Tuesday, March 1, 2011

Forum Bicara Hati vs Malam Citra

Salam Sejahtera.

Entri kali ni, khusus kepada semua warga USM Kampus Kesihatan. Pada Sabtu ni, 05/03/2011 di Dewan Utama dan Dewan Nurani akan berlangsung dua peristiwa yang berlawanan antara satu sama lain dari banyak aspek.

Kenapa agak2 boleh jadi pertembungan? Tak cuba situasi menang-menang (win-win situation) ataupun ada masalah lain? Mungkin penganjur masing-masing memang dah lama rancang benda ni, jadi tak boleh kita salahkan penganjur dalam hal ini. Adapun kalian semua sebagai penghuni di USM Kubang Kerian silalah buat pilihan anda. Anda ada 4 pilihan, iaitu:

1) Hadir di Dewan Utama
2) Hadir di Dewan Nurani
3) Bungkus diri di bilik masing-masing
4) Keluar ke tempat lain di luar kampus


Apapun mari kita lihat apakah yang akan diadakan Sabtu malam Ahad nanti. (8.00 malam)

1) Forum Bicara Hati: Hatiku Milik Siapa


Forum ni diadakan sempena program Quranic Generation. Pasal benda ni korang kena rajinkan diri membaca notis-notis di papan kenyataan. Kalau tak silap anjuran PSP dan kerjasama MPP USMKK. Sila betulkan kalau salah.

Apa ada dengan majlis ni?

1) Hadir majlis ilmu = insyaAllah dapat pahala.Amin..
2) Dapat tambah pengetahuan dan mengisi jiwa yang mengalami kekosongan
3) Masuk adalah percuma
4) Ada jualan makanan dan buku-buku
5) Air-cond yang nyaman dan selesa.pentingkah ini?




2) Malam Citra Nurani

Poster tidak dapat dipaparkan atas sebab-sebab tertentu.

Apa ada dengan majlis ini?

1) Masuk bayar tiket RM 3/kepala
2) Persembahan menarik (kata-kata moderator page event ni di facebook.jangan marah deh)
3) Makanan disediakan
4) Ada anugerah pakaian terbaik. Jadi silalah pakai cantik2 dan semat2.
5) Boleh menyemarakkan semangat 1 Malaysia.

Majlis ni aku rasa anjuran Desasiswa Nurani. Kalau salah sila betulkan.

Korang nak pergi mana malam tu?

4 comments:

chanz said...

pergi Sunway tengok movie..erkk.

Din_diet said...

jom g RP.tengok movie di laptop dah.lol

FurBall said...

jom r pg tgok org men futsal pagi tuh...

Anonymous said...

saya pgi ke malam citra.