Sunday, November 23, 2014

Anime Musim Luruh 2014

Salam Sejahtera.



Apa siri anime yang menarik musim ini? Walaupun tayangan anime untuk musim ini sudah memasuki pertengahan musim luruh, masih belum terlewat lagi untuk melihat siri-siri baru yang sedang ditayangkan di Jepun. Seperti biasa, pelbagai siri baru anime terdiri daripada karya asli, adaptasi manga dan visual novel serta sekuel bagi siri-siri yang telah ditayangkan sebelum ini sedang disiarkan.




Kiseijuu: Sei no Kakuritsu (Parasyte -the maxim-)
Produksi: Madhouse 
Episod: 24

Di sebalik penampilan seorang manusia yang normal, mungkin ada parasit disebaliknya. Parasit mengawal tubuh mereka, hidup dengan memakan manusia lain dan mampu mengubah bentuk tubuh kepada senjata atau makhluk berbahaya. Parasit bernama Migi cuba menguasai Shinichi Izumi namun tidak berjaya sepenuhnya. Kini Migi dan Izumi perlu belajar untuk hidup bersama di samping menangani ancaman makhluk parasit lain kepada kehidupan manusia sejagat.

Antara calon awal anime terbaik musim ini!




Akatsuki no Yona (Yona of the Dawn)
Produksi: Studio Pierrot
Episod: 

Kehidupan Puteri Yona sebagai seorang puteri raja yang manja dan naif berubah sekelip mata apabila cinta hatinya Soo-won membunuh raja (bapa Yona) dan merampas takhta. Kini Yona terpaksa melarikan diri dari istana bersama pembantunya yang setia Hak. Pada masa yang sama, Yona perlu belajar tentang dunia yang serba asing baginya dan menuntut kembali haknya yang dirampas.

Latar belakang kisah ini adalah di Korea....




Fate/Stay Night: Unlimited Blade Works
Produksi: Ufotable
Episod: 12

Acara tradisi turun-temurun perang Holy Grail kembali sekali lagi mengambil tempat di bandar Fuyuki. Holy Grail yang dikatakan mampu menunaikan apa sahaja hasrat hati sekali lagi menjadi rebutan tujuh pihak yang masing-masing berkepentingan sendiri. Kelibat tujuh hamba yang terdiri daripada perwira handal daripada masa lalu akan menjunjung amanat tuan masing-masing untuk membawa pulang Holy Grail.

Aku masih teringat kat Iskander dalam Fate/Zero..




Shingeki no Bahamut: Genesis (Rage of Bahamut: Genesis)
Produksi: MAPPA
Episod: 12

Pada masa lalu di dunia Mistarcia, ancaman naga Bahamut menyebabkan tiga puak penghuni dunia itu - manusia, syaitan dan dewa bersatu untuk mengunci kuasa Bahamut. Kunci tersebut diasingkan dan dijaga oleh puak Dewa dan Syaitan supaya mereka tidak bersatu dan Bahamut tidak akan bangkit lagi. 2000 tahun kemudian, dunia mereka yang aman mungkin akan diancam oleh tindakan seorang gadis manusia yang telah mencuri kunci yang dipegang oleh puak dewa.

Antara siri yang mendapat sambutan mengejutkan musim ini.






Psycho Pass Season 2
Produksi: Tatsunoko Productions
Episod: 11

18 bulan selepas peristiwa dalam musim pertama, Tsunemori Akane terus berjuang untuk mempertahankan sistem Sybil dan memerangi penjenayah sebagai anggota sebuah bahagian baru di jabatan polis. Walau bagaimanapun tanpa disedari satu ancaman baru yang lebih berbahaya semakin hampir.

#KamiMahuKougamiShinya






Nanatsu no Taizai (The Seven Deadly Sins)
Produksi: A-1 Pictures
Episod:

Tujuh wira lagenda yang dikenali sebagai "The Seven Deadly Sins" telah dituduh ingin merampas takhta lalu mereka dibuang negeri. Puteri Elizabeth mendapat tahu perkara sebenar namun gagal menghalang rampasan kuasa daripada berlaku. Beliau kemudiannya melarikan diri dan berkelana untuk mencari tujuh wira tersebut. Wira pertama yang ditemui Elizabeth, Meliodas bagaimanapun kelihatan lemah. Adakah kisah kehebatan lagenda tujuh wira itu benar atau sebaliknya?

Lagu OP daripada Ikimono-gakari boleh tahan juga. ED1 khabarnya FLOW x Granrodeo!



Yowamushi Pedal: Grande Road
Produksi: Toho Company
Episod: 24

Sekuel siri anime lumba basikal Yowamushi Pedal diteruskan dengan sambungan kejohanan lumba basikal antara sekolah tinggi. Mampukah Sakamichi Onoda dan rakan-rakan mencapai kemenangan di sebalik cabaran hebat daripada sekolah-sekolah lain?

Bila nak adaptasi manga badminton woi?









Amagi Brilliant Park
Produksi: Kyoto Animation
Episod: 13

Kanie Seiya dipaksa menerima ajakan Sento Isuzu untuk pergi ke Amagi Brilliant Park, sebuah taman tema yang paling mengecewakan di Jepun. Seiya diperkenalkan dengan Latifa, "puteri sebenar" memerangkap pengurus taman tema itu. Secara tiba-tiba, Seiya diberi tugas untuk menyelamatkan taman tema tersebut yang menjadi rumah sekumpulan pari-pari daripada ditutup.

Kanie Seiya - Kanye West, Sento Isuzu - 50 Cent




Log Horizon: Season 2
Produksi: Studio Deen
Episod: 25

Sekuel Log Horizon membawa kembali kisah Shiroe dan rakan-rakannya yang kini telah terperangkap dalam dunia permainan komputer selama 6 bulan. Bandar Akiba yang dulunya huru-hara kini telah kembali teratur di bawah pentadbiran Round Table Meeting. Memandangkan musim sejuk semakin hampir, kumpulan Adventurer perlu membuat keputusan sama ada kekal di Akiba atau keluar mengembara ke tempat baru.

Database!







Hitsugi no Chaika: Avenging Battle
Produksi: Bones
Episod: 10

Kisah Chaika si gadis berkening tebal pembawa keranda disambung lagi untuk musim kedua. 

Kening yang agak mengganggu sebenarnya.







Denki-Gai no-Honya-san
Produksi: Shin-Ei Animation
Episod: 12

Sebuah komedi mengisahkan pekerja-pekerja sebuah kedai menjual manga di kawasan kejiranan Denki-Gai yang popular dengan barang-barang eletrik dan eletronik. Umio ialah seorang budak pemalu yang bekerja separuh masa di kedai tersebut dan berkawan rapat dengan rakan sekerjanya termasuk Hiotan, seniornya yang lebih muda. Memandangkan ramai peminat manga melawat kedai tersebut, ada sahaja perkara yang berlaku.

Working! versi kedai manga




Terra Formars
Produksi: Liden Films
Episod: 12

Apabila bumi semakin sesak dengan penduduk, sebuah rancangan dirangka untuk menjadikan planet Marikh sesuai didiami. Lipas dan kulat digunakan untuk tujuan itu. 500 tahun kemudian, manusia melancarkan ekspedisi untuk melihat hasil projek itu - hanya untuk diserang sekumpulan lipas gergasi bertubuh menyerupai manusia. Manusia kembali lagi ke planet Marikh dengan pahlawan terbaik mereka untuk merampas semula planet tersebut.

Selepas ini anda tidak akan memandang lipas sebagai haiwan perosak biasa lagi..





Gugure! Kokkuri-san
Produksi: TMS Entertainment
Episod: 12

Kohina ialah seorang gadis cilik. Suatu hari Kohina terseru Kokkuri-san (sejenis hantu berpangkat rendah dalam lagenda Jepun) yang rupa-rupanya muda, kacak dan berambut putih. Pada mulanya, Kokkuri-san cuba menghantui Kohina tetapi lama kelamaan beliau berasa bimbang dengan tabiat pemakanan Kohina. Jadi Kokkuri-san mula mengganggu Kohina untuk melindungi kanak-kanak itu.

hantu baik..






Shigatsu Kimi wa Uso
Produksi: A-1 Pictures
Episod: 24

Arima Kosei ialah seorang pemain piano berbakat namun kematian ibunya menyebabkan beliau tidak lagi mampu bermain mahupun mendengar bunyi piano. Ketika Kosei sudah berputus asa dan hanya ingin menjalani hidup yang tenang bersama rakan-rakannya, seorang pemain biola, Miyazano Kaori muncul lalu memaksa Kosei kembali ke dunia muzik dan cuba mengubah persepsi Kosei terhadap muzik.

Adakah Arima dibuli?




Gundam: G no Reconguista
Produksi: Sunrise
Episod:

Era Universal Century yang penuh dengan peperangan dan penaklukan kian berlalu dan kini, Era Regild Century yang penuh aman makmur menjelma. Pada tahun R.C. 1014, kadet Bellri Zenam yang baru pertama kali menyertai misi melindungi Capital Tower diserang sebuah sut mobil "G-Self". Bellri berjaya mematahkan serangan itu tetapi mendapati dirinya bertindak balas dengan mobil sut terbabit. Bermulalah perjuangan Bellri sebagai pejuang "G-Self" untuk membongkar rahsia di sebalik Regild Century.

Gundam baru. Harapnya lebih baik daripada AGE.





Shirobako
Produksi: PA Works
Episod: 24

Lima orang gadis berusaha mengejar impian mereka. Aoi Miyamori dan rakan-rakannya yang bekerja dalam industri penerbitan anime terpaksa berdepan pelbagai isu dan masalah berkaitan kerjaya dan hidup seharian mereka.

The Making of Anime..






Magic Kaitou 1412
Produksi: A-1 Pictures
Episod: 24

Setelah bapanya meninggal dunia dalam keadaan misteri, Kaito Kuroba mendapat tahu bahawa bapanya adalah seorang pencuri antarabangsa bernama International Criminal 1412: the Phantom Thief. Beliau juga mendapat tahu bapanya dibunuh sebuah organisasi rahsia apabila beliau enggan mencuri batu permata "Pandora Gem" yang mampu memberikan kehidupan abadi. Untuk menghalang niat jahat organisasi terbabit, Kaito mengambil alih tugas bapanya sebagai Phantom Thief untuk mencari batu permata tersebut dengan beberapa klu yang ditinggalkan oleh bapanya.

Ini Detective Conan punya spin-off..





Sanjoku no Musume Ronja
Produksi: Studio Ghibli
Episod: 26

Kisah sorang gadis bernama Ronja, iaitu anak kepada ketua puak penyamun yang tinggal di sebuah istana besar bersama puak mereka. Saksikan peristiwa kehidupan Ronja apabila menemui makhluk-makhluk aneh, berkawan dengan gadis cilik seusianya dan pengalaman hidupnya di hutan.

Karya terakhir studio Ghibli?








Mushishi Zoku Shou 2
Produksi: Artland
Episod: 

Kembara Ginko menyelami fenomena paranormal makhluk aneh yang dikenali sebagai "mushi" diteruskan lagi untuk musim berikutnya.

Paranormal.

No comments: