Tuesday, April 17, 2012
Dunia Impian
Dari udara ku lihat pepohon layu kekeringan di gurun
Burung biru pula menyanyi kesedihan
Kepahitan pasir yang ku kunyah di belakang mulutku
Dari semalam yang penuh kesilapan
Jangan luahkannya, rasanya akan menitiskan air mata
Bagi seorang pengecut yang tidak mampu melindungi orang yang disayanginya
Pagi yang gembira tidak akan tiba
Tidak kira ke arah mana pintu hari esok menghala
Dari kejauhan mata yang berair ini tidak akan berpaling lagi
Oh, akan ku tembusi hatimu sayang
Kerana satu hari nanti pasti akan ku bawamu ke dunia yang sebenar
Angin yang bertiup di atas peta lukisan seorang asing
Menghilangkan jejak langkah ke masa depan yang tidak diketahui
Seorang penjenayah merentasi laluan tak berlorong
Mengejar impian yang belum tercapai
Oh, tidak kira ke arah mana pintu hari esok menghala
Aku tidak akan lepaskan lagi tanganmu dari genggamanku
Oh, akan ku tembusi hatimu sayang
Kerana masa yang berlalu pasti akan memberi jawapan
Cahaya api kehidupan menyalakan sebuah ikatan
Untuk menghadapi sebuah kegelapan dengan doa suci
Aku tidak boleh berhenti lagi
Oh, tidak kira apa yang kita lihat di pintu hari esok
Kita tidak akan berundur lagi
Oh, tidak kira ke arah mana pintu hari esok menghala
Dari kejauhan mata yang berair ini tidak akan berpaling lagi
Oh, akan ku tembusi hatimu sayang
Kerana satu hari nanti pasti akan ku bawamu ke dunia yang sebenar
# NEVERLAND
FT Island
18.04.2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment