Friday, October 15, 2010

Bajet 2011


Salam Sejahtera

Antara Isi Kandungan Bajet 2011 yang dibentangkan semalam di Parlimen adalah seperti berikut:


· Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
· Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
· Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
· Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
· RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
· RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.
· Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.
· Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.
· RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
· RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
· RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
· Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
· RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
· Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.
· Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
· Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.
· Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).
· Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
· RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.
· Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 billion bagi perbelanjaan pembangunan.
· Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.
· Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
· Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
· Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
· RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
· Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.
· Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.
· Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
· RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
· Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
· RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.
· RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
· Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
· Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
· Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
· Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
· Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
· Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
· Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.
· Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.
· Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".
· Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.
· Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.
· Melancarkan Dana Pencen Swasta.
· Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
· Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.
· Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
· Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
· Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
· Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.
· Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.
· Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
· Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

sumber: Berita Harian

Wednesday, September 29, 2010

Cuba



Cuba
Aidil

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang

Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru

Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan

Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Lagu/Lirik: Hafiz Hamidun (Arteffects Production)


p/s:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya.

(Al-Baqarah : 286) .

Thursday, September 23, 2010

Review Album: Mahabbah



-->
Salam Sejahtera
Kali ini, aku nak cuba sesuatu yang baru. iaitu membuat review album (ulasan). Meskipun aku bukanlah berlatar belakangkan muzik, aku akan cuba sebaik mungkin.
Album pilihan? Album Mahabbah, iaitu album terbaru daripada kumpulan Rabbani. Album ni dah lama berada di pasaran, dalam hujung tahun lepas. Tagline album ini: "kasihilah, kamu akan dikasihi".
Album ini adalah album pertama Rabbani setelah pemergian Allahyarham Ustaz Asri Rabbani, yang mana dalam album ini, saudara Zulkiflee Azman telah diamanahkan untuk menggalas tugas sebagai vokal utama.
Antara setiap lagu juga diselitkan kata-kata hikmah. Ada 8 lagu semuanya dalam album ini seperti berikut:
1) Mahabbah
2) Kejora Sinar Zaman
3) Syahadah
4) Nurul Iman
5) Bicara Hijrah
6) Ya Man Satufariq
7) Tanpa Agama
8) Inikah Petanda (Allahyarham Ustaz Asri feat. Mawi)

Secara umumnya album kali ini menampilkan lagu-lagu yang hampir seirama dengan lagu-lagu Rabbani di awal kemunculan mereka (era sebelum lagu Intifada dan Pergi Tak Kembali) tetapi dengan sentuhan muzik yang lebih moden. Berikutnya, ulasan terperinci mengikut lagu.
Mahabbah – single yang menjadi tajuk album ini membawakan mesej cinta yang sebenarnya kepada Allah. Irama yang bagus dan vokal lagu ini disampaikan dengan baik. Lagu ini kalau dihayati tidak akan mengambil masa yang lama untuk ditangkap. (9/10)
Kejora Sinar Zaman merupakan lagu yang didedikasikan khas kepada Allahyarham Ustaz Asri. Lagu ini paling emosi dan juga paling sentimental dalam album ini. Kisahnya? Mengenai perpisahan antara sahabat selepas seorang pergi menyahut panggilan daripada Allah..Al-Fatihah.. (8.5/10)
Lagu Syahadah merupakan versi penuh lagu untuk rancangan dokumentari Syahadah, yang disiarkan di RTM1. Susunan muzik untuk lagu ini seperti irama padang pasir tetapi lebih upbeat. Lirik lagu ini berkisar tentang penyaksian kepada kalimah syahadah yang membawa seseorang itu mengakui keislamannya. Dalam lagu ini kita juga diingatkan Islam melangkaui sempadan negara dan bangsa. (7/10)
Lagu Nurul Iman diinspirasikan daripada kisah Nabi Yusuf. Lagu ini juga menjadi lagu tema untuk siri drama Nurul Iman yang disiarkan di RTM2. Susunan muzik lagu ini juga agak upbeat, menjadikannya sedap didengar. Lagu ni mungkin akan digemari oleh pelajar2 IPT. Cuba dengarkan. Nurul iman.. nurul iman.. (8/10)
Lagu berikutnya Bicara Hijrah membawa mesej supaya kita mengambil iktibar daripada hijrah Rasulullah SAW dan menyeru kita supaya berhijrah daripada keadaan sedia ada kepada keadaan lebih baik. Meskipun bermula agak perlahan, lagu ini semakin rancak apabila hampir ke bahagian korus. Vokal dan muzik yang baik. (7.5/10)
Ya Man Satufariq – satu-satunya lagu berbahasa Arab dalam album ini. Lagu ni lebih kepada rentak tradisional. (6/10)
Tanpa Agama pula lagu asal yang dinyanyikan The Zikr dan kemudian oleh kumpulan Hijjaz (Album Rindu, 1999). Kali ini, lagu Tanpa Agama ni dirakamkan semula dengan susunan muzik yang lebih segar. Lagu ni juga agak emosi sedikit, tetapi kurang berbanding lagu Kejora Sinar Zaman. Secara ringkasnya, lagu ini menekankan kepentingan pegangan agama dalam hidup kita. (7.5/10)
Untuk pengetahuan semua, Inikah Petanda adalah lagu pertama yang menampilkan Allaryarham Ustaz Asri dengan duet bersama Mawi. Lagu ni dah dirakam agak lama dulu tetapi tidak sempat ditampilkan sebagai single kerana sebab2 tertentu. Alih-alih lagu Saksi, dalam album kompilasi 1418-1428 H (duet bersama Rabbani & Mawi) yang menjengah pasaran terlebih dahulu. Masih lagi dengan irama world music, kisah lagu ini adalah berkenaan dengan suasana manusia di akhir zaman yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai apa yang dihajatkan. (7/10)
Purata skor: 7.6/10

Saturday, September 18, 2010

Manifestasi Cinta


Manifestasi Cinta

Fiq (feat. Mirwana)

Apakah akan terjadi pada semua
Bila mentari dan sang bumi
Tak lagi saling memahami

Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan

Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu

Dan cinta yang sedia ada
Pupus sudah segalanya
Hanya tinggal sisa suka duka percintaan

Haruskan aku berdiam dan membisu
Berdiri membiarkan biarkan semua itu

Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Dari detik terulang
Kau rahsia mimpiku

Haruskan aku berdiam membisu
Berdiri membiarkan semua itu

Engkau nafas hidupku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta
Engkau rahsia mimpiku
Kau manifestasi cinta
Engkau nadi jiwaku
Kau manifestasi cinta





P/s:
Haruskan aku berdiam membisu, berdiri membiarkan semua itu?