Pernah aku bermimpi
Tentang dirimu
Ingin sekali aku
Bersamamu
Walau hanya untuk seketika
Namun bukan mudah
Menzahirkan hasrat
Lalu pendamkan sahaja
Impian yang terbenam
Dalam sanubari
Hidup mesti diteruskan
Moga satu hari nanti
Akan ada ruang
Untuk bersua denganmu
Masa terus berlalu
Nasib telah berubah
Kini aku hadir
Bersamamu
Tenang jiwaku
Hilang resahku
Melihat bukti
Segala kisah
Setiap cerita
Berbahagialah
Jika dahulu
Sewaktu melihatmu
Sekadar aku terpesona
Kini terasa sayu
Saat memandang wajahmu
Ingin sekali aku
Kembali ke sisimu
Walau hanya seketika
Menatap keindahannya
Andai ada jodoh
Andai ada rezeki
Andai ada pertemuan
Pasti aku akan kembali
Ke bumi yang mulia
Di sisi mereka
Umat yang terpilih
Menyahut seruan
Labbaikallahumma Labbaik
Labbaika la syarika laka labbaik
Innal hamda wan ni'mata laka wal mulk
La syarikalak
No comments:
Post a Comment