Thursday, October 15, 2015
Agar Bisa Kembali
Kau, mengapa
Bermuram sahaja
Diam seribu bahasa
Tiada lagi gurau senda
Tiada lagi madah ceria
Semua ini
Buatku tertanya
Apa yang terjadi
Kerna yang aku biasa
Kau bukanlah begini
Kalau kau mahu
Ceritalah padaku
Apa yang mengganggu
Walaupun aku tahu
Diriku tak upaya
Jadi pemudah cara
Namun aku bisa
Mendengar penuh setia
Jika aku berbuat onar
Tanpa aku sedar
Menyakiti dirmu
Izinkan aku
Memohon ampun maaf
Hapus segala khilaf
Moga Tuhan
Leraikan resah
Mudahkan urusan
Tunjukkan ibrah
Agar bisa kembali
Sinar wajahmu
Kerana bagiku
Itu sudah pun memadai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment