengan cubaan-cubaan jauh pemain Taiwan. Meskipun tidak banyak terlibat, beliau tetap berjaya dibolosi apabila diserang, sekaligus gol penting untuk Taiwan.

Helmi Remeli (5.5/10)
Bek Kanan Terengganu digantikan dalam separuh masa pertama. Masih kurang pengalaman untuk perlawanan-perlawanan besar seperti ini.

Aidi Zafuan Abd Radzak (7/10)
Suami pelakon Rita Rudaini berjaya menjaringkan gol hasil sepakan sudut. Diharapkan Aidil & barisan pertahanan supaya tidak terleka seperti perlawanan Selasa lepas.

Mohd Fadhli Shas (6/10)
Ok.

Asrarudin Putra Omar (6.5/10)
Bek kiri yang sentiasa komited.


Pemain Malaysia meraikan jaringan


Amar Rohidan (6/10)
melambung bola ke sana ke mari tanpa hala tuj

Safiq Rahim (8/10)
kapten Malaysia menunjukkan kepimpinan melalui tauladan dengan gol pertama yang cantik. Mengatur serangan dan membantu pertahanan apabila perlu.

S Kunalan (7.5/10)
Mengucarkacirkan pertahanan Taiwan dengan larian bertenaga. Berpindah ke sebelah kanan selepas Helmi dikeluarkan.

Amirulhadi Zainal (6/10)
Agak kurang menjadi pada awal permainan. Kemudian beraksi di posisi pertahanan kanan sepanjang baki perlawanan selepas Helmi dikeluarkan.

Baddrol Bakhtiar (7/10)
Mempersiakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Perubahan posisi bagaimanapun menyaksikan Baddrol berpindah ke sayap kiri dan ini sedikit sebanyak menghadkan sumbangannya kepada pasukan.

Safee Sali (5/10)
tidak beraksi pada prestasi sebenar dan kemudian dikeluarkan setelah kecederaan pada penghujung separuh masa pertama.

Pemain gantian:
Abdul Hadi Yahya (6/10)
Masih kurang berpengalaman untuk perlawanan besar. Perlu mempertingkatkan permainan beliau. Menggantikan rakan sepasukan di Terengganu Helmi Remeli dalam separuh masa pertama.


Abdul Hadi Yahya & pemain Taiwan berentap


Ahmad Fakri Saarani(5.5/10)
Baru pulih dari kecederaan. Menggantikan Safee untuk separuh masa kedua.

Shakir Shaari (6/10)
Satu-satunya pemain Kelantan yang beraksi semalam. Menggantikan Safiq pada 10 minit terakhir dan menunjukkan beberapa sentuhan menarik.


Untuk perlawanan hari ini, diharapkan Datuk K Rajagopal akan menurunkan pasukan terbaik nanti. Khairul Fahmi (Apek), Mahali Jasuli, Shakir Shaari dan Norshahrul Idlan Talaha perlu diturunkan sekiranya mereka cergas. Bagaimanapun, terserah pada beliau untuk merencana taktikal Malaysia nanti. Seluruh rakyat Malaysia pasti akan berada di belakang pasukan Harimau Malaya.




Dan jangan lupa solat Maghrib ye nanti kepada semua penyokong.

Perlawanan lain (keputusan lepas):
Filipina vs Sri Lanka (1-1)
Myanmar vs Mongolia (0-1)
Laos vs Kemboja (2-4)
Macau vs Vietnam (0-6)
Palestin vs Afghanistan (2-0)
Pakistan vs Bangladesh (0-3)

Semalam
Timor Leste 0 Nepal 5 (Agg 1-7 Nepal)

2 comments:

Lea Isnawi said...

go malaysia go!

Din_diet said...

nasib baik menang..hehe