Tuesday, April 26, 2011

El Klasiko Malaysia? Red Warriors vs Red Giants!

Salam Sejahtera.

Pada malam ni, dua pasukan merah (Reds!) akan bertarung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu dalam Perlawanan Liga Super 2011. Pendahulu liga, Selangor (Red Giants) bertandang ke Kota Bharu dengan harapan untuk menebus kekalahan pusingan pertama di Shah Alam pada perlawanan pembukaan liga (29 Januari 2011). Pada perlawanan tersebut, Kelantan menewaskan Selangor 2-0 menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Badhri Razi untuk menjulang Piala Sumbangsih.

menjulang Piala Sultan Ahmad Shah menewaskan Selangor 2-0


Pertembungan antara dua pasukan ini boleh dianggap sebagai 'El Clasico' versi Malaysia. Kelantan sebagai sebuah pasukan yang sedang meningkat naik mencabar Selangor yang secara tradisinya adalah pasukan Malaysia yang paling berjaya setakat ini. Setakat ini Kelantan telah berjaya memenangi Piala Malaysia pada tahun 2010, kali pertama dalam sejarah dan mara ke perlawanan akhir Piala FA sebelum itu pada 2009. Sasaran seterusnya semestinya adalah Liga Super.



Malam ini, Kelantan perlu menang untuk mengecilkan jarak perbezaan mata dengan Selangor di takhta liga. Sebelum perlawanan malam ini, Kelantan berada di tempat ke-3 dengan 27 mata manakala Selangor di tempat teratas dengan 32 mata daripada 14 perlawanan. Walaupun sebelum ini beberapa keputusan Kelantan agak mengecewakan menyebabkan Red Warriors tergelincir dari persada liga (kalah 0-4 kepada Perak, seri dengan Sabah 0-0). Diharapkan momentum kemenangan Kelantan akan diteruskan malam ini untuk terus mencabar kejuaraan Liga Super.

Skuad Datuk M Karathu diharapkan agar dapat menampilkan persembahan terbaik malam ini dan tidak menghampakan penyokong yang akan memenuhi stadium malam ini dan seluruh penyokong Kelantan di mana mereka berada. Selangor, dengan kombinasi pemain-pemain kebangsaan Malaysia dulu dan kini bagaimanapun dijangka akan bermain habis-habisan untuk menebus kekalahan dahulu dan mengukuhkan cengkaman di puncak liga. Namun, semangat juang tinggi dan sokongan padu lautan merah akan membuka peluang untuk kemenangan pasukan Red Warriors.

Siaran langsung malam ni di Astro Arena (801).

Gomo kelate gomo!!

Kelantan vs Selangor
26 April 2010
8.45 malam
Stadium Sultan Muhammad ke-IV

Sunday, April 17, 2011

Prebiu Peperiksaan Final Semester 2 2010/2011

Salam Sejahtera

Kali ni, seperti biasa, prebiu peperiksaan semester, untuk kali terakhir di USM. Semester 8 ini, aku mengambil tiga subjek dengan jumlah kredit 12 unit. Maknanya setiap subjek dengan 4 jam kredit. Dan apa yang unik, semester ni tidak ada lecture note (hard copy). Cuma perlu buka balik artikel jurnal untuk tugasan kumpulan dan mengulangkaji pembentangan rakan-rakan dalam bentuk Power Point.



Selasa 19.04.2011
(2.15 - 4.15 petang)
GTD 405/4 Seminar Pemakanan Dan Dietetik

Kerja Kursus: 50% (seminar + laporan, individu dan berkumpulan)
Final: 50%

Peperiksaan 2 jam terdiri daripada 5 soalan esei termasuk soalan berbentuk KBKK. Setakat ini, markah kerja kursus yang diketahui adalah pembentangan yang mana aku mendapat 75%. Kalau ditukar dalam peratusan (pembentangan bawa markah 20%), aku dapat lebih kurang 15% kot. Begitupun, laporan pembentangan yang dibuat tidak berkualiti dan mungkin akan mendapat markah yang sedikit sahaja. Mungkin kerja berkumpulan akan dapat membantu. Subjek ini 98% berkisarkan tentang jurnal2 saintifik tentang perkembangan-perkembangan terbaru dalam dunia penyelidikan pemakanan dan dietetik. Untuk final, perkara yang perlu diulangkaji adalah slaid pembentangan rakan-rakan, artikel jurnal tugasan kumpulan dan pengetahuan asas tentang isu-isu berbangkit.




Rabu 20.04.2011
(9.00 - 12.00 tengah hari)
GTD 403/4 Latihan Dietetik Dalam Wad II

Kerja Kursus: 60%
(CA 25%, 2 Case Report 10%, 1 Case Presentation 15%, VIVA 10%)
Final: 40%

Subjek ini adalah kesinambungan subjek GTD 310/4. CA di sini bermaksud penilaian oleh penyelia semasa menjalani latihan praktikal di hospital kerajaan di seluruh Malaysia sepanjang 10 minggu dari 27 Disember 2010 hingga 4 Mac 2011. Jadi kalau prestasi yang baik ditunjukkan semasa praktikal, rasanya tidak ada masalah untuk mengumpul markah yang baik. VIVA pula adalah seperti temuduga dengan panel-panel dari luar PPSK. Macam-macam soalan yang menguji tahap keimanan ditanya. Dari segi praktikal, aku rasa tidaklah teruk sangat. Baki 40% markah itu akan aku cuba sedaya upaya untuk mendapat semaksimum mungkin.



Khamis 21.04.2011
(2.15 - 5.15 petang)
GTD 404/4 Latihan Dietetik Unit Khas II

Kerja Kursus: 60%
(CA 25%, 2 Case Report 10%, 1 Case Presentation 15%, Practical Test 10%)
Final: 40%

Subjek ini dan subjek di atas sama sahaja. Kecuali subjek ini lebih menumpukan kepada pesakit-pesakit yang kritikal. Dari segi penilaian kerja kursus, semuanya sama kecuali VIVA yang digantikan dengan peperiksaan praktikal di wad. Aku telah pun selesai peperiksaan praktikal ini pada Selasa lepas, sehari selepas VIVA berlangsung. Untuk GTD 403 dan GTD 404, sila baca balik nota-nota yang lama berkenaan pengurusan pemakanan bagi pesakit berkaitan.


Sasaran Umum:
Memandangkan masa untuk mengubah PNGK hampir tiada lagi, jadi aku hanya mampu berharap untuk melakukan sebaik mungkin semester ini. Sehingga kini, aku masih tertanya-tanya apa yang telah terjadi semasa aku dalam tahun pertama dan tahun kedua dulu. Oh, andai dapat ku undurkan masa, pasti aku akan kembali ke waktu itu. Namun kini tiada lagi jalan kembali.

Selamat berjuang.

Saturday, April 16, 2011

NUFC Players Match Rating (1)

Salam Sejahtera.

Hanya sedikit ulasan tentang prestasi pemain-pemain NUFC semasa perlawanan Newcastle United vs Aston Villa yang berlangsung Ahad lepas. Keputusan memihak Aston Villa dengan kemenangan 1-0, jaringan oleh James Collins.


Perlawanan kali ni aku ulas sikit sebab ada siaran langsung kat tv. lagipun perlawanan NUFC dah lama tak ada siaran langsung kat Astro. tetapi kualti perlawanan agak menyedihkan. NUFC seolah-olah kekurangan idea dan kreativiti sepanjang perlawanan. Penggantungan dan kecederaan pemain utama seperti Nolan, Tiote, Ben Arfa, Ameobi dan Best menyebabkan NUFC gagal bermain dengan baik.

Berikut adalah komen aku tentang setiap pemain hari tu.

Steve Harper (GK) Rating: 7
Kurang bernasib baik melepaskan gol yang menjadi gol kemenangan akhirnya. Menyelamatkan cubaan demi cubaan Aston Villa (AVFC) dengan baik.

Danny Simpson (RB) Rating: 5.5
Beberapa kali berada terkeluar dari posisi semasa AVFC melancarkan serangan balas. Penat juga berlawan dengan pemain sayap England Ashley Young. Kadang-kadang teragak2 untuk melakukan 'tackle' ke atas pemain lawan.


Mike Williamson (CB) Rating 6
Kena kad kuning. Rasanya main agak ok, kecuali tertinggal 'marking' Darren Bent semasa satu serangan AVFC yang hampir menjaringkan gol kedua.

Steven Taylor (CB) Rating 5
Tak cemerlang. Bernasib baik tak melepaskan penalti setelah melakukan kekasaran dalam kotak penalti. Digantikan oleh Ryan Taylor (adik beradik tiri sebelah mak angkat) dalam separuh masa kedua.

Jose Enrique (LB) Rating 5.5
Perlawanan pertama selepas pulih daripada kecederaan. Nampak berkarat. Seolah-olah fikiran juga terganggu dengan isu-isu lain (nak pindah ke Liverpoool?).

Fabricio Coloccini (MC) Rating 6.5
Bagi la dia main posisi apa pun. Dia layan semua. Masa jadi pemain tengah bertahan pun agak ok. Lepas tu jadi bek tengah lepas Steven Taylor dikeluarkan.

Danny Guthrie (CM) Rating 5 Kadang-kadang aku nampak hanya seperti Coloccini je yang ada di tengah padang.




Joey Barton (RM) Rating 5.5
Pemain tengah terbaik England katanya. Pengganti kapten Nolan. tetapi Barton lebih banyak bising dan komplen dengan pengadil. Dari segi permainan, agak kurang menjadi.. Melakukan kekasaran ke atas Ashley Young yang menghasilkan sepakan percuma dan gol kemenangan AVFC. Kena kad kuning.

Jonas Gutierrez (LM) Rating 6.5
Antara pemain tengah yang paling menyerlah. cuba membawa bola dan menghantar bola lintang tetapi kurang berjaya.

Peter Lovenkrands (S) Rating 6
Berjaya menempatkan diri dalam beberapa posisi menarik untuk menjaringkan gol. Kurang mendapat bola dari bahagian tengah yang seakan tidak berfungsi.



Nile Ranger (S) Rating 4.5
Yang pasti, Ranger masih belum boleh bermain sebagai pilihan utama. Lebih sesuai sebagai 'super sub' untuk mengacau pertahanan yang keletihan pada lewat permainan. Prestasi yang sangat teruk semalam, tidak dapat melakukan cubaan, tidak dapat menanduk bola dan tidak menggunakan kelajuan yang ada untuk memotong pertahanan AVFC. Digantikan oleh Shefki Kuqi pada lewat permainan.

Pemain Gantian:
Ryan Taylor (RM) Rating 6
Masuk menggantikan Steven Taylor yang bergelut dengan permainan. Berjaya melakukan beberpa hantaran lintang ke arah gol. Pada minit akhir, sepakan percuma Raylor melepasi palang dari luar kotak penalti; antara peluang terbaik NUFC sepanjang perlawanan.

Shefki Kuqi (S) Rating 6
Alan Pardew mengambil masa 83 minit untuk membawa masuk Kuqi. Kuqi berjaya memenangi sepakan penjuru setelah masuk beberapa minit. 7 minit Kuqi lebih baik berbanding 83 minit oleh Ranger.

Pemain Gantian Tidak digunakan
Tim Krul, James Tavernier, Ryan Donaldson, Shane Ferguson, Michael Richardson.


Perlawanan Seterusnya menentang Manchester United pada awal pagi Rabu 20.04.2011. Boleh menang ke? Boleh kot..

Friday, April 15, 2011

Analisis Keputusan Peperiksaan Sem 1 2010/2011



Salam Sejahtera

Sebelum melangkah masuk ke minggu peperiksaan, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri sekejap dengan merenung balik keputusan peperiksaan kita semester lepas. Tak kisah berapa banyak PNGS yang berjaya dikumpulkan.haha

Dan analisis ini adalah untuk semester lepas. Sebelum korang baca analisis ini, sila baca artikel ini, ini dan ini. Aku juga terpaksa baca semula apa yang aku tulis dulu dan untuk dapatkan semula gred setiap subjek, aku terpaksa buka laman web Campus Online. Sebab? Aku dah lupa.haha

Semester lepas adalah semester 7 (tahun 4 semester 1) . Semester 7 ni menawarkan 5 kertas dan 18 unit kredit. Banyak kan? Nasib baik tak ada FYP..huhu


GTD 312 Latihan Perkhidmatan Makanan
Sasaran: A-
Keputusan: A
Secara kesimpulan (awal2 lagi dah ada kesimpulan), semester lepas markah dan PNGS aku diselamatkan oleh kertas ini. Ternyata markah kerja kursus (latihan industri @ praktikal perkhidmatan makanan) sangat2 membantu. Terima kasih banyak2 Dr Sherry.



GTD 402 Pemakanan Lanjutan
Sasaran: B
Keputusan: B
Satu-satunya subjek semester lepas yang betul-betul menepati ramalan. Buku 'Understanding Normal & Clinical Nutrition' masih menarik untuk dibaca, walaupun aku belum habis membacanya. Kalau baca nota dan buku seperti dinasihatkan Prof, semestinya aku akan berjaya. Jawapan masa peperiksaan pun agak mengarut, menunjukkan aku tak belajar bersungguh-sungguh.huuu


GTD 310 Latihan Dietetik Dalam Wad I
Sasaran: B
Keputusan: B-
Sedikit sebanyak masalah luaran dan masalah dalaman menyumbang kepada tergelincirnya sasaran hamba. Aku masih ingat, ada krisis keyakinan diri pada masa tu. Terasa seperti diri ini sangat lemah dan tiada berdaya. Sekarang tiada lagi kot.


GTD 317 Latihan Dietetik Unit Khas I
Sasaran: B
Keputusan: B-
Sebenarnya aku dah lupa apa jadi pada hari peperiksaan kertas ini. Namun keputusan ini antara yang memainkan peranan yang signifikan untuk menarik turun PNGS aku. Tetapi sebenarnya salah aku juga. Belajarlah bersungguh-sungguh!





GTD 401 Latihan Dietetik Pesakit Luar II
Sasaran: B+
Keputusan: B
Kertas terakhir semester lepas. Sekali lagi sasaran tidak dipenuhi. Walaupun soalan sudah boleh dijangka, mungkin aku tak mencuba sepenuh hati semasa menjawab. Keputusan juga merosot berbanding kertas Latihan Dietetik Pesakit Luar I (aku dapat B+).


Kesimpulan:
PNGS 3.09. Merosot lagi berbanding semester yang lepas. Krisis dalaman diri dan luaran mungkin puncanya. Taraf persembahan semasa di kelas dan wad juga tidak mencapai tahap dikehendaki..

Jadi, teruskan usaha lagi dalam 12 unit yang terakhir (semester 2) yang memerlukan keajaiban untuk menukar PNGK yang masih dalam zon tak selesa itu. hehe. Ciptalah keajaiban itu.


kegagalan lalu sila tinggalkan di belakang

Wednesday, April 13, 2011

Jualan Akhir Semester

Salam Sejahtera

Sebab semester ni dah nak sampai hujungnya, jadi aku rasa nak buat jualan sikit. Baju-baju ni datang tanpa dipinta. Boleh dikatakan juga sebagai jualan penghabisan stok.

Inilah antara baju-baju yang dijual. Malangnya ni je yang ada.


JERSI TOTTENHAM HOTSPURS HOME 2010/2011
Gred AAA
Saiz: S
RM 25



JERSI NEWCASTLE UNITED HOME 2010/2011
GRED AAA
Saiz: M
RM 20



selain jersi ada juga baju-baju lain..

BAJU 1
Saiz M, Short Sleeve
RM 23

depan

belakang


BAJU 2
Saiz XXL, Long Sleeve
RM 26

depan

belakang


BAJU 3
Baju ni sama dengan baju 2. Cuma saiz lain.
Saiz L, Short Sleeve
RM 23

depan

belakang


BAJU 4
Saiz M, Short Sleeve
RM 23

depan

belakang


Berminat?
Boleh hubungi saya di 017-9897467
atau tinggalkan pesanan di sini (komen) atau chatbox.

Sementara Stok Masih Ada. Harga boleh runding.

P/S: Bagi USMKK, aku akan letakkan poster di blok2. :)

Monday, April 11, 2011

Carta HYLI Mac 2011

Salam Sejahtera

Ni pulak keputusan bulan Mac. selamat menonton. :)