Sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, marilah kita sama-sama mengimbas perkara-perkara berkaitan dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong (singkatan YDPA digunakan dalam entri ini) berperanan sebagai ketua negara di peringkat persekutuan mengikut Sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan negara Malaysia ini. Permaisuri kepada baginda akan dikenali sebagai Raja Permaisuri Agong.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. (Prof Zainal Kling, betulkah Malaysia tidak pernah dijajah?)
Yang di-Pertuan Agong ke-13, DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin
& Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
Gelaran rasmi penuhnya, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mula digunakan pada 1993. Sebelum itu, gelaran seperti KeBawah Duli Yang Maha Mulia digunakan oleh baginda.
Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada senarai 9 orang Raja negeri-negeri Melayu dengan diputuskan oleh Majlis Raja-Raja. Sultan yang dipilih sebagai Agong juga perlu melepasi kriteria tertentu sebelum layak dipilih. Tanpa sebarang aral melintang, Sultan atau Raja yang layak dan mendapat sokongan majoriti akan memegang jawatan YDPA untuk tempoh 5 tahun secara bergilir-gilir.
Penganugerahan Pingat dan Darjah Kebesaran oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai seorang timbalan (dipilih daripada senarai Sultan/Raja yang lain) yang akan menggantikan baginda dalam tugas rasmi apabila Agong tidak berupaya atau tidak berada dalam negara. Timbalan YDPA juga dilantik untuk tempoh 5 tahun tetapi tidak semestinya baginda akan dipilih sebagai SPB YDPA berikutnya.
Hari ulang tahun bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah ditetapkan pada Sabtu pertama pada bulan Jun setiap tahun. Hari tersebut dimasyhurkan sebagai cuti umum persekutuan.
Sepanjang menyandang jawatan, baginda dan Raja Permaisuri Agong akan bersemayam di Istana Negara. Istana Negara baru yang telah siap dibina di Jalan Duta akan digunakan untuk kali pertama oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah (Yang di-Pertuan Agong ke-14).
Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan luas dalam tiga cabang kerajaan - Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.
Kebiasaannya SPB YDPA bertindak atas nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri kecuali dalam perkara tertentu di mana baginda boleh bertindak mengikut budi bicara baginda sendiri. Antaranya:
- Melantik Perdana Menteri
- Menolak permintaan membubarkan Parlimen
- Memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat.
Selain itu, Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik jawatan penting kehakiman seperti Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan lain-lain atas nasihat Perdana Menteri dan Majlis Raja-Raja.
Yang di-Pertuan Agong juga berkuasa mengisytiharkan darurat sekiranya terdapat ancaman besar terhadap keamanan persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri tidak beraja termasuk Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.
Tugas lain Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia:- Menolak permintaan membubarkan Parlimen
- Memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat.
Antara kuasa baginda adalah melantik Perdana Menteri.
Kalau baginda tiada berkenan....
Kalau baginda tiada berkenan....
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga adalah sebahagian komponen Parlimen (Dewan Negara dan Dewan Rakyat). Baginda berkuasa memanggil mesyuarat Parlimen, membubarkan Parlimen, memberi titah ucapan dan memperkenan rang undang-undang. Baginda juga berhak melantik senator bagi Wilayah Persekutuan dan 40 senator daripada tokoh pelbagai bidang, mereka yang berjasa dalam masyarakat dan wakil kaum minoriti.
Yang di-Pertuan Agong @ Parlimen Malaysia
Yang di-Pertuan Agong juga berkuasa mengisytiharkan darurat sekiranya terdapat ancaman besar terhadap keamanan persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri tidak beraja termasuk Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.
Diplomat Asing sembah menghadap
- Ketua tertinggi angkatan tentera
- Mengampunkan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan di mahkamah tentera dan Wilayah Persekutuan
- Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak
- Mengurniakan anugerah dan darjah kebesaran kepada warganegara/bukan warganegara dan juga ketua negara asing sempena Hari Keputeraan baginda
- Melantik diplomat Malaysia di luar negara dan menerima menghadap diplomat asing yang ditugaskan di Malaysia.
- Mencemar duli menghadiri pelbagai aturcara.

Daulat Tuanku
Tahukah anda Yang di-Pertuan Agong tidak boleh?
- Menjalankan tugas sebagai ketua negeri kecuali sebagai ketua agama Islam.*
- Bekerja makan gaji.
- Mengambil bahagian dalam perniagaan.
- Menerima bayaran sebagai ketua negeri seperti termaktub dalam undang-undang negeri.
- Meninggalkan Malaysia lebih 15 hari, kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja atau sebab melawat negara lain.
*Jika baginda SPB YDPA berkenan meminda perlembagaan negeri atau melantik pemangku raja yang baru, tiada halangan untuk baginda berbuat demikian.
Sekian.
Boleh baca lebih lanjut mengenai sistem beraja Malaysia di sini.
2 comments:
selamat kembali ke Terengganu, sultanku
daulat tuanku!
akhirnya Terengganu kembali bersultan. :)
Post a Comment