Friday, July 30, 2010

Sahabatku




Sahabatku

Kulayarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang menyentuh emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hadirmu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat
kau sesungguhnya
Temanku di kala suka dan lara

Tika ku buntu diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Bagaikan embun hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha yang Esa

C/O
Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada noktah kasih
Biarlah waktu menentukan
Nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan
Hingga ketitisan darah yang terakhir


Dan aku...masih di sini
Terus mendaki puncak tertinggi hidupku
Dan aku...terus menanti
Saat yang manis akan berulang kembali
Sahabat...






P/S:
untuk semua kawan-kawan, tak kira yang jauh atau dekat..
terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku..........

Saturday, July 24, 2010

Bicara Kata



Bicara Kata

Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya...


Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd





Nota yang tak berapa kecil:
Teringat pada peribahasa melayu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Satu lagi peribahasa, sebab mulut badan binasa. Ternyata kata-kata itu boleh menjadi ubat dan boleh juga menjadi racun kalau tersalah berbicara. Berapa ramai orang yang disakiti dengan kata-kata? Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Sesetengah orang mengadu domba dan menghasut dengan kata-kata. Ada juga yang mengampu dan mengumpat. Tidak kurang juga mereka yang menipu dengan kata-kata yang manis.

Selain itu, ada juga orang yang mencari rezeki dengan kepetahan mereka berkata-kata. Sementara penceramah-penceramah bergantung kepada kemahiran mereka berbahasa untuk memukau hadirin dan mempengaruhi emosi mereka.

Jadi, kita semua di mana? Adakah kata-kata kita bermanfaat untuk diri kita dan orang lain? Adakah kata-kata kita mengguris perasaan orang lain tanpa kita sedari? Sama-sama kita renungkan..


Sunday, July 18, 2010

Spiderman

Oleh sebab agak lama blog ni x dikemas kini, nampaknya seperti dah naik sawang labah-labah. jadi terimalah.

Salam Sejahtera..

Kali ni aku nak bercerita pasal spiderman. Sebenarnya cerita ni pasal beberapa orang yang dikenali sebagai Spiderman di seluruh dunia.


Peter Parker (Tobey Maguire)

Spiderman

Aku rasa semua orang kenal Peter Parker ni. Peter Parker ni la Spiderman. Spiderman atau manusia labah-labah ni adalah superhero (watak fiksyen) yang mendapat kuasa setelah disengat oleh labah-labah mutan.

Tobey Maguire
(Peter Parker/Spiderman)

Dan aku rasa semua orang dah pernah menonton filem Spiderman (dieja sebagai Spider-Man) sebanyak tiga siri iaitu Spider-Man (2002), Spider-Man 2 (2004) dan Spider-Man 3 (2007). Filem-filem Spiderman ni memang mendapat sambutan hebat di seluruh dunia. Watak Peter Parker dalam filem-filem ini dipegang oleh Tobey Maguire. Untuk filem keempat nanti, Tobey Maguire akan digantikan oleh pelakon bernama Andrew Garfield. Mungkin Tobey ni dah bosan kut melompat dari bangunan ke bangunan sambil menyemburkan sarang labah-labah dari tangannya.hahaha..

waa...tak kena weh.acu gak tumbok deghah siket.




Alain Robert

Spider-man (Alain Robert)
Pernah dengar nama ni? Kalau dibandingkan dengan Peter Parker lelaki ni adalah realiti, bukan ilusi seperti Parker. Alain Robert ni dikenali dengan nama the French Spiderman dan juga Human Spider. Alain Robert ni kerja kegemaran dia adalah memanjat bangunan-bangunan tinggi di seluruh dunia dengan tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan (hanya dengan tangan kosong dan kasut memanjat khas). Kebiasaannya, Alain Robert akan ditahan oleh pihak berkuasa pada akhir pendakian ataupun sebelum menamatkan pendakian. Namun beliau biasanya dibebaskan selepas membayar denda.

semasa memanjat Menara Berkembar Petronas

Antara bangunan yang telah dipanjat oleh Spiderman ni adalah Taipei 101 (dijemput semasa perasmian), bangunan Jin Mao di China, Menara Persekutuan (Rusia), Empire State Building dan lain-lain. Oleh sebab sasaran Robert ni adalah bangunan-bangunan tinggi, maka bangunan tinggi di Malaysia juga tak terkecuali daripada menjadi sasaran. Maka pada 1 September 2009, Berjaya jugak la Robert ni ‘menakluk’ Menara Berkembar Petronas pada cubaan kali ketiga (cubaan pada 1997 dan 2007 gagal). Tapi kena bayar denda la lepas tu.

Robert: aku kaleh doh duk keno igak sokmo.
aku nok ngukah siket pun gege puok2 demo ni.heii..

website Alain Robert: klik sini




Jonas Gutierrez



Jonas adalah pemain tengah Argentina yang bermain untuk pasukan Newcastle United. Beliau turut bermain di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sebagai bek kanan. Maradona pernah cakap yang Jonas ni antara nama tetap dalam pasukan dia selain Lionel Messi dan Javier Mascherano. Jonas ni mendapat gelaran ‘Spider-Man’ ketika bermain bersama Real Mallorca di Sepanyol. Ketika meraikan gol, beliau memakai topeng Spider-Man.

Jonas bersama pasukan kebangsaan Argentina

Penyokong Newcastle pun dah pernah melihat Jonas memakai topeng Spiderman selepas menjaringkan gol. Ini berlaku dalam perlawanan Newcastle menentang Barnsley, Jonas menjaringkan gol kedua dalam kemenangan 6-1. Kalau musim 2010/2011 ni Jonas menjaringkan gol di EPL, mungkin korang boleh tengok topeng Spider-Man beliau.

Yang benar: Meraikan jaringan bersama topeng Spiderman
Yang tak berapa benar: "Macho jugak aku ni" kata Jonas kepada diri sendiri


Selain tu, bekas penjaga gol pasukan kebangsaan era 70-an dan 80-an, mendiang R Arumugam juga turut dikenali sebagai Spiderman kerana ketangkasannya menyelamatkan cubaan lawan.

Monday, June 21, 2010

World Cup

Salam sejahtera.

kali ni sempena Piala Dunia (world cup 2010). aku nak kongsi sedikit sebanyak pengalaman aku dengan world cup (bajet cam banyak pengalaman la ni.haha).


World Cup 1998

Pasukan Perancis menjulang
Piala Dunia 1998 di tempat sendiri
Masa ni, aku baru Darjah Empat. Jadi aku pun tak ingat sangat la pasal Piala Dunia kali ni. Masa ni, Ronaldo (star Brazil) baru nak mula terkenal.



World Cup 2002

Piala Dunia 2002, kali pertama di Asia


Piala Dunia yang terbaik pernah aku tengok. Banyak kejutan dan keputusan di luar dugaan. Yang paling best, semua perlawanannya disiarkan pada waktu petang dan malam (sebelum tengah malam). Jadi, tak ada la orang yang berjaga di lewat malam semata-mata untuk tengok bola.

Aku ingat lagi, perlawanan yang paling awal setiap hari adalah pada jam 2.30 petang waktu Malaysia! Lepas balik sekolah (tamat waktu sekolah aku pukul 2), terus buka TV untuk tengok bola.haha. Aku ingat lagi biasanya aku dikaitkan dengan Zinedine Zidane sebab nama yang hampir sama.(nama je sama..skill jauh sekali). Ada kawan aku panggil aku Zanidin Zuddin (gabung nama aku dengan nama ayahku).haha.


Zidane gagal membantu Perancis
dari tersingkir awal pada 2002


Ceritanya, pada Piala Dunia 2002 ni, Zinedine Zidane terlepas dua perlawanan awal pasukan Perancis akibat cedera. Ketika Zidane ni cedera, Perancis kalah dan seri 2 perlawanan awal ini dan memerlukan kemenangan ke atas Denmark untuk mara ke pusingan kedua. Pada perlawanan menentang Denmark, Zidane telah pulih daripada kecederaan dan boleh beraksi. Namun, Zidane ni gagal membantu Perancis yang akhirnya tumpas 0-2, sekaligus menjadi juara bertahan pertama tersingkir di peringkat kumpulan.

Kemudian perlawanan seterusnya pada pukul 5.00 petang dan 7.00 malam (atau 7.30, tak pasti). Kemudian selepas habis perlawanan barulah disiarkan Buletin Utama (TV3). Antara yang aku masih ingat, perlawanan antara Sepanyol dengan Ireland (Sepanyol menang selepas penentuan sepakan penalti, apabila keadaan terikat 1-1 selepas tamat masa tambahan) menyebabkan Buletin Utama disiarkan kira-kira pada pukul 10 malam pada hari tu!

Ronaldo (Brazil) meraikan kejuaraan
Piala Dunia 2002 bersama Rivaldo

(p/s: rambut lupa nak cukur habis ni)



World Cup 2006

logo Piala Dunia 2006
(p/s: Football = fussball?)
Masa ni pula, aku kat Kolej Matrikulasi Pahang. Jadi nak tengok siaran bola kena tengok kat bilik TV kat tingkat bawah asrama. Masa perlawanan pembukaan, 12.00 malam (tuan rumah Jerman melawan Costa Rica), aku sempat tengok 15 minit (kedudukan dah 2-1 pada masa tu kalau tak silap). Lepas tu pergi tidor..zz


Zidane lagi! -
kali ini dilayangkan kad merah dalam perlawanan akhir.
Mesti korang dah tau pasal apa kan dia buat camtu kan?

World cup kali ni, sebab dilangsungkan di Eropah, jadi banyak perlawanan disiarkan pada sebelah malam dan tengah malam dan juga awal pagi (pukul 10 perlawanan paling awal). Jadi aku sempat tengok perlawanan awal je la kalau yang 90 minit. Untuk perlawanan yang disiarkan pada awal pagi, memang ada orang yang sanggup tengok dan bersorak walaupun dah pukul 4 pagi. Lebih-lebih lagi kalau perlawanan antara pasukan pilihan!

Itali - juara Piala Dunia 2006.
mampukah mereka mengulangi kejayaan tahun ini?

World Cup 2010Kali ni, aku dah ada di USM. Tapi sebab cuti aku ada kat rumah. Tapi, rumah aku tak ada Astro, jadi terpaksa tengok RTM...

...yang mendakwa mereka adalah penyiar rasmi Piala Dunia 2010 di Malaysia (memang betul pun). Tetapi rupanya ramai peminat bola (mungkin termasuk aku) terasa mereka seperti kena tipu, kerana menyangka semua perlawanan akan disiarkan. Sebenarnya hanya lebih kurang 35 perlawanan je yang disiarkan di TV1 dan TV2 (termasuk siaran tertunda). Mungkin dalam hal ini, RTM terlebih 'bajet' mengatakan stesen mereka sebagai penyiar rasmi Piala Dunia kali ini. Sepatutnya RTM kalau ada apa-apa masalah seperti tiada penaja atau kurang peruntukan, RTM perlu bagi peluang kepada pihak lain yang lebih berkeupayaan untuk menyiarkan semua perlawanan (Media Prima, mungkin?). Ini hanya pendapat aku je..


logo Piala Dunia 2010

Jadi aku agak kempunan sedikit untuk melihat perlawanan-perlawanan pada Piala Dunia kali ini. Nak melancong ke Afrika Selatan aku tak mampu dan tak dapat. Jadi untuk tahun ini, rasanya aku tengok je la mana-mana game yang disiarkan. :(

Selamat berPiala Dunia untuk tahun 2010, yang pertama di bumi Afrika.


dan juga sedikit pesanan penaja,


KATAKAN YA KEPADA BOLA SEPAK
KATAKAN TIDAK KEPADA JUDI BOLA SEPAK

Monday, June 14, 2010

Selamat Hari Lahir! (Lambat!)

teka..apa yang adik ni tengok?


Salam Sejahtera..

oh.baru aku sedar. Rupanya blog ni dah cukup setahun umur dia (artikel pertama blog)! Syukur pada Allah kerana telah memberikanku peluang untuk berbloging (?) walaupun blog ni takde la seberapa sangat kalau dibandingkan dengan blog2 korang semua.

dan juga tidak lupa, terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti blog ini dari semasa ke semasa (walaupun lama x update..hehe). Terima kasih kepada semua pembaca, tidak kira yang bising atau yang senyap (jangan marah)..dan juga kalau korang rasa ada cadangan apa yang patut ditulis dalam ni boleh jugak kongsi dengan ambo deh.. =)

Semoga anda sentiasa berada dalam Hidup Yang Lebih Indah..



Lagi menyusul
artikel-artikel lain
seperti biasa
(dalam masa terdekat)...
insyaAllah