Monday, June 25, 2012

Sahabat



Dulu kita pernah mempunyai senyuman yang serupa, 
Tetapi banyak tahun telah berlalu sejak saat itu. 
Dan aku terseksa dengan hakikat bahawa kita tidak dapat menerima satu sama lain. 
Jadi aku menghapuskan kebanggaan diriku, 
Untuk membawa kelembutan ke dunia ini. 

Aku mahu katakan, 

Walaupun kau menunjukkan keberanian dan berlagak tegas, 
Kau tak akan mampu hidup sendirian selamanya. 
Janji yang kita lafazkan pada hari itu 
Masih tersimpan jauh dalam hatiku. 

Jika hidup ini diteruskan, 
Kau pasti tidak boleh lupa. 
Jangan lepaskannya, 
Dunia yang luas ini dan sahabat-sahabatmu. 


#Friends
Stephanie
Mobile Suit Gundam 00 - 2nd Ending Theme
[30.01.2008]

4 comments:

chanz said...

lockon stratos

Din_diet said...

Neil Dilandy (RIP)

bukanaku said...

kebanggaan diriku? should be hapus ego.

keberanian dan berlagak tegas does not seem right.

Din_diet said...

@bukanaku

oh.ok.itu lebih baik. :)