Sunday, December 27, 2009

Pecah Rekod

gambar hiasan

Syukur Alhamdulillah sekali lagi kita ditemukan di semester yg baru ini. Semoga apa2 yg telah terjadi pada sem lepas sama2 la kita letakkan di belakang. Sudah lama jgk aku x update blog ni. Sebab? Aku kekeringan idea. Mungkin aku patut buat poll (undian) blog aku ni patut aku tulis apa.

Balik kpd tajuk asal posting kali ni, sebenarnya ini berkaitan dengan keputusan peperiksaan sem lepas. sejak masuk USM ni aku rasa aku seperti pasukan bawahan liga perdana inggeris yg bergelut utk mengelak tersingkir ke bahagian bawah.

Jadi maksudnya keputusan aku sebelum2 ni sangat mengecewakan. sem lepas - adalah yang terbaik dalam sejarah aku di usm ni, walaupun masih x cemerlang kalau dibandingkan dgn org lain. org lain sudah berkira2 utk buat master atau merancang kerjaya lepas habis pengajian. nampaknya aku masih jauh lagi. walaubagaimanpun, aku tetap bersyukur sebab berjaya mencapai target peribadi (yg kelihatan spt hampir mustahil lepas tamat exam aritu). Alhamdulillah.

Hull City hampir tersingkir dari EPL musim lepas
Sem yang lepas memecah beberapa rekod yang boleh aku ringkaskan sebagai satu kod rahsia AC 3.0.

A

C

3.0

cuba la selesaikan..hehe

terima kasih byk2 kpd semua pihak yang terlibat termasuk diri sendiri, lecturer, ibu bapa, kawan2 dan sesiapa je. aku harap aku akan lebih bersungguh2 sem ni. Nampaknya tak sia2 aku di 'sound' mak aku.Seperti kata dr foo tadi, kena kerja kuat lagi. Sebab dulu aku mungkin lena dlm mimpi indah (tidur nyenyak). aku juga ada terfikir adakah sebab aku terlalu sibuk sblum ni menyebabkan aku membuat kesilapan2 sama secara berterusan(maknanya aku x belajar dari kesilapan).

Jadi kesimpulannya, sem ni (yg penuh rintangan nampaknya) aku kena lipatgandakan usaha utk tambah baik pngk aku yg belum melepasi tahap selamat. doakan semoga aku berjaya. untuk kalian juga aku harapkan semoga kalian terus berusaha sehingga ke titisan dakwat pen yang terakhir.

selamat mengharungi semester 2 kpd semua warga ppsk.

Ya Allah, bantulah kami semua.

2 comments:

cj'alhafiz said...

fuyoo....walopon aku xleh nak selesaikan..tapi aku tahu, ko dapat tinggi..
ni kira macam team Malaysia yang menang pingat emas sukan SEA after 20 tahun r ni..hahaha!!!

Din diet said...

xde la tinggi mana pun..klu banding dgn org lain org lain lg tinggi..haha