Monday, June 21, 2010

World Cup

Salam sejahtera.

kali ni sempena Piala Dunia (world cup 2010). aku nak kongsi sedikit sebanyak pengalaman aku dengan world cup (bajet cam banyak pengalaman la ni.haha).


World Cup 1998

Pasukan Perancis menjulang
Piala Dunia 1998 di tempat sendiri
Masa ni, aku baru Darjah Empat. Jadi aku pun tak ingat sangat la pasal Piala Dunia kali ni. Masa ni, Ronaldo (star Brazil) baru nak mula terkenal.



World Cup 2002

Piala Dunia 2002, kali pertama di Asia


Piala Dunia yang terbaik pernah aku tengok. Banyak kejutan dan keputusan di luar dugaan. Yang paling best, semua perlawanannya disiarkan pada waktu petang dan malam (sebelum tengah malam). Jadi, tak ada la orang yang berjaga di lewat malam semata-mata untuk tengok bola.

Aku ingat lagi, perlawanan yang paling awal setiap hari adalah pada jam 2.30 petang waktu Malaysia! Lepas balik sekolah (tamat waktu sekolah aku pukul 2), terus buka TV untuk tengok bola.haha. Aku ingat lagi biasanya aku dikaitkan dengan Zinedine Zidane sebab nama yang hampir sama.(nama je sama..skill jauh sekali). Ada kawan aku panggil aku Zanidin Zuddin (gabung nama aku dengan nama ayahku).haha.


Zidane gagal membantu Perancis
dari tersingkir awal pada 2002


Ceritanya, pada Piala Dunia 2002 ni, Zinedine Zidane terlepas dua perlawanan awal pasukan Perancis akibat cedera. Ketika Zidane ni cedera, Perancis kalah dan seri 2 perlawanan awal ini dan memerlukan kemenangan ke atas Denmark untuk mara ke pusingan kedua. Pada perlawanan menentang Denmark, Zidane telah pulih daripada kecederaan dan boleh beraksi. Namun, Zidane ni gagal membantu Perancis yang akhirnya tumpas 0-2, sekaligus menjadi juara bertahan pertama tersingkir di peringkat kumpulan.

Kemudian perlawanan seterusnya pada pukul 5.00 petang dan 7.00 malam (atau 7.30, tak pasti). Kemudian selepas habis perlawanan barulah disiarkan Buletin Utama (TV3). Antara yang aku masih ingat, perlawanan antara Sepanyol dengan Ireland (Sepanyol menang selepas penentuan sepakan penalti, apabila keadaan terikat 1-1 selepas tamat masa tambahan) menyebabkan Buletin Utama disiarkan kira-kira pada pukul 10 malam pada hari tu!

Ronaldo (Brazil) meraikan kejuaraan
Piala Dunia 2002 bersama Rivaldo

(p/s: rambut lupa nak cukur habis ni)



World Cup 2006

logo Piala Dunia 2006
(p/s: Football = fussball?)
Masa ni pula, aku kat Kolej Matrikulasi Pahang. Jadi nak tengok siaran bola kena tengok kat bilik TV kat tingkat bawah asrama. Masa perlawanan pembukaan, 12.00 malam (tuan rumah Jerman melawan Costa Rica), aku sempat tengok 15 minit (kedudukan dah 2-1 pada masa tu kalau tak silap). Lepas tu pergi tidor..zz


Zidane lagi! -
kali ini dilayangkan kad merah dalam perlawanan akhir.
Mesti korang dah tau pasal apa kan dia buat camtu kan?

World cup kali ni, sebab dilangsungkan di Eropah, jadi banyak perlawanan disiarkan pada sebelah malam dan tengah malam dan juga awal pagi (pukul 10 perlawanan paling awal). Jadi aku sempat tengok perlawanan awal je la kalau yang 90 minit. Untuk perlawanan yang disiarkan pada awal pagi, memang ada orang yang sanggup tengok dan bersorak walaupun dah pukul 4 pagi. Lebih-lebih lagi kalau perlawanan antara pasukan pilihan!

Itali - juara Piala Dunia 2006.
mampukah mereka mengulangi kejayaan tahun ini?

World Cup 2010Kali ni, aku dah ada di USM. Tapi sebab cuti aku ada kat rumah. Tapi, rumah aku tak ada Astro, jadi terpaksa tengok RTM...

...yang mendakwa mereka adalah penyiar rasmi Piala Dunia 2010 di Malaysia (memang betul pun). Tetapi rupanya ramai peminat bola (mungkin termasuk aku) terasa mereka seperti kena tipu, kerana menyangka semua perlawanan akan disiarkan. Sebenarnya hanya lebih kurang 35 perlawanan je yang disiarkan di TV1 dan TV2 (termasuk siaran tertunda). Mungkin dalam hal ini, RTM terlebih 'bajet' mengatakan stesen mereka sebagai penyiar rasmi Piala Dunia kali ini. Sepatutnya RTM kalau ada apa-apa masalah seperti tiada penaja atau kurang peruntukan, RTM perlu bagi peluang kepada pihak lain yang lebih berkeupayaan untuk menyiarkan semua perlawanan (Media Prima, mungkin?). Ini hanya pendapat aku je..


logo Piala Dunia 2010

Jadi aku agak kempunan sedikit untuk melihat perlawanan-perlawanan pada Piala Dunia kali ini. Nak melancong ke Afrika Selatan aku tak mampu dan tak dapat. Jadi untuk tahun ini, rasanya aku tengok je la mana-mana game yang disiarkan. :(

Selamat berPiala Dunia untuk tahun 2010, yang pertama di bumi Afrika.


dan juga sedikit pesanan penaja,


KATAKAN YA KEPADA BOLA SEPAK
KATAKAN TIDAK KEPADA JUDI BOLA SEPAK

Monday, June 14, 2010

Selamat Hari Lahir! (Lambat!)

teka..apa yang adik ni tengok?


Salam Sejahtera..

oh.baru aku sedar. Rupanya blog ni dah cukup setahun umur dia (artikel pertama blog)! Syukur pada Allah kerana telah memberikanku peluang untuk berbloging (?) walaupun blog ni takde la seberapa sangat kalau dibandingkan dengan blog2 korang semua.

dan juga tidak lupa, terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti blog ini dari semasa ke semasa (walaupun lama x update..hehe). Terima kasih kepada semua pembaca, tidak kira yang bising atau yang senyap (jangan marah)..dan juga kalau korang rasa ada cadangan apa yang patut ditulis dalam ni boleh jugak kongsi dengan ambo deh.. =)

Semoga anda sentiasa berada dalam Hidup Yang Lebih Indah..



Lagi menyusul
artikel-artikel lain
seperti biasa
(dalam masa terdekat)...
insyaAllah

Thursday, May 20, 2010

42211 (3)

Salam sejahtera..

ok.bahagian terakhir dah.pasni leh cakap pasal benda lain dah ni.apa2 pun baca dulu ni.

11


11 - Peter Lovenkrands
Tarikh Lahir: 29 Januari 1980
Umur: 30 tahun
Posisi: Penyerang / Sayap kiri
Kelab yang diwakili:
1998-2000: Akademisk Boldklub
2000-2006: Glasgow Rangers
2006-2009: Schalke 04
2009: Newcastle United
2009-: Newcastle United
Penampilan antarabangsa:
Denmark 21 penampilan, 1 gol

Perkembangan Karier:
1998:
Penampilan liga pertama bersama Akademisk Boldklub.
digambarkan pengurus Christian Andersen sebagai pemain masa depan untuk pasukan kebangsaan Denmark.
Anugerah Pemain Bawah 19 Terbaik Tahunan Denmark

1999:
menang Piala Denmark bersama Akademisk Boldklub (walaupun tidak bermain pada perlawanan akhir menentang Aalborg BK)


era (Power Rangers!

2000-2006:
Berpindah ke Glasgow Rangers dengan bayaran £1.3 juta.
Bermain 182 perlawanan untuk Rangers.
Menang 2 Kejuaraan Liga Scotland.
Menjaringkan 54 gol.
Antara gol penting termasuk minit terakhir perlawanan akhir Piala Scotland 2002 menentang musuh setempat, Celtic.
Bermain lebih kerap di posisi sayap kiri berbanding sebagai penyerang.


2005-2006:
Bermain sebagai penyerang.
Menjaringkan 14 gol (terbanyak dalam semusim di Rangers) dalam liga.
Memainkan peranan penting dalam kemaraan Rangers ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara.
Menjaringkan gol ketika Rangers menewaskan Porto FC 3-2 dan seri dengan Inter Milan 1-1.
Semasa peringkat kalah mati, menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan menentang Villarreal, tetapi Rangers tersingkir atas peraturan gol di tempat lawan.

2006-2007:
Berpindah secara percuma ke kelab Jerman, Schalke 04.
Menyertai rakan senegara Soren Larsen.
Bermain sebagai sayap kiri, menjaringkan 6 gol dan 4 bantuan gol (assist).
Terlepas akhir musim akibat kecederaan ketika Schalke 04 menjuarai Bundesliga Jerman.

beraksi untuk Schalke 04

2007-2008:
Kehilangan tempat dalam kesebelasan utama akibat kecederaan dan persembahan kurang menentu .
Kembali cergas pada Februari 2008 - tetapi khidmatnya tidak digunakan oleh jurulatih baru Schalke 04 Fred Rutten.

kekecewaan...

2008-2009:
Schalke 04 bergelut dalam liga dan tersingkir dalam peringkat kumpulan Piala UEFA.
Kehilangan tempat dalam pasukan utama, dilepaskan secara percuma pada Januari 2009.

23 Januari 2009 - Menyertai Newcastle United secara percuma sehingga akhir musim selepas tempoh percubaan 2 minggu.

Penampilan pertama sebagai pemain gantian ketika kalah 1-2 kepada Manchester City. Penampilan penuh pertama menentang West Bromwich Albion, menjaringkan satu gol (menang 3-2).

penampilan penuh dan gol pertama
untuk Newcastle


4 Mac 2009 - Pemain pertama menjaringkan gol melepasi penjaga gol Manchester United, Edwin Van Der Sar dalam tempoh 1,311 minit permainan. Van Der Sar tidak melepaskan gol sejak 8 November 2008.
11 Mei 2009 - Gol ketiga menewaskan Middlesbrough 3-1.

Meninggalkan Newcastle setelah tamat kontrak pada 1 Julai 2009.

2009-2010:
Kembali ke Newcastle pada 1 September 2009 dengan kontrak 3 tahun.
Menjaringkan gol pertama menewaskan Swansea City 3-0.

Loverman vs. Plymouth Argyle

13 Januari 2010 - Hatrik pertama untuk Newcastle. (menang 3-0 ke atas Plymouth Argyle dalam Pusingan Ketiga Piala FA).

18 Januari 2010 -
Bermain untuk Newcastle ketika menentang West Brom meskipun baru sahaja pulang ke Denmark selepas kematian ayahnya. Menjaringkan gol kedua (seri 2-2) dan mendedikasikan gol tersebut kepada mendiang ayah beliau.

untuk dia yang telah pergi..
(Newcastle 2 WBA 2)


Menjaringkan gol keempat dan kelima setelah masuk menggantikan pemain baru Leon Best pada minit ke-60, untuk menang 5-1 ke atas Cardiff City.


Karier Antarabangsa:

Pasukan bawah 19 tahun Denmark:
Penampilan pertama September 1997
5 gol dalam 8 perlawanan
Anugerah Pemain Bawah 19 Terbaik Tahunan Denmark 1998.

Pasukan bawah 21 tahun Denmark
Mac 1999-Oktober 2001
7 gol dalam 12 perlawanan

Penampilan antarabangsa senior pertama:
menang 1-0 ke atas Arab Saudi (13 Februari 2002).


Piala Dunia 2002 & Euro 2004Anggota pasukan kebangsaan Denmark

Gol antarabangsa pertama:
seri 1-1 dengan Rep. Czech (15 November 2006)

Perlawanan terakhir (sehingga kini):
menang 3-2 ke atas Portugal (kelayakan Piala Dunia, 10 September 2008).


Ulasan:
4 (Kevin Nolan), 22 (Nicky Butt), 11 (Peter Lovenkrands). Tiga pemain ini antara yang memainkan peranan penting untuk membantu Newcastle United kembali ke Liga Perdana Inggeris musim depan (2010/2011). Maknanya nanti perlawanan2 Newcastle akan kembali disiarkan di ESPN dan Star Sports.hahaha

Entri ni aku mula terfikir nak buat semasa exam final tempoh hari.tapi kerana untuk buat entri ni mengambil masa yang lama (terpaksa pecahkan kepada tiga bahagian, harap korang tak jemu ye..), terpaksa aku tangguhkan sehingga sekarang. akhirnya lengkap sudah ketiga-tiga bahagian..

kepada siapa2 yang tertanya2 (ada ke?) apakah kaitan 42211 tu dengan mereka, 42211 tu sebenarnya ialah.................................................................

TAMAT

Tuesday, May 18, 2010

42211 (2)

Salam sejahtera..

sambungan dari bahagian sebelum ini


22
22 - Nicky Butt
Nama Sebenar: Nicholas "Nicky" Butt
Tarikh Lahir: 21 January 1975
Umur: 35 tahun
Posisi: Tengah
Kelab yang diwakili:
1992-2004: Manchester United
2004-2005: Newcastle United
2005-2006: Birmingham City (pinjaman)
2006-2010: Newcastle United
Penampilan Antarabangsa: England (39 cap)

Perkembangan Karier:
1992-2004:
Penampilan pertama dalam pasukan utama Manchester United (1992-1993).
Pengganti Roy Keane apabila ada penggantungan atau kecederaan.

Butt (dua dari kiri, depan) bersama Manchester United
dalam Final Liga Juara-Juara 1999


Mula bermain secara kerap dalam pasukan utama di samping Roy Keane setelah Paul Ince berpindah ke Inter Milan pada 1995.
Peluang bermain mula berkurangan apabila Paul Scholes bertukar posisi ke bahagian tengah.

Meninggalkan OId Trafford dengan 6 pingat kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 3 kejuaraan Piala FA, 1 kejuaraan Piala Eropah dan juga pingat naib juara Piala FA 1995.

2004-2005:
Berpindah ke Newcastle United di bawah Sir Bobby Robson dengan bayaran £2.5 juta sebagai pengganti Gary Speed yang berpindah ke Bolton Wanderers.
Musim yang mengecewakan akibat kecederaan.
Pengurus Graeme Souness membawa masuk pemain tengah Senegal, Amdy Faye pada Januari 2005 sebagai pengganti.
Mendapat kecaman penyokong apabila bermain teruk ketika kalah 1-4 kepada Manchester United dalam separuh akhir Piala FA.


2005-2006:
Scott Parker dan Emre Belozoglu berpindah ke Newcastle.
Akibat peluang dalam kesebelasan utama yang terhad, menyertai Birmingham City di bawah Steve Bruce (bekas rakan sepasukan di Manchester United) secara pinjaman semusim pada Ogos.
Didenda £ 80,000 (2 minggu gaji) apabila meninggalkan pasukan setelah mendapati beliau digantikan Alex Bruce (anak Steve Bruce) dalam senarai pasukan untuk perlawanan liga menentang West Ham United.
Birmingham City tersingkir dari Liga Perdana pada akhir musim.

bersama Birmingham City2006-2007:
Kembali ke Newcastle United di bawah kendalian Glenn Roeder.
Akhirnya memenangi peminat dengan jaringan 2 gol semasa perlawanan persahabatan menentang Villarreal CF.
Kekal di Newcastle dan bermain lebih banyak perlawanan.

14 Januari 2007 - Menjaringkan gol pertama untuk Newcastle dalam masa dua tahun ketika menewaskan Tottenham Hotspurs 3-2.
16 Februari 2007 - Mengetuai Newcastle ketika Scott Parker cedera dalam Piala UEFA menentang Zulte Waregem.
9 April 2007 - pemain terbaik perlawanan menentang Arsenal.

Mengetuai Newcastle semasa ketiadaan Parker.


2007-2008:
Menandatangani kontrak baru sehingga akhir musim 2008-2009.
Bermain dalam hampir semua perlawanan.
Menyatakan hasrat untuk mengakhiri karier di Newcastle United.
Antara pemain kegemaran penyokong dengan persembahan menarik.
Menjaringkan 3 gol sepanjang musim.
Menggantikan Michael Owen yang cedera sebagai kapten.

2008-2009:
21 Disember 2008 - Bermain perlawanan liga ke-100 untuk Newcastle
(menang 2-1 ke atas Tottenham).

Pada akhir musim, Newcastle tersingkir dari Liga Perdana.
Rekod sebagai antara pemain yang pernah bermain setiap musim Liga Perdana Inggeris sejak pengenalannya berakhir.

berakhir sebuah era

2009-2010:
Dilantik sebagai kapten kekal Newcastle United setelah Michael Owen berpindah ke Manchester United.
Bermain untuk kali pertama di luar liga divisyen teratas.
Penampilan terakhir bersama Newcastle: menentang Ipswich Town pada 24 April 2010.


juara tetap juara!


Karier antarabangsa:
Penampilan pertama untuk England: menentang Mexico (1996-1997).

Piala Dunia 2002:
menggantikan Steven Gerrard yang cedera.
Dinamakan sebagai “pemain terbaik pertandingan” oleh pemain legenda Brazil, Pele kerana persembahan hebat sebagai pemain tengah bertahan.

beraksi untuk England

Terpilih ke Kejohanan Eropah (Euro 2004) tetapi tidak bermain akibat cedera.
Penampilan terakhir untuk England menentang Sepanyol pada 17 November 2004.


bersambung..

Thursday, May 6, 2010

42211 (1)

salam sejahtera..

no 42211 ni bila difikirkan balik, sebenarnya boleh dipecahkan kepada tiga (3) nombor yang berasingan, 4, 22 dan 11. Dan hari ni, aku nak kaitkan nombor2 ni dengan pemain bola sepak dan jersi mereka.

Kelab pilihan: Newcastle United (semestinya!)

4


4 - Kevin Nolan
Nama sebenar: Kevin Anthony Jance Nolan
Tarikh Lahir: 24 Jun 1982
Umur: 27 tahun
Posisi: Tengah
Kelab yang diwakili:
1999-2009 Bolton Wanderers
2009- Newcastle United


Perkembangan Karier
1997:
menyertai pasukan remaja Bolton Wanderers(umur 16 tahun).

2001:
anggota pasukan yang menewaskan Preston North End dalam Play Off Liga Kejuaraan untuk membantu Bolton kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

2001-2002:
Menjaringkan gol sewaktu menewaskan Manchester United di Old Trafford 2-1
Menamatkan musim dengan 8 gol.

gol!

2002-2003:
Sekali lagi menjaringkan gol di Old Trafford untuk menang 1-0 ke atas Manchester United.

2003-2004:
Membantu Bolton layak ke Perlawanan Akhir Piala Liga (tewas kepada Middlesbrough 1-2).
Menjaringkan 12 gol sepanjang musim untuk membantu Bolton menamatkan liga di tangga ke-8 (terbaik dalam 40 tahun).

2004-2005:
Sebahagian anggota pasukan yang layak ke separuh akhir Piala FA (kalah kepada Arsenal). Membantu Bolton layak ke Piala UEFA untuk kali pertama dalam sejarah kelab.


sewaktu bersama Bolton

2005-2006:
Menjaringkan gol sewaktu menewaskan Lokomotiv Plodiv untuk mara ke peringkat kumpulan Piala UEFA.
Menjaringkan 9 gol dalam liga untuk Bolton berakhir di tangga ke-8, tetapi gagal layak ke Eropah untuk musim berikutnya.

2006-2007:
Dilantik kapten menggantikan Jay-Jay Okocha.
Membantu Bolton layak sekali lagi ke Piala UEFA.

2007-2008:
Membantu Bolton seri 2-2 dengan Bayern Munich dalam Piala UEFA.
Menyelamatkan Bolton daripada tersingkir dari EPL dengan gol ke atas Sunderland (menang 2-0).

2008-2009:
Menyertai Newcastle United dengan bayaran £4 juta pada Januari 2009.
Sebahagian anggota pasukan yang tersingkir ke Liga Kejuaraan pada akhir musim.
Antara pemain yang lantang menggesa supaya masalah luar padang yang melanda kelab diselesaikan segera.


hatrik pertama (vs Ipswich 4-0)

2009-2010:
Memainkan peranan penting untuk membantu Newcastle kembali ke Liga Perdana Inggeris. Menjaringkan gol pertama untuk Newcastle pada 22 Ogos ketika menentang Crystal Palace. Menjaringkan hatrik pertama karier semasa menewaskan Ipswich 4-0.
Kapten Newcastle untuk kali pertama ketika menewaskan Cardiff City 5-1 berikutan ketiadaan Nicky Butt dan Alan Smith.

gol ketika menentang Sheffield United

Menjaringkan 17 gol dalam liga.
Dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan Liga Kejuaraan Coca Cola.
5 April 2010, menjaringkan gol melalui sepakan gunting sewaktu menewaskan Sheffield United 2-1 setelah Newcastle disahkan kembali ke EPL untuk musim 2010/2011.


Bersambung...