Tuesday, August 31, 2010

53


SELAMAT MENYAMBUT
HARI KEMERDEKAAN KE-53










masa depan negara kita?
kita yang membantu mencorakkannya..



P/S:
jangan lupa untuk terus beramal..10 hari lagi puasa akan meninggalkan kita..
sempat jumpa lagi x tahun depan? hmm....

Wednesday, August 18, 2010

Jutawang Fakir

Salam Ramadhan Al-Mubarak


sila zoom in


Pernahkah anda semua menerima emel seperti ini (atau seumpama dengannya)? Emel seperti ini biasanya dikenali sebagai 'scam'. Contoh-contoh lain yang biasa aku terima termasuk kisah kononnya seorang jutawan di Afrika yang ingin mengagihkan kekayaannya kepada anda yang bernilai berjuta-juta lemon dan juga daripada 'Bill Gates' yang ingin juga berkongsi kekayaan mereka dengan kita. Pemurah betul mereka ni kan? Kenal pun tak tapi sudi nak berkongsi aset mereka (er..Bill Gates korang kenal beliau tapi beliau pulak yg tak kenal korang)

Tapi biasanya emel ni akan meminta anda menghantar maklumat peribadi anda seperti nama penuh, alamat, no telefon dan lain-lain. Ada juga yang meminta kita forward emel tu kat orang lain (lagi ramai lagi tinggi nilai yang kita akan 'dapat').

di Malaysia? Ada juga penipuan seperti dalam bentuk SMS. Contohnya dari syarikat seperti Shell dan Power Root (sekadar contoh, tidak ada kena mengena dengan syarikat tersebut) yang memaklumkan anda menang cabutan bertuah atau nombor kad sim anda telah terpilih untuk memenangi sejumlah wang. Tetapi yang pelik, kalau anda nak duit tu, biasanya kena masukkan sejumlah wang dulu (macam deposit kut) ke akaun tertentu.

Dengan benda-benda yang diragui kesahihan seperti ini pun ramai dah orang yg kena? Mengapakah? Adakah orang2 ni (yang tertipu) perlukan duit sangat2? Atau dengar saja orang nak bagi duit free terus gelap mata? Sama juga dengan skim cepat kaya. Ramai yang menjadi mangsa. Ada yang menggadaikan segala harta mereka untuk mendapatkan sesuatu yang tidak pasti.

Sebelum berakhir, ada sedikit gambar di bawah.Cuba korang teka apa peribahasa yang dimaksudkan di bawah?

Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


rasanya dah agak lama aku tak menulis artikel sendiri kat blog ni. teringat pula zaman friendster dulu, mesti kita akan hantar gettyimages dan lain2 (kad/embeded images) tiap2 kali perayaan atau peristiwa tertentu ataupun saje2.

Jadi, secara ringkasnya, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kawan-kawan, pengikut, pengikut senyap, dan sesiapa sahaja yang singgah di blog ni..Ramadhan Kareem!! =)