Thursday, August 11, 2011

Prebiu Liga Perdana Inggeris 2011/2012 #1

Salam Sejahtera.

Musim baru Liga Perdana Inggeris 2011/2012 dimulakan dengan perlawanan Community Shield (Piala Sumbangsih kalau di Malaysia) Ahad lepas. Manchester United melaungkan amaran awal bahawa mereka bersedia untuk menjulang kejuaraan liga ke-20 setelah bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk menang 3-2 ke atas musuh setempat, Manchester City.


Bagi pengurus-pengurus bola sepak yang memiliki pasukan di Liga Fantasi EPL, ini masanya untuk membentuk pasukan bagi cabaran musim baru. Antara liga fantasi EPL yang menjadi tumpuan boleh diakses adalah di sini dan di aplikasi Football Premier League di Facebook.

Sekarang, kita fokus pula kepada setiap pasukan dan mengenalpasti pemain tonggak harapan pasukan terbabit dan pemain lain yang dijangka mencuri tumpuan.


Cesc & Nas - saat bahagia
 
ARSENAL
Masa depan Cesc Fabregas dan Samir Nasri masih belum terjamin di Emirates. Adakah anak buah Arsene Wenger akan kemarau kejuaraan lagi tahun ini?

Tonggak Utama: Robin Van Persie dan rakan-rakan
Kuda Hitam: Aaron Ramsey
Bakat Harapan: Alex Oxlade-Chamberlain dan remaja-remaja lain

Apa lagi diperlukan: Pemain pertahanan berpengalaman
Sasaran: Layak ke Liga Juara-Juara, menang Piala FA/Liga


Charles N'Zogbia - Aston Villa lebih besar dari Wigan

ASTON VILLA

Pelantikan pengurus baru, Alex McLeish memberikan semangat baru kepada pemain yang agak terjejas musim lalu walaupun kurang disenangi sebahagian penyokong. Meskipun Villa kehilangan pemain bintang Ashley Young dan Stewart Downing namun kehadiran Shay Given dan Charles N'Zogbia dijangka mengubah nasib Aston Villa.

Tonggak Utama: Darren Bent, Shay Given, Charles N'Zogbia
Kuda Hitam: Mark Albrighton
Bakat Harapan: Gary Gardner

Apa lagi diperlukan: Pemain senior pulih prestasi dan keyakinan
Sasaran: 10 terbaik liga


Tauke syarikat ayam India - pemilik Blakcburn

BLACKBURN ROVERS

Tidak banyak perubahan pada skuad kecuali perpindahan Phil Jones ke Manchester United. Pengurus Steve Kean mensasarkan Rovers ke Liga Juara Juara walaupun bergelut mengelak tersingkir musim lalu.

Tonggak Utama: Chris Samba, Morten Gamst Pedersen
Kuda Hitam: David Goodwillie
Bakat Harapan: David 'Junior' Hoilett

Apa lagi diperlukan: Pemilik kelab melabur lebih wang untuk pemain baru
Sasaran: Mengintai Liga Juara-Juara? Kekal dalam Liga Perdana lebih sesuai..


Lee Chung-Yong: wakil Kpop terkeluar akibat cedera panjang

BOLTON WANDERERS

Johan Elmander, Stuart Holden dan Lee Chung-Yong masih belum ada pengganti yang sesuai. Mencari penyerang baru adalah keutamaan pengurus Owen Coyle selain pemain sayap.

Tonggak Utama: Kevin Davies, Gary Cahill
Kuda Hitam: Chris Eagles
Bakat Harapan: Tom Eaves

Apa lagi diperlukan: Penyerang
Sasaran: Mengintai kedudukan 10 terbaik


Fernando Torres - sentuhan kecundang

CHELSEA

Kehadiran pengurus baru Andre Villas Boas membawa harapan baru Roman Abramovich untuk membawa pulang kejuaraan. Pemain-pemain veteran tetapi penuh pengalaman diharapkan sekali lagi untuk menjulang Chelsea ke puncak kejayaan.

Tonggak Utama: Didier Drogba, John Terry, Frank Lampard dan lain-lain
Kuda Hitam: Alex
Bakat Harapan: Joshua McEachran

Apa lagi diperlukan: Fernando Torres menjaringkan gol sebanyak mungkin
Sasaran: Juara Liga, menang Liga Juara-Juara atau Piala FA/Liga


David Moyes - pakar IT pakar ekonomi

EVERTON

Everton di bawah David Moyes berharap untuk bermula lebih baik setelah agak perlahan dalam beberapa musim kebelakangan ini. Skuad Toffees yang kecil bagaimanapun akan berdepan masalah jika dilanda kecederaan berpanjangan pemainnya.

Tonggak Utama: Tim Cahill, Mikel Arteta, Leighton Baines
Kuda Hitam: Leon Osman
Bakat Harapan: Magaye Gueye

Apa lagi diperlukan: Tiada kecederaan serius kepada pemain utama
Sasaran: 10 terbaik, mencabar untuk tiket Liga Europa


Martin Jol - peluang membeli belah
di Harrods tidak boleh dilepaskan

FULHAM

Fulham kini dikendalikan Martin Jol yang menggantikan Mark Hughes sebagai pengurus. Fulham sekali lagi berdepan musim yang panjang kerana terlibat dalam Liga Europa sejak Jun lalu.

Tonggak Utama: Clint Dempsey, Brede Hangeland, Bobby Zamora
Kuda Hitam: Andrew Johnson
Bakat Harapan: Patjim Kasami

Apa lagi diperlukan: Mengelak Bobby Zamora, Andrew Johnson dan Moussa Dembele cedera
Sasaran: 10 terbaik, mara sejauh mungkin dalam Liga Europa


tenang sebelum gelora?

LIVERPOOL

'King' Kenny Dalglish melabur besar mendapatkan pemain-pemain baru; Jordan Henderson, Charlie Adam dan Stewart Downing. Pemilik kelab John W Henry mensasarkan kedudukan empat teratas musim ini walaupun King Kenny mengimpikan kejuaraan liga.

Tonggak Utama: Luis Suarez, Andy Carroll, Jamie Carragher dan ramai-ramai lagi
Kuda Hitam: Maxi Rodriguez
Bakat Harapan: Conor Coady

Apa lagi diperlukan: Pertahanan kiri dan memindahkan pemain tengah yang tidak diperlukan
Sasaran: Layak ke Liga Juara Juara, bersaing merebut kejuaraan liga, menang Piala FA/Liga


Dengan atau tanpamu, Carlos Tevez

MANCHESTER CITY

Manchester City perlu mencari adunan terbaik pemain bertaraf dunia untuk mencabar kejuaraan liga dengan atau tanpa Carlos Tevez. Roberto Mancini perlu lebih berani mengambil risiko untuk menyerang dengan taktik yang sesuai.

Tonggak Utama: David Silva, Yaya Toure, Vincent Kompany dan bintang lain
Kuda Hitam: Edin Dzeko
Bakat Harapan: Stefan Savic

Apa lagi diperlukan: Dzeko, Ballotelli & Arguero menjaringkan gol sebanyak mungkin
Sasaran: Persembahan baik dalam Liga Juara-Juara dan mencabar kejuaraan liga. Piala FA.


Pencipta sejarah - Juara kali ke-19

MANCHESTER UNITED

Musim ini, Red Devils mencari kejuaraaan Liga Perdana Inggeris kali ke-20. Pemergian Paul Scholes, Edwin Van Der Sar dan Gary Neville tidak akan ditangisi dengan kehadiran pemain generasi baru Phil Jones, Ashley Young dan David de Gea.

Tonggak Utama: Wayne Rooney & sahabat handai serta rakan taulan.
Kuda Hitam: Anderson
Bakat Harapan: Tom Cleverley

Apa lagi diperlukan: Semua pemain beraksi cemerlang dengan konsisten
Sasaran: Bersaing merebut semua kejuaraan yang ada, mempertahankan kejuaraan EPL

2 comments:

chanz said...

bila torres nak skor?

london riots.........

Din_diet said...

baru sebijik score torres..

london riots..ada budak2 ambil kesempatan pecah2 rompak2.

game kat london cancel kot minggu ni.