Monday, February 8, 2010

Jika Terakhir Buatku

buah tangan terbaru Saujana -
Nota Cinta
kali ni tak ada apa-apa sangat.cuma nak kongsi satu lagu je. Lagu ni bertajuk Jika Terakhir Buatku dendangan kumpulan Saujana. Lagu ni sebenarnya dari album baru mereka, baru sahaja berada di pasaran.Sebenarnya dah agak lama Saujana tidak mengeluarkan album baru. Kali terakhir 2004-05 kalau tak silap, album bersama NSH.(lagu seperti Jalan Sehala dsb)

Lagu ni, pada pandangan aku mungkin agak kuat dari segi lirik.(atau aku yang agak leka selama ini kembali terkesan dengan lagu menginsafkan? hoho)
NOTA: Lagu dah boleh didengarkan dah..betulkah?



Jika Terakhir Buatku

Artis: Saujana
Album: Nota Cinta



oh Tuhan hambaMu ini kekeliruan
sukar mencari jalan yang benar
kerna dipaut hasut dunia
mencintai yang lain lebih dariMu

oh Tuhan hidayahMu pernah hadir
hingga kering air mataku menitis
namun terkadang aku berpaling
kerna mengejar nikmat dunia sementara

hari ini ku bimbangi
jika terakhir hidup
adakah lagi subuh esok
untukku bernafas
dan sujud mengabdi
padaMu oh Tuhan

berikan daku kesempatan
menebus kesalahan
lantaran dosa dan noda
dan sengaja melupakanMu
hadirkan damai sebelum di hujung nafasku
hanya padaMu Tuhan

oh Tuhan berikan daku petunjukMu
untukku meniti ke jalan redhaMu
izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru
taubat nasuha setulus untukMu
oh tuhan...

hanya kasihMu Tuhan
ampunanMu ku damba

Lagu:Putra Aiman/Mustaqim
Lirik: Putra Aiman/Mustaqim

7 comments:

Lea Isnawi said...

best ke lagu ni?
nanti nak donlod
btw..ko selalu la promote lagu nasyid baru kat blog eh..
aku nak donlod..
aku dh lama xdgr ikim...
xtaw lagu nasyid baru..huhu

Din_diet said...

aku akan try sedaya upaya aku utk promote..aku pun dh lama x dgr ikim.kecuali jumaat malam je sempat buka jap dgr carta.

ni blog aku yg khusus utk carta (bajet cm staf ikim je aku..haha)

http://cartanasyid-ikim.blogspot.com/

armiza aris said...

lagu ni sungguh menginsafkan...menitis airmata ketika mendengarnya...(-_-)

Humayra' said...

memang sgt best..
(tadi tgh cari lirik die sbnrnya, terjumpa di blog nie)

dengar bnyk2 kali masih best.

suka part nie:
berikan daku kesempatan
menebus kesalahan
lantaran dosa dan noda
dan sengaja melupakanMu
hadirkan damai sebelum di hujung nafasku
hanya padaMu Tuhan

may Allah bless!

Din_diet said...

armiza aris & humayra' : terima kasih kerana sudi melawat blog ni.harapnya lagu ni dapat membantu kita untuk terus merenung dan menginsafkan diri.

Lily said...

salam..
sangat sayu dan syadu bila dengar...
lirik yang amat mendalam..
lagu saujana semua2 best...

Jamilah Mohd Norddin said...

Ya, lagu ni punya makna mendalam jika kita teliti satu demi satu liriknya..

Terima kasih.. sebenarnya sedang cari lirik lagu ni.. kemudian sampai di sini..

Terima kasih atas perkongsian.