Tuesday, December 13, 2016

Senarai Yang di-Pertuan Agong (1957 - 2016)

Salam Sejahtera.

Sempena pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, apa kata kita imbas kembali Sultan dan Raja Melayu yang telah dilantik ke jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (1933 – 1960)
Usia dilantik YDPA: 62 tahun
Mula/Tamat: 31 Ogos 1957 - 1 April 1960
Ditabalkan: 2 September 1957

Keputeraan: 24 Ogos 1895
Mangkat: 1 April 1960 (65 tahun)




YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA
Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah

Sultan Selangor (1938 – 1942, 1945 – 1960)
Usia dilantik YDPA: 61 tahun 11 bulan
Mula/Tamat: 14 April 1960 - 1 September 1960
Ditabalkan: -
Keputeraan: 13 Mei 1898
Mangkat: 1 September 1960 (62 tahun)


YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA
Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail

Raja Perlis (1945 – 2000)
Usia dilantik YDPA: 40 tahun
Mula/Tamat: 21 September 1960 - 21 September 1965
Ditabalkan: 4 Januari 1961
Keputeraan: 25 November 1920
Mangkat: 16 April 2000 (79 tahun)


YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT
Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin

Sultan Terengganu (1945 – 1979)
Usia dilantik YDPA: 58 tahun
Mula/Tamat: 21 September 1965 - 20 September 1970
Ditabalkan: 21 September 1965
Keputeraan: 24 Januari 1907
Mangkat: 20 September 1979 (72 tahun)


YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA
Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Sultan Kedah (1958 -)
Usia dilantik YDPA: 43 tahun (1970)
Mula/Tamat: 21 September 1970 - 20 September 1975
Ditabalkan: 20 Februari 1971
Keputeraan: 28 November 1927 (89 tahun)


YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM
Sultan Yahya Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim

Sultan Kelantan (1960 – 1979)
Usia dilantik YDPA: 57 tahun
Mula/Tamat: 21 September 1975 - 29 Mac 1979
Ditabalkan: 28 Februari 1976
Keputeraan: 10 Disember 1917
Mangkat: 29 Mac 1979 (61 tahun)


YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah

Sultan Pahang (1974 - )
Usia dilantik YDPA: 49 tahun
Mula/Tamat: 26 April 1979 - 25 April 1984
Ditabalkan: 10 Julai 1980
Keputeraan: 24 Oktober 1930 (86 tahun)


YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN
Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail

Sultan Johor (1981 – 2010)
Usia dilantik YDPA: 52 tahun
Mula/Tamat: 26 April 1984 - 25 April 1989
Ditabalkan: 15 November 1984
Keputeraan: 8 April 1932
Mangkat: 22 Januari 2010 (78 tahun)


YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

Sultan Perak (1984 - 2014)
Usia dilantik YDPA: 61 tahun
Mula/Tamat: 26 April 1989 - 25 April 1994
Ditabalkan: 18 September 1989
Keputeraan: 19 April 1928 (83 tahun)
Mangkat: 28 Mei 2014


YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH
Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (1967 – 2008)
Usia dilantik YDPA: 72 tahun
Mula/Tamat: 26 April 1994 - 25 April 1999
Ditabalkan: 22 September 1994
Keputeraan: 19 Julai 1922
Mangkat: 27 Disember 2008 (86 tahun)


YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah

Sultan Selangor (1960 – 2001)
Usia dilantik YDPA: 73 tahun
Mula/Tamat: 26 April 1999 - 21 November 2001
Ditabalkan: 23 September 1999
Keputeraan: 8 Mac 1926
Mangkat: 21 November 2001 (75 tahun)


YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA BELAS
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

Raja Perlis (2000 - )
Usia dilantik YDPA: 58 tahun
Mula/Tamat: 13 Disember 2001 - 12 Disember 2006
Ditabalkan: 25 April 2002
Keputeraan: 17 Mei 1943 (73 tahun)


YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA BELAS
Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Sultan Terengganu (1998 - )
Usia dilantik YDPA: 44 tahun
Mula/Tamat: 13 Disember 2006 - 12 Disember 2011
Ditabalkan: 26 April 2007
Keputeraan: 22 Januari 1962 (54 tahun)


YANG DIPERTUAN AGONG KEEMPAT BELAS
Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Sultan Kedah (1958 - )
Usia dilantik YDPA: 84 tahun 
Mula/Tamat: 13 Disember 2011 - 12 Disember 2016
Ditabalkan: 11 April 2012
Keputeraan: 28 November 1927 (89 tahun)

YANG DIPERTUAN AGONG KELIMA BELAS
Sultan Muhammad V
(Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra)


Sultan Kelantan (2010 - )
Usia dilantik YDPA: 47 tahun 
Mula/Tamat: Mulai 13 Disember 2016
Ditabalkan: April 2017 (jangkaan)
Keputeraan: 6 Oktober 1969 (47 tahun)

No comments: