Monday, January 25, 2010

USM FC


Pro & Kontra: Penyertaan USM beri impak kepada universiti martabat bola sepak


PADA pandangan saya, apabila pasukan Universiti Sains Malaysia (USM FC) menyertai Liga Perdana anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ia membawa satu sejarah dan cabaran baru dalam bola sepak negara.

Kenapa saya katakan demikian? Pasukan USM FC adalah yang pertama daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyertai pertandingan liga tempatan peringkat tinggi, sekali gus memberi impak besar terhadap sukan dan pembabitan universiti secara langsung dalam kancah bola sepak negara.

Hakikatnya, penyertaan USM dalam liga bola sepak sudah lama. Saya masih ingat sejak akhir 70-an dan awal 80-an, pasukan USM pernah bermain dalam liga Pulau Pinang sambil beberapa pelajarnya juga menyertai beberapa pasukan, termasuk dengan Ramblers ketika itu.


Malah, pasukan yang dibimbing Lim Boon Keng ketika itu diwakili beberapa bekas pemain negeri seperti Hasnor Hisham (Pahang) dan Abang Abdul Rahman (Sarawak).

Kini kemunculan USM FC dalam Liga Perdana membuktikan USM mempunyai komiment tinggi memajukan bola sepak tempatan. Bak kata Naib Canselor USM Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, ia adalah sebahagian daripada usaha universiti itu bagi mempromosi sukan di kampus, selain dorongan daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Biarpun tidak meletakkan sasaran tinggi kecuali ingin melihat pasukan mengekalkan kedudukan dalam Liga Perdana, USM FC mampu memberi persaingan kepada pasukan lain dalam kejohanan itu.

Ia membuat persiapan sejak akhir tahun lalu dengan sebilangan pemain dari pelbagai pasukan seperti Kedah, Pulau Pinang, Kelantan yang pernah bermain di Liga Super dan dilatih oleh bekas jurulatih Pulau Pinang, S Veloo.

Saya mengharapkan pasukan ini akan terus kekal menyertai liga itu kerana sebelum ini beberapa kelab yang dianggap mantap seperti MKLand dan Proton FC, sukar bertahan kerana kurang penyokong.

Selain itu, kurangnya penajaan juga dikatakan menjadi antara punca pasukan kelab tidak dapat bertahan kerana untuk sesebuah pasukan terus bertanding dalam liga, mereka perlu memiliki bajet yang agak tinggi, iaitu sekitar RM2 juta setahun.

kesebelasan utama USM FC semasa perlawanan Piala FAM musim lepas

Apapun, tahniah kepada USM FC kerana berani membabitkan diri dalam kancah bola sepak tanah air.

Kita pernah menyaksikan bagaimana pada sekitar pertengahan 1970-an apabila pasukan Maktab Adabi Kota Bharu dengan pemainnya seperti Hamid Ramli, Affendi Yusof dan Mahadi Yusof, berjaya menjadi juara Piala FAM dengan mengalahkan Kuantan FA tanpa mempunyai bajet yang besar.

Sebelum itu ia mengalahkan pasukan PKNS yang ketika itu disertai beberapa bintang termasuk Allahyarham Mokhtar Dahari. Pasukan sekolah swasta itu membuktikan jika ada kemahuan, pasti ada kejayaan.

Semoga penyertaan USM FC ini, menjadi perintis sebagai universiti pertama di Malaysia yang akan menonjolkan beberapa pemain berpotensi untuk pasukan negara.

Paling penting, mahasiswa yang mewakili pasukan ini mampu membuktikan bahawa akademik dan sukan boleh berganding bahu menjamin kecemerlangan seseorang pelajar.

Petikan daripada Berita Harian, 25 Januari 2010
Blog USM FC

Wednesday, January 6, 2010

Permata Yang Hilang



Atas permintaan daripada JK MPI 12, aku nak hebahkan kat korang pasal 'talk show' ni. 'Talk Show' ini menampilkan ahli panel yang hebat2 belaka termasuk Ustaz Hasrizal Jamil (web Saiful Islam, pengarang buku Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai Ke Syurga).

Sampaikan kpd rakan2 dan ajak mereka bersama datang malam Khamis ni.

MPI 12

Minggu Penghayatan Islam Ke-12 (MPI 12) dengan kerjasama MPP, PSP, PSG, PSK, Pusat Islam USMKK, MPDN, MPDM dan lain2 kembali lagi. Kali ni dengan tema 'Bersama Memartabatkan Islam'. Jadi aku x nak cakap banyak. Sama - sama la kita hadirkan diri ke setiap aktiviti yang dianjurkan. InsyaAllah.



(klik untuk besarkan)

p/s:
1) sebarang pindaan kena rujuk kpd j/k pengurusan MPI
2) walaupun agak lewat sedikit tapi masih banyak lagi program yang akan dijalankan. Jom!