Thursday, November 11, 2010

Stadium Berjiran!

Salam Sejahtera.

Kali ni aku nak kongsi beberapa buah gambar tentang stadium yang berada dekat2. Stadium2 yang berada dalam kawasan sama dan bandar sama.


(1)
Liverpool & Everton


Kelihatan stadium Anfield (Liverpool, atas) dan Goodison Park (Everton, bawah) hanya dipisahkan oleh Stanley Park.

Kedua-dua Liverpool dan Everton sekarang sedang bermain dalam Liga Perdana Inggeris. Perlawanan antara dua kelab ni dikenali sebagai Merseyside Derby yang sememangnya sengit setiap tahun.


(2)
Nottingham Forest & Notts County


Hanya Sungai Trent memisahkan kedua-dua stadium Meadow Lane (Notts County, atas) dan City Ground (Nottingham Forest, bawah) di bandar Nottingham ini.

pada masa sekarang, Nottingham Forest beraksi di Liga Kejuaraan (Divisyen Satu) manakala Notts County beraksi di Liga Satu setelah menjuarai Liga Dua (Divisyen Tiga) tahun lepas.

(3)
Dundee & Dundee United


Dekatnya stadium!! Dua kelab dari Liga Scotland yang berasal dari bandar Dundee, Dundee (Dens Park, stadium di sebelah kiri) dan Dundee United (Tannadice Park, sebelah kanan) memiliki stadium yang terletak sangat2lah berhampiran. Jarak? cuma 310 ela (283.5 meter). Rekod Dunia untuk jarak antara dua stadium yang paling dekat bagi kelab bola sepak professional.

Dundee United sekarang beraksi di Liga Perdana Scotland. Dundee pula beraksi satu divisyen di bawah, iaitu dalam Divisyen Satu. Dundee juga sedang menghadapi krisis kewangan yang menyaksikan mereka dipotong 25 mata lalu terperosok di tangga terbawah Divisyen Satu.


(4)
Inter Milan & AC Milan


Kelab Itali, Inter Milan dan AC Milan pula berkongsi stadium yang sama iaitu stadium Guiseppe Meazza atau lebih biasa dikenali sebagai San Siro. Dua kelab ni biasa bergilir-gilir beraksi di stadium ni. Mungkin boleh kira yang ni dekat lagi kot.tapi rasanya tak dikira dekat sebab dua kelab ni memang kongsi stadium.


suasana semasa perlawanan di San Siro


Artikel asal di sini.

Sunday, November 7, 2010

Prebiu Minggu 1 Final Sem 1 2010/2011

Salam sejahtera

Entri mengenai peperiksaan sekali lagi. Bagaimanapun, untuk lebih praktikal, prebiu untuk final semester kali ni dibuat mengikut minggu. Minggu ni paling kritikal.


Isnin 08/11 (2.15 – 4.15 petang)
GTD 312/4 LATIHAN PERKHIDMATAN MAKANAN

Kerja kursus (praktikal + laporan): 70%
Final: 30%


Peperiksaan dua jam. Kertas 4 unit. Kelas tak ada. Sesungguhnya latihan industri kami pada bulan Mei dan Jun lepas sangat memainkan peranan penting. Dr Sherry telah memberikan taklimat tentang soalan-soalan yang akan ditanya untuk menentukan 30% lagi markah. Selebihnya bergantung kepada markah yang diperoleh semasa praktikal tersebut. Bentuk soalan? Esei dalam 3-4 soalan selama 2 jam. Mungkin perlu studi nota food service semula (buat review semula).

Ramalan:
A-. Sangat2 berharap pada subjek ini untuk mentop-up kan PNGK aku yang kian terdesak ni.huhu. Rabbana yassir wala tu’assir umurona..




Selasa 09/11 (9.00 – 12.00 tgh hari)
GTD 402/3 ADVANCED NUTRITION


Kerja kursus: 40%
Final 60%


Ni subjek standard yang biasa. Peperiksaan akhir yang memainkan peranan besar. Untuk subjek ni, banyak nota-nota dan bab-bab dalam buku ‘Understanding Normal and Clinical Nutrition’ yang disarankan oleh prof Wan Manan. Baru-baru ni juga laporan kerja kursus (assignment) telah dihantar pada 26 Oktober lepas, selepas beberapa kali ditangguhkan tarikh tutupnya. Dan juga subjek ni ada satu-satunya ujian selanjar (CA) untuk sem ni, walaupun keputsan CA tu aku tak yakin sangat. Jom studi.

Ramalan:
B. setelah menilai persediaan dan pencapaian semasa . Pastikan subjek ni tidak tergelincir ke B-, kalau tak habis la nanti PNGS aku.huhu..Walaubagaimanapun, rekod lepas aku dengan subjek prof ni agak seimbang. Latihan komuniti dapat A- (sem 1 tahun 3) yang mana ini masih lagi rekod untuk subjek teras aku. Cuma penilaian taraf pemakanan (sem 2 tahun 2) hari tu agak teruk, sebab aku kecundang dalam dewan masa tu).


Dah. Jom studi

SELAMAT MENGHADAPI UJIAN.


Wednesday, November 3, 2010

Analisis Final Sem 2 09/10 (TERTUNDA)

Salam sejahtera

Sebelum anda membaca entri ini, sila rujuk entri ini dahulu.

Dah baca? Ok.

Sebelum semester 1 2010/2011 ni melabuhkan tirai, aku nak buat analisis ringkas tentang peperiksaan semester lepas. Rasa-rasanya belum lagi terlambat untuk buat analisis.huhu.



GTD 308 Penyediaan Diet Teraputik
Sasaran: B Keputusan: B

Ulasan:
Aduh. Untuk kertas ni, aku agak sedikit kekaburan (blurr) semasa nak menjawab. Peperiksaan bagi kertas ini sebenarnya berperingkat kerana ada 2 sesi, iaitu exam di dewan dan di dapur. Di dapur? Memasak menu yang telah dirancang semasa dalam dewan. Sempat juga aku merancang menu dan menempah barang2 yang diperlukan untuk memasak (perlu fikir dengan pantas). Paling penting aku telah tertempah lebih bahan mentah (atau membazir). Dan menu aku ialah masakan sup dan pudding. Sup tu rasanya agak ok tapi pudding tersebut tawar hebe. Pudding itu dibuat dengan campuran buah-buah termasuk anggur, tembikai susu dan jagung. Jagung dan anggur ok. Tapi rasa pudding tu dirosakkan oleh tembikai susu. Mungkin aku perlu belajar memasak dengan Sanji (cara utk buat pendarahan hidung x perlu ye.haha)



GTD 307 Prinsip Terapi Diet 2
Sasaran: B / B+ Keputusan: B-

Ulasan:
Gagal mencapai tahap yang dikehendaki. Dan malam sebelum exam ini, aku mengalami keracunan makanan. Muntah-muntah dan cirit birit. Puncanya? Mungkin roti sandwich yang contaminated (damn fish fillet!). Malam tersebut aku tidak keluar makan sebabnya konon2 aku mahu studi. Last2 jadi stido. Pagi esok tu baru sempat belek nota sikit. Salahkan diri sendiri kerana tidak study awal2. Alhamdulillah markah x teruk sangat.



GTD 303 Antropologi Pemakanan
Sasaran: B / B- Keputusan: B
Ulasan:
Minggu untuk kertas GTD 307 dan GTD 303 tu sebenarnya agak teruk. Malam sebelum exam ini, ada orang spoil mood aku nak study. Menyebabkan aku hilang terus daya untuk belajar malam tu. Sebab apa tak perlu diungkit kembali. Kes ditutup. Namun, sebab exam esoknya petang, jadi pagi tersebut sempat la tengok2 sikit nota (mood dah ok). Dan keputusannya? Agak baik la. Syukur..



GTD 318 Latihan Dietetik Pesakit Luar 1
Sasaran: A- / B+ Keputusan: B+

Ulasan:
Ramai kawan2 aku dapat A- untuk paper ni. Mungkin aku tak berjaya menjawab sepenuhnya ataupun markah bawa ke depan (carry mark) tak berapa cemerlang. Sebab kaunseling aku memang agak hancuss (pada masa itu. Sekarang? Lebih baik kot). Kira ok la..




GTD 320 Pengurusan Perkhidmatan Makanan
Sasaran: B Keputusan: B+

Ulasan:
Satu-satunya subjek yang dapat melepasi sasaran. Kertas terakhir untuk exam sem lepas, kertas ni yang paling banyak fakta rekaan sendiri. Namun melepasi sasaran. Wow! Terima kasih Dr Sherry. Hehe.



WSC105 Bola Tampar
Keputusan: A

Ulasan:
A solid pertama utk subjek ko-k. terima kasih kpd encik ghani (jurulatih). seronok jugak ambil ko-k yang rata2nya pelajar 1st year (kecuali husna yg amik sama dgn aku). jadi kamilah orang tua dalam kelas bola tampar.haha


Kesimpulan
PNGS: 3.19. agak merosot berbanding dengan sem 1. Nasib baik PNGK terus meningkat, walaupun tidak mencapai tahap dikehendaki. Usaha perlu diteruskan lagi untuk mencapai keputusan yang lebih baik (ayat buku rekod sekolah).

Sekian.

Sunday, October 31, 2010

Juara Piala Malaysia 2010: Kelate Darul Naim

Salam sejahtera

alhamdulillah.
setelah 40 tahun menunggu akhirnya Kelantan, atau 'the Red Warriors' berjaya membawa pulang Piala Malaysia yang amat dinantikan.




tahniah kepada seluruh pasukan Kelantan kerana bermain dengan cemerlang terutamanya pada separuh masa kedua. Meskipun pada separuh masa pertama Kelantan seolah-olah tenggelam dengan serangan balas pantas pasukan N9, namun mereka bangkit memperkemaskan rentak untuk separuh masa kedua. Hasilnya gol daripada Hai-O dan Piya memberikan kejuaraan pertama Kelantan untuk Piala Malaysia ni sejak ia diperkenalkan. Sebelum ini Kelantan pernah layak ke perlawanan akhir 2 kali, pada 1970 dan 2009 (yang ni mesti korang ingat lagi apa jadi..huhu).




tahniah kepada pemain-pemain Kelantan yang bergomo ke tahap maksimum semalam. tahniah dan terima kasih juga kpd Abe Ya kito (B Sathianathan) kerana akhirnya berjaya dalam cubaan kedua untuk Piala Malaysia ni. yang pasti juga perlu berterima kasih kepada penyokong kelantan kerana menjaga disiplin mereka (kecuali botol-botol air yang dibaling ke padang dan mercun yang dibakar, yang ni mmg xleh nak elok..haha). juga tidak lupa juga terima kasih kpd annuar musa kerana berjaya mentransformasikan kelantan kpd sebuah pasukan pencabar kejuaraan. terima kasih jugak kpd kerajaan negeri yg memberi 1 lagi hari cuti pada ahad.khamis ni cuti lagi.walaupun xde beza bg aku sebab kelas dh abis.skrg study week.haha



P/S:
1) Ulasan di RTM 1 oleh Haji Hasbullah Awang memang bias! asyik buat ulasan menyokong N9 je. setiap gerakan menarik N9 akan dipuji walaupun kelantan pun tak kurang menarik gerakan dorang semalam. pencen2 la kalau xleh nak bersikap profesional pakcik weh.. lepas hairudin score semalam senyap tupah meta..pade doh.

aku heran dgn org2 yg benci kelantan ni.korang tu bertamadun, maju sangat ke? petroleum pandai lak mereka sedut. ini mesti kes politik ni.x sudah2.huhu

2) penyokong anti kelate pakat duk cakap kelate mene nasib je.pastu lagi ckp dorang bg kelate mene sbb x nak bg stadium keno bakar.xpe la.cakap la pe korang nak.semalam kami meme layak dan berhak utk mene.gomo 4ever!


3) Kemenangan ini sebagai hadiah kepada Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad ke-V. Semoga Tuanku akan terus menjadi seorang Raja yang benar-benar memayungi rakyatnya.Allahu Akbar!

4) Cuti. ni pun 1 hal. orang bg cuti pn merepek.kata byk lecture kena ganti la, byk klinikal xleh jalan la.kalau negeri korang menang dan korang dapat cuti, korang merungut x (kalau korang tinggal kat sana)? kalau x bg cuti pun merepek jugak.korang akan cakap kejayaan x dihargai la dan lain2. dh orang bagi cuti ambil je la.lgpun hari ni hujan (di Kota Bharu). kalau ada kelas pun korang nak pergi ke? lagi baik tido kat bilik.best woo.

Sekian

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011


Salam Sejahtera

Antara Isi Kandungan Bajet 2011 yang dibentangkan semalam di Parlimen adalah seperti berikut:


· Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
· Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
· Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
· Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
· RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
· RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.
· Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.
· Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.
· RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
· RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
· RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
· Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
· RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
· Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.
· Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
· Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.
· Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).
· Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
· RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.
· Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 billion bagi perbelanjaan pembangunan.
· Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.
· Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
· Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
· Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
· RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
· Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.
· Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.
· Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
· RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
· Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
· RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.
· RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
· Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
· Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
· Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
· Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
· Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
· Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
· Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.
· Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.
· Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".
· Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.
· Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.
· Melancarkan Dana Pencen Swasta.
· Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
· Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.
· Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
· Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
· Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
· Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.
· Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.
· Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
· Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

sumber: Berita Harian