Thursday, March 31, 2011

Kerana Doa

Salam Sejahtera.

Oleh sebab agak lama dah aku tak kongsi lirik lagu dengan korang, ni ada lirik lagu terbaru dari kumpulan Nowseeheart. Nowseeheart yang dulu popular dengan lagu-lagu seperti Damai, Damai Yang Hilang dan Inspirasi kembali aktif. Album kompilasi mereka melibatkan lagu-lagu terbaik mereka dan beberapa lagu baru akan berada di pasaran tak lama lagi.

Lagu bertajuk "Kerana Doa" ini adalah salah satu lagu terbaru Nowseeheart. Lagu ini dimuatkan dalam album kompilasi "12 Cinta: Cinta Ilahi Cinta Insani" keluaran Arteffects (syarikat Hafiz Hamidun).


Kerana Doa

Melangkah jauh tanpa arah dan tujuan
Bumi nan subur ini kurasakan gersang
Di dalam terang kegelapan
Seakan ku hanyut di daratan
Ku ingin pulang ke pangkalan

Pabila mata hati dan minda terbuka
Bertandang keyakinan terhakis curiga
Putaran masa pasti menemukan
Jarak dan ruang bukan sempadan
Tuhanku teramat penyayang

Aku tahu
Kau selalu bersamaku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan

Ku percaya
Kerana doa bertitian tiap waktu
Dengan izinMu
Ku kembali ke pangkalanku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Ku percaya diri ini memerlukan
Ku percaya doaku yang mengeratkan



6 comments:

chanz said...

hah nowseehart ada album baru ke? aku taknak ar beli kompilasi2 ni. kalo ada album baru gitau wey.. aku folo sumer album die gak kot..

Din_diet said...

ada..kompilasi..lagu lama + lagu baru.tapi tak keluar lagi..

lea said...

nanti nak donlod la

Din_diet said...

lea: leh donload dah..kat 4shared ak dah ada letak lagu ni.hehe

FurBall said...

lama dah aku tak dgr lagu nasyid..ish3...jarang dgr lagu lah senang cte..ap2 lagu pon..ngeee

Din_diet said...

mus: haha..jom la layan lagu.lagu pape pun jadi la..hehe