Sunday, June 19, 2011

Preview Kelayakan Olimpik: Malaysia vs Lubnan

Salam Sejahtera

Skuad Harimau Muda akan meneruskan perjuangan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012 di London malam ini dengan perlawanan menentang Lubnan. Perlawanan diadakan secara timbal balik pada 19 Jun dan 23 Jun.




Malaysia, selaku pasukan bukan pilihan akan bertandang ke Lubnan terlebih dahulu sebelum kembali bermain di tanah air untuk perlawanan kedua. Diharapkan agar anak buah Ong Kim Swee dapat menampilkan persembahan terbaik untuk tidak menghampakan peminat bola sepak tempatan. Bagaimanapun persiapan untuk perlawanan kali ini bagaimanapun dibayangi dengan kekalahan mengejut 0-1 kepada skuad bawah 23 Kemboja dan juga kekalahan 0-4 kepada skuad Olimpik Qatar. Diharapkan juga skuad Harimau Muda supaya tidak mengulangi kesilapan seperti terlalu yakin sebagaimana yang dikatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.



Dari segi ranking dunia, Malaysia menduduki tempat ke-143 manakala Lubnan di tempat ke-178. Walau bagaimanapun, untuk skuad bawah 23 ranking tidak membawa sebarang makna kerana Lubnan beroleh status sebagai pasukan pilihan atas prestasi mereka semasa kelayakan Olimpik yang lalu.


Apek & rakan-rakan diharapkan agar bermain di tahap terbaik


Sekiranya Skuad Harimau Muda berjaya melepasi halangan Lubnan, mereka akan layak ke pusingan ketiga yang mana 12 pasukan yang mara dari pusingan kedua akan dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan 4 pasukan setiap kumpulan. Peringkat ini akan berlangsung pada 21 September 2011 sehingga 14 Mac 2012.

Dengan benua Asia dijanjikan 3.5 tempat untuk sukan Olimpik 2012, pemenang kumpulan akan layak ke Sukan Olimpik. 3 pasukan yang menjadi naib juara akan bertemu sesama sendiri dalam perlawanan play off (25-29 Mac 2012). Pemenang perlawanan playoff akan bertemu dengan wakil dari CAF (Afrika) untuk menentukan pasukan yang layak ke Sukan Olimpik.


Perlawanan Pusingan Kedua
(19 Jun & 23 Jun)

Qatar vs India
Iraq vs Iran
Bahrain vs Thailand
Australia vs Yaman
Jepun vs Kuwait
Syria vs Turkmenistan
Korea Utara vs UAE
Korea Selatan vs Jordan
Uzbekistan vs Hong Kong
Arab Saudi vs Vietnam
China vs Oman
Lubnan vs Malaysia

No comments: