Friday, August 12, 2011

Analisis Keputusan Peperiksaan Sem 2 2010/2011



Salam Sejahtera.

Aku memang lupa. Ini entri pertama pasca hidup di USM berkaitan dengan USM.

Seringkas yang mungkin tentang keputusan peperiksaan, tanpa analisis setiap subjek kenapa jadi begini dan begitu.

Keputusannya:

GTD 403/4 Latihan Dietetik Dalam Wad II ------------- B
GTD 404/4 Latihan Dietetik Dalam Unit Khas II -------- B
GTD 405/4 Seminar Pemakanan dan Dietetik ---------- A-

PNGS: 3.09

PNGK: (Biar aku sahaja tau)


Kalau nak tahu subjek-subjek ini pasal apa, sila klik ini.

Untuk GTD 403 dan GTD 404 sepatutnya aku lebih menampilkan persembahan terbaik secara konsisten barulah ada peluang lebih untuk gred yang lebih tinggi. GTD 405, terima kasih kepada Dr Foo walaupun kerja saya tak berapa ok..huhu

Terima kasih kepada semua pensyarah-pensyarah PPSK terutamanya pensyarah-pensyarah Dietetik dan Pemakanan, Dietitian-dietitian PPSK, HUSM dan HRPZ II atas segala ajaran dan didikan tuan puan semua.

Terima kasih juga kepada semua kawan-kawan sekursus, sepusat pengajian dan sekampus tidak kira apa kursus korang semua.

Terima kasih juga kepada orang-orang lain yang tidak dinyatakan di atas.


Pengisytiharan aku sebagai graduan berijazah akan disempurnakan 22 September ini. Dan sementara itu pohon anggur di kebun akan terus tumbuh segar. Jangan lupa siram dan beri baja.

Untuk sampai ke sana, 4 tahun dan 141 unit kredit diperlukan. (105 unit teras, 21 unit elektif dan 15 unit kursus universiti). Dan banyak lagi yang telah terjadi sepanjang 4 tahun ini.

Aku rasa aku sepatutnya mampu buat lebih baik dari ini. Kalaulah aku dapat undur kembali ke masa lampau akan aku berundur ke tahun satu dan tahun dua dulu. Namun harapan hanya tinggal harapan.

Yang penting, hari ini masih ada untuk menentukan hari esok.
Masihkah ada esok? Hehe

5 comments:

Lea Isnawi said...

loorrr..baru nk wat analisis ker?
hehe

Unknown said...

Dengan gagah berani ko tunjuk result exam ye.. Certain2 org berahsia sgt result diorg..haha..
Anyway, all the best in your future endeavors. :)

Din_diet said...

@lea: a'ah.huhu

@nisah: berani la sgt..hehe.pngk tetap rahsia.thanks, all the best too. :)

chanz said...

berani je...haha. takpon guna bahasa jepun cam aku ha

Din_diet said...

@chanz: haha.aku x pandai jepun ni. dengar lagu tgk anime jepun je aku pandai..