Tuesday, July 7, 2009

Semester 1 2009/2010

salam sejahtera.

posting aku kali ni agak panjang sikit.harap2 korg boleh baca sampai abis ye.hoho





akhirnya bermula lagi semester yg baru pengajianku di USM. rupa-rupanya sem ni aku dah tahun tiga! cepat betul masa dah berlalu meninggalkan kita. sesi praktikal selama dua bulan yg mengisi masa cuti aku menyebabkan aku menghitung dari semasa ke semasa. kita cuma cuti selama 9 minggu (dikatakan sbg dua bulan). boleh dikatakan utk pelajar dietetik usm hanya cuti antara tahun sewaktu tahun pertama.lepas ni mana ada cuti panjang lebar dah.


selepas praktikal ni, pastilah ada repot yang perlu dihantar kpd pensyarah. Aku berasa syukur dan berterima kasih banyak2 kpd prof wan manan yg 'extend' tempoh untuk hantar laporan. Tarikh akhir baru yang diberikan prof adalah 06.08.09.dalam lebih kurang sebulan dari sekarang. tempoh asalnya hanya seminggu. Bayangkan laporan yang mungkin setebal 30-40 muka surat yang paling minimum disiapkan dalam masa seminggu. bagi orang seperti aku hampir2 mustahil la akan siap.satu bulan ni aku akan cuba siapkan laporan dgn baik.

SENARAI KURSUS PELAJAR SEMESTER : 091
Kod
Nama Kursus
Jenis
Unit
ELEKTIF (KOD E)
GEG304 KOMUNIKASI DAN PERKEMBANGAN DIRI E 2
GTU301 ETIKA DAN PERUNDANGAN UNTUK AHLI PROFESIONAL KESIHATAN E 3
Jumlah Unit :

5
TERAS (KOD T)
GTD209 LATIHAN PERKHIDMATAN DIETETIK MASYARAKAT T 4
GTD309 KAUNSELING DIET T 2
GTD313 TOKSIKOLOGI PEMAKANAN T 2
GTD314 PEMAKANAN DAN PENYAKIT II T 2
GTD316 PRINSIP TERAPI DIET 1 T 3
Jumlah Unit :

13


utk semseter ni, aku cuma ambil 18 unit kredit sahaja (paling sedikit setakat ni). 13 unit teras, 5 unit elektif. asalnya aritu aku cuma nk ambik 15 unit tetapi ada 'coursemate' aku (kalau nak tau sape teruskan membaca) cadangkan supaya abiskan elektif sem ni. dia kata lg, sem2 nanti dh mula pegi klinik, nanti sangat2 sibuuuuuuukkk..program dietetik memerlukan 20 unit elektif (kursus lain 15 je) utk graduasi. kalau x salah, sem ni adalah sem terakhir aku masuk kelas yang ada pelajar yg bukan dietetik.(utk ethics & komunkiasi dan perkembangan diri). lagipun dah masuk 3rd year ni dah mula susah nak jumpa dgn kawan2 ppsk yg satu batch 3rd yr.sebab masing2 dah ada kls sendiri dh.(boleh bawa diri masing2 dh).


sem ni jugak mungkin menggembirakn utk budak2 diet 3rd yr. sebabnya mereka dah dapat ketua baru, shu jye (menjadi mangsa keadaan). ape taknya, mereka cuma main tembak je calon ketua, seolah2 ketua ni menjadi alat utk mengenakn org lain...haha...kalau ada org tertanya(kalau2) kenapa aku berundur, aku dah rancang lama dah utk berundur, sejak tgh sem2 tahun lepas lg.tetapi sesuatu yg berlaku telah menyebabkan aku berundur secara tragik.(cam kena coup de etat, kata hakim tadi)...apapun aku akan bantu sebanyak sedikit drpd 'pengalaman' aku selama 2 thn sbg ketua (aku lebih suka panggil jwtn ni sbg wakil kumpulan). apapun aku ucapkan selamat bertugas kpd shu jye..(ganbatte!!!).


sem ni jugak aku akan sibuk dgn Kuiz Sains Kesihatan yg akan diadakn Ogos ni.asalnya tahun2 lepas KSK ni diadakan bersama2 dgn ekspo kampus dan HTD. tahun ni sebab Ekspo kampus dan HTD diadakan agak lewat, Oktober ni, utk mengelak bulan Ramadhan al-mubarak.sebagai exco Urusetia & Penyertaan, aku menjadi seolah2 seorang 'holding midfielder'(pemain yang menyambungkan bhg pertahanan dan serangan).puncanya, ramai exco2 lain spt cenderahati dan jamuan bergantung kpd aku utk menentukan jumlah makanan dan buah tangan kpd peserta. harap2 nya ni lah kali terakhir aku terlibat penganjuran aktiviti pelajardi USM Kubang Kerian ni.




sem ni jgk aku nk tgk sama ada antara masa dan pedang, siapa yg akan potong siapa.pernah dengar ungkapan yang lebih krgnya begini "masa itu ibarat sebilah pedang.kalau kita tidak memotongnya, dia akan memotong kita". jom tengok sama ada sem ni aku akan 'race F1' atau 'race MME' utk siapkan semua tugasan, laporan dan studi. hanya diri kita sahaja yg mampu mengubah nasib sendiri.


akhir sekali, aku nk ucapkan selamat datang kpd pelajar2 tahun 1 USM KK.utk kursus dietetik, junior aku, nampaknya sekali lg xde lelaki melayu utk tahun kedua berturut2.malah lelaki hanya seorang je tahun ni (cina). nampaknya sesuatu yg perlu dilakukan utk menarik pelajar2 lelaki melayu ke usmkk utk belajar dietetik.

wassalam.

2 comments:

chanz said...

ko g la masuk skspm promote kat budak2..

Din diet said...

chanz: ko pun sama la.ko ambik bahagian utara. aku pantai timur.haha