Salam Sejahtera
Sebelum melangkah masuk ke minggu peperiksaan, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri sekejap dengan merenung balik keputusan peperiksaan kita semester lepas. Tak kisah berapa banyak PNGS yang berjaya dikumpulkan.haha
Dan analisis ini adalah untuk semester lepas. Sebelum korang baca analisis ini, sila baca artikel ini, ini dan ini. Aku juga terpaksa baca semula apa yang aku tulis dulu dan untuk dapatkan semula gred setiap subjek, aku terpaksa buka laman web Campus Online. Sebab? Aku dah lupa.haha
Semester lepas adalah semester 7 (tahun 4 semester 1) . Semester 7 ni menawarkan 5 kertas dan 18 unit kredit. Banyak kan? Nasib baik tak ada FYP..huhu
GTD 312 Latihan Perkhidmatan Makanan
Sasaran: A-
Keputusan: A
Secara kesimpulan (awal2 lagi dah ada kesimpulan), semester lepas markah dan PNGS aku diselamatkan oleh kertas ini. Ternyata markah kerja kursus (latihan industri @ praktikal perkhidmatan makanan) sangat2 membantu. Terima kasih banyak2 Dr Sherry.Sasaran: A-
Keputusan: A
GTD 402 Pemakanan Lanjutan
Sasaran: B
Keputusan: B
Satu-satunya subjek semester lepas yang betul-betul menepati ramalan. Buku 'Understanding Normal & Clinical Nutrition' masih menarik untuk dibaca, walaupun aku belum habis membacanya. Kalau baca nota dan buku seperti dinasihatkan Prof, semestinya aku akan berjaya. Jawapan masa peperiksaan pun agak mengarut, menunjukkan aku tak belajar bersungguh-sungguh.huuuSasaran: B
Keputusan: B
GTD 310 Latihan Dietetik Dalam Wad I
Sasaran: B
Keputusan: B-
Sedikit sebanyak masalah luaran dan masalah dalaman menyumbang kepada tergelincirnya sasaran hamba. Aku masih ingat, ada krisis keyakinan diri pada masa tu. Terasa seperti diri ini sangat lemah dan tiada berdaya. Sekarang tiada lagi kot.Sasaran: B
Keputusan: B-
GTD 317 Latihan Dietetik Unit Khas I
Sasaran: B
Keputusan: B-
Sebenarnya aku dah lupa apa jadi pada hari peperiksaan kertas ini. Namun keputusan ini antara yang memainkan peranan yang signifikan untuk menarik turun PNGS aku. Tetapi sebenarnya salah aku juga. Belajarlah bersungguh-sungguh!Sasaran: B
Keputusan: B-
GTD 401 Latihan Dietetik Pesakit Luar II
Sasaran: B+
Keputusan: B
Kertas terakhir semester lepas. Sekali lagi sasaran tidak dipenuhi. Walaupun soalan sudah boleh dijangka, mungkin aku tak mencuba sepenuh hati semasa menjawab. Keputusan juga merosot berbanding kertas Latihan Dietetik Pesakit Luar I (aku dapat B+).Sasaran: B+
Keputusan: B
PNGS 3.09. Merosot lagi berbanding semester yang lepas. Krisis dalaman diri dan luaran mungkin puncanya. Taraf persembahan semasa di kelas dan wad juga tidak mencapai tahap dikehendaki..
Jadi, teruskan usaha lagi dalam 12 unit yang terakhir (semester 2) yang memerlukan keajaiban untuk menukar PNGK yang masih dalam zon tak selesa itu. hehe. Ciptalah keajaiban itu.
3 comments:
gud luck!
study paper dr foo. print jurnal dia. baca. well ikut keselesaan ko.
lea: tq!
chanz: hmm..ok.noted.thanks bro.
Post a Comment