Sarang haeyo?
Bahagian Terakhir untuk mengimbas kembali musim 2011/2012 Liga Perdana Inggeris. Bagaimana pula dengan musim baru ini? Sama-sama kita nantikan.
Sistem Penilaian SPM yang baharu digunakan untuk menilai prestasi kelab-kelab sepanjang musim lalu.
Sistem Penilaian SPM yang baharu digunakan untuk menilai prestasi kelab-kelab sepanjang musim lalu.
Prebiu Liga Perdana Inggeris 2011/2012 #2
Laporan Akhir Liga Perdana Inggeris 2011/2012 #1
Laporan Akhir Liga Perdana Inggeris 2011/2012 #2
Laporan Akhir Liga Perdana Inggeris 2011/2012 #3
SWANSEA CITY (Tempat ke-11)
Swansea-lona
Kelab pertama Wales dalam Liga Perdana Inggeris ini boleh berbangga dengan pencapaian mereka selaku pasukan yang baru dinaikkan. Walaupun tanpa pemain berstatus bintang, Swansea mampu bermain cantik dan berjaya mencatat beberapa keputusan di luar dugaan. Pengurus Brendan Rodgers akan mengemudi Liverpool pula pada musim depan.
Trivia: Jaringan Andrea Orlandi ketika menentang Wolves adalah jaringan terpantas dalam Liga Perdana Inggeris dalam tempoh lima tahun (24 saat).
Pemain Terbaik: Michel Vorm
Perpindahan Terbaik: Michel Vorm (dari FC Utrecht)
Gred Markah Purata: A+
TOTTENHAM HOTSPUR (Tempat ke-4, layak ke Liga Europa 2012/2013)
Masih lagi ketinggalan di utara London
Musim yang agak bercampur-campur bagi kelab dari utara London ini. Spurs berjaya menduduki tempat ketiga liga sebelum prestasi mereka merosot. Kemerosotan prestasi ini menutup peluang Harry Redknapp untuk bergelar pengurus baru England. Meskipun menamatkan musim di tempat ke-4, kejayaan Chelsea memenangi Liga Juara-Juara Eropah menolak Spurs ke Liga Europa musim depan. Redknapp dipecat
setelah kegagalan rundingan kontrak baru pada akhir musim.
Trivia: Pencapaian Tottenham (10.09 - 03.12.11) 10 kali menang, 1 seri
Pencapaian Tottenham (25.02 - 21.04.12) 1 kali menang, 3 kali seri, 5 kalah
Pemain Terbaik: Scott Parker
Perpindahan Terbaik: Scott Parker (dari West Ham United)
Gred Markah Purata: B+
WEST BROMWICH ALBION (Tempat ke-10)
Terbaik dari Midlands 2011/2012
Baggies muncul sebagai sebuah pasukan yang stabil di bawah bimbingan Roy Hodgson. Kejayaan beliau di West
Brom menyaksikan Roy disunting oleh FA Inggeris untuk mengendalikan pasukan kebangsaan England, mengatasi calon pilihan media Inggeris, Harry Redknapp.
Trivia: Pencapaian tempat ke-10 oleh West Bromwich Albion adalah kedudukan tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris yang pernah dicapai dalam sejarah kelab itu.
Pemain Terbaik: Ben Foster
Perpindahan Terbaik: Ben Foster (dari Birmingham City)
Gred Markah Purata: B
WIGAN ATHLETIC (Tempat ke-15)
Kapten: Geng, hari ni nak main bola ke nak lepak?
Anak buah: Lepak dulu derr
Lapan kali kalah berturut-turut sepanjang September dan Oktober seolah-olah
memberi petanda bahawa Wigan bakal tersingkir dari Liga Perdana musim
ini. Namun, seperti musim-musim sebelumnya, Latics kembali cemerlang
dalam fasa terakhir liga termasuk mengalahkan pasukan teratas seperti
Liverpool, Arsenal, Manchester United dan Newcastle.
Trivia: Wigan tewas semua 14 perlawanan terdahulu menentang Manchester United sebelum akhirnya mengalahkan mereka 1-0 pada 11 April 2012.
Pemain Terbaik: Ali Al Habsi
Perpindahan Terbaik: Jean Beausejor (dari Birmingham City)
Gred Markah Purata: C+
WOLVERHAMPTON WANDERERS
(Tempat ke-20, tersingkir ke Liga Kejuaraan 2012/2013)
Serigala yang tiada seri lagi
Selepas permulaan yang baik, prestasi Wolves merudum lalu tenggelam perlahan-lahan ke dasar liga. Dalam usaha yang gagal untuk menyelamatkan
keadaan, pengurus Mick McCarthy dipecat dan digantikan oleh penolongnya
Terry Connor. Wolves tersingkir selepas
tiga musim beraksi dalam Liga Perdana.
Trivia: Wolves hanya menang sekali dalam 24 perlawanan terakhir dalam liga.
Pemain Terbaik: Matt Jarvis
Perpindahan Terbaik: -
Gred Markah Purata: G
Sekian.
Jumpa lagi di musim 2012/2013!
No comments:
Post a Comment