Pada zaman dahulu, tersebutlah sebuah tempat yang tersohor dengan pusat pengajian ilmu berkaitan kesihatan. Malah diberitakan Hippocrates dan Ibnu Sina juga pernah menyebut tempat itu dalam kitab mereka.
Sahaya datanglah pemuda dan pemudi dari seluruh pelusuk tanah air untuk mendalami ilmu mereka selama tiga hingga lima tahun mengikut jenis pengajian yang mereka minati. Meskipun kadang-kadang berlaku juga keributan, namun mereka tidaklah terlalu ambil pusing dengan apa yang berlaku.
Syahadan maka pihak hulubalang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negeri telah memutuskan untuk menjadi lebih tegas. Mana-mana kenderaan pemuda-pemudi yang tidak ada 'sticker' terbaharu tidak akan lagi dibenarkan keluar masuk ke kawasan tempat pengajian.
Maka berduyun-duyunlah pemuda pemudi yang membawa kenderaan seperti keldai dan kereta lembu dan juga kereta sorong terpaksa memperbaharu 'sticker' mereka meskipun mereka tidak lagi akan berada lama di sana. Adapun dikisahkan bahawa 'sticker' itu mempunyai kuasa sakti yang diwarisi daripada Merlin dan juga P Ramlee. 'sticker' itu diyakini akan mampu melindungi harta benda pemakainya daripada segala musibah dan bala bencana.
Untuk mendapatkan 'sticker' itu bukannya mudah, wajiblah ke atas pemuda pemudi itu untuk menulis dengan kalam pada helaian papan yang kemudiannya perlu dicop mohor dengan cop jabatan laksamana yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pelajar. Mereka juga perlu menyediakan salinan beberapa lambang yang menjadi pengenalan mereka dan juga surat pengesahan milikan kenderaan yang sah. Kemudian pemuda dan pemudi ini perlu menyerahkan kepada jabatan hulubalang dan membayar sejumlah wang untuk mendapatkan 'sticker' yang lebih berkuasa. Khabarnya, 'sticker' kali ini direndam dengan air Sungai Nil berdekatan rumah Hosni penjual murtabak gelek.
Namun bukanlah semua pemuda pemudi itu ada kesempatan untuk menukar 'sticker' sepanjang masa karena sesetengah mereka tidak selalu ada di tempat pengajian ketika waktu pejabat hulubalang berurusan kerana hal-hal berkaitan pengajian mereka. Seorang pemuda, yang sedang berada di kota kerana urusan pelajarannya terpaksa bergegas dengan keldai tuanya yang dipacu selaju bunyi untuk mendapatkan 'sticker' hikmat terkini. Pemuda terbabit meninggalkan papan yang berisi permohonan untuk mendapatkan 'sticker' itu di pejabat laksamana pada tengah hari tadi. Beliau kini menunggu keputusan daripada pihak laksamana yang khabarnya bermesyuarat selepas itu.
Bersambung di jilid dua.
8 comments:
chaiyok! rase mcm kenal je dgn kisah pemuda dan keldai tua tu. lawak lah.wawawa :D. i give u 5star
keh3,ni patut copy-pate then letak kat soft board "lost n found depan kerani keseelamatan tu,.. memang satira habis!
terasa bace buku komsas...hehe
wow menarik! boleh masuk slot samarinda ni.
forever: tq.kenal itu pemuda dan keldai tuanya? keldai tua pun rock pe.haha
ibnu mutalib: haha.letak kat board tu.menarik2.
lea: tahun depan ada dalam komsas tingkatan lima hikayat ni.hehe
uteh: haha.tq.kalau boleh nak masuk dalam slot lestari.
nape aku rasa cam ada kritikan tersembunyi je dalam cite ni???
ngehehehe......
terbaik la din.......
artz: memang ada..hahaha.tq
haah,mmg terbaik dark artz,
(sambil tgk2 mr din ddah blk bilik ke lom dr iew bilik 147,hehe)
Post a Comment