Sunday, March 28, 2010

Kickstarted (2)

haah..sejak moto aku rosak ni, tergerak lak nak update blog. di sini aku akan membentangkan laporan kerosakan kalau korang nak tengok..

dan ada lagi.. zoom in


zoom in

inilah kickstarter yg malang tu

dengan ini, aku berpesan kpd diri sendiri supaya berhentilah daripada menjahanamkan moto amanah ni!!

sekarang motosikal ini sedang berada di wad rawatan rapi..abg kedai moto tu pun kata ini kes luar biasa sangat2..utk selesaikan masalah ni kena bukak semua baru la boleh ganti benda yang rosak tu..

berhati-hati din.........


p/s: aku rasa pendengaranku agak 'kureng' sikit 2-3 hari ni.perlukah aku ke klinik? atau tunggu sehingga ia baik kembali? nampaknya tuhan memang sedang berbicara dgnku..ampunilah dosa-dosaku ya Allah..

Friday, March 26, 2010

Kickstarted

kalah secara muktamad.itu je yang boleh aku simpulkan.segala yang berlaku pada aku selama ni adalah disebabkan oleh kebodohan dan kejahilan aku.

mengapa aku x buat mcm orang lain? org dh sediakan jalan tar, aku guna jalan konkrit.bajet pe? bengong. jd dlm bangunan tu mestila ada longkang.jadi sampai tempat sempit, dh x boleh kawal, jatuh longkang.padan muka.nasib baik x calar pe.motor pun x calar. tetapi starter (kickstarter) pulak yg patah!! aduhhhhhhhhhh!!! cmn ak nk start moto?

abis la motor ayah aku..motor veteran (usianya dah 20 tahun).mesti ayah aku akan kecewa kerana aku terus menerus menjahanamkan moto tu..nampaknya aku memang x pernah belajar dari kesilapan.asyik mengulang2 kesilapan yg sama..

p/s: terima kasih banyak2 kpd mereka2 yg telah tolong aku semalam..malunya aku........
tapi motor aku masih tersadai di nurani..arrrrrggggghhh

Sunday, March 21, 2010

Gula! Gula! Gula!

gula (sugar)

Rakyat Malaysia gunakan lebih 51 gram gula dalam minuman sehari

KUALA LUMPUR: Orang dewasa di negara ini didapati memasukkan tujuh sudu teh atau 51 gram gula sehari dalam minuman mereka, iaitu melebihi saranan pengambilan gula yang disyorkan oleh badan kesihatan dunia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pengambilan gula dalam minuman itu melebihi saranan tidak lebih 50 gram atau 10 peratus daripada keperluan tenaga harian yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Ini belum lagi ditambah dengan gula yang dijadikan ramuan dalam kuih-muih, bubur, kek, ais krim, coklat dan sapuan roti yang kita makan setiap hari," katanya ketika berucap merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula 2010 di sini, hari ini. Kempen selama enam bulan itu turut dijayakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Liow berkata, individu perlu menaiki tangga setinggi 14 tingkat untuk membakar 20 kilo kalori tenaga yang dibekalkan dalam satu sudu teh gula.

"Bayangkan, kita perlu menaiki tangga setinggi 98 tingkat jika mengambil tujuh sudu teh gula yang membekalkan 140 kilo kalori tenaga sehari," katanya.

Liow berkata, masyarakat perlu menyedari pengambilan gula yang banyak tanpa diiringi aktiviti fizikal yang seimbang dan bersesuaian akan menyebabkan individu mengalami kegemukan atau obesiti dalam jangka masa panjang.

“Kajian kementerian itu juga mendapati orang dewasa yang berlebihan berat badan telah meningkat hampir dua kali ganda iaitu daripada 16 peratus pada 1996 kepada 29.1 peratus pada 2006.

"Manakala orang dewasa yang obesiti pula meningkat tiga kali ganda daripada 4.4 peratus pada 1996 kepada 14 peratus pada 2006 dan mendapati pesakit diabetes di kalangan penduduk berumur 30 tahun ke atas meningkat 8.3 peratus kepada 14.9 peratus dalam tempoh yang sama," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga mengadakan rundingan dengan industri makanan untuk menghasilkan produk makanan dan minuman yang kurang gula supaya masyarakat dapat menikmati gaya hidup yang lebih sihat. - Bernama

link artikel asal

ulasan:
gula! sugar! memang susah tanpa gula ni.kuih tak sedap, air pun terasa pahit tanpa gula. kalau masa orang tertentu sorok gula, ramai yang mengeluh mencari gula. oh gula, di mana kamu?
tapi ambil banyak sangat gula, jadi macam-macam, kencing manis, obesiti dll. pendek kata, kurangkan manis gula, tambahkan manis senyuman...
=)

Thursday, March 18, 2010

Jadual Final Sem 2 Dietetik

PEPERIKSAAN AKHIR SEMSETER 2
DIETETIK TAHUN 3


AHAD 18/04
GTD 308/2 - PENYEDIAAN DIET TERAPUTIK
2.15 - 4.15 PTG

SELASA 20/04
GTD 307/2 - PRINSIP TERAPI DIET II
2.15 - 4.15 PTG

RABU 21/04
GTD 303/2 - ANTROPOLOGI PEMAKANAN
2.15 - 4.15 PTG

AHAD 25/04
GTD 318/4 - LATIHAN DIETETIK PESAKIT LUAR I
2.15 - 4.15 PTG

SELASA 27/04
GTD 320/3 - PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN
2.15 - 5.15 PTG



*ni jadual kuning ye.yang hijau belum keluar lagi..harap maklum

Monday, March 8, 2010

Tentang Kehidupan

kerana sudah lama aku x update blog ni(dengan artikel sendiri), izinkan aku mengarut sikit untuk kali ni.

kali ni aku nak cakap pasal hidup. Ada beberapa perumpamaan yang boleh dikongsi bersama.terimalah seadanya (spt hakim cakap)


roda zaman dahulu
1)
hidup ini umpama roda.

ada masa kita di atas, ada pula masa kita kat bawah.

jadi semasa di atas, jgn le lupa org2 kat bawah ni.


sebab roda akan bergolek-golek dan kita akan bertukar kedudukan dengan yang bawah.


baru la tau tinggi rendah langit.




berjudi itu termasuk dalam dosa2 besar!
jangan la berjudi pulak nanti
.

2) dalam english pulak.

life is a gamble.

You bet on something without you know what you will get out of it.

You don't know if you are going to hit the jackpot or you will end with nothing.

You put efforts, but luck and chance will stand along the way.

Of course, you will lose some money, but you will gain more than the money you put.




teh o, marilah secawan!

3)
hidup ini umpama secawan teh.

kalau tambah gula, jadi la teh o manis.

kalau tambah garam, masin la jadinya.

kalau tambah cuka jadi la masam.

kalau tak tambah apa2 kelat la jadinya.

jadi sebab teh ni anda sendiri nak minum, tambah la apa2 yang patut.

ikut la selera sendiri, asal tak memudaratkan diri dan org lain.


Wassalam.
Din_diet
R 132
12.06 am

p/s: sebenarnya esok ada CA dr sherry, tapi aku terpaksa memaksa diri utk tulis sesuatu kat blog. utk renungan bersama.sementara hidup ini masih ada, carilah maksud di sebaliknya...