Sejahtera ke atas kalian.
Syahadan maka keesokan harinya pemuda tersebut mendapati keldai tuanya mengalami musibah dengan kelukaan di bahagian kakinya.maka tidaklah dapat dia menunggang keldai itu seperti sediakala. Maka beliau pun bersabda kepada pemegang amanah saudagar dari tanah Jepun supaya sang pemegang amanah itu meminjamkan padanya kuda baka Jepun. Maka pemegang amanah itupun seraya memberi pinjam kuda itu. Saudagar Jepun tuan punya kuda juga telah dikhabarkan akan dia oleh berita itu.
Maka pemuda tersebut lewatlah ia tiba di kota pada pagi tersebut. Adapun pada waktu matahari tinggi pemuda itu kembalilah ia ke tempat pengajiannya untuk mendapatkan 'sticker' baharu itu dengan penuh berharap. Hal urusan di pejabat laksamana telah selesai. Lalu bergegaslah pemuda itu ke jabatan hulubalang bersama papan permohonan yang telah bercop mohor kebesaran orang kaya-kaya laksamana. Gembiranya hanya seketika kerana hulubalang bertugas mengkhabarkan berita bahawa pertanda bertugas ke atas 'sticker' hikmat tersebut bercuti. Diberitakan oleh rakyat jelata bahawa pertanda tersebut kembali ke Sungai Nil untuk merasa murtabak gelek bancuhan hosni untuk kali terakhirnya.
Maka dengan hati yang kecewa maka membawalah diri pemuda tersebut kembali ke kota untuk menyambung tugasnya. Maka hari berikutnya adalah cuti keputeraan baginda Nabi Muhammad Sholallahu alaihi wasallam. Maka keldai tua kepunyaannya dan kuda Jepun pun dibawa berubat di ibu kota supaya kembali sihat untuk melakukan pekerjaan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Syahadan maka berlalulah hari tersebut. Keldai tua pemuda tersebut telah kembali sihat. Beliau pun kembali ke kota untuk meneruskan urusan pekerjaannya. Maka pada tengahari tersebut, seperti biasa beliau memacu keldai tuanya kembali ke tempat pengajian bagi mendapatkan 'sticker' hikmat itu. Solatlah ia memohon doa akan kelancaran urusannya. Maka sebelum ke tempat hulubalang berkumpul, maka ia pun beredarlah ke pejabat tuan rumah sewa seri murni untuk menyelesaikan urusan sahabatnya.
Setelah usai urusan di rumah seri murni, berangkatlah pemuda itu ke jabatan hulubalang. Maka kerani itu jua telah pun kembali dari Sungai Nil dan akhirnya 'sticker' hikmat telahpun berjaya didapati oleh pemuda itu dengan bayaran satu riyal. Setelah dilekatkan 'sticker' hikmat itu pada keldai tua maka bercahayalah terang benderang seperti tidak pernah berlaku sebelumnya. Tersebutlah dalam riwayat bahawa keldai tua dan kenderaan-kenderaan lain yang mempunyai 'sticker' hikmat itu akan dilindungi dengan penuh keringat oleh hulubalang-hulubalang gagah perkasa daripada anasir-anasir asing yang mahu menghancurkan keamanan tempat itu.
TAMAT
3 comments:
hahaha~ wakarimasu!
tak sangka aku ko minat sastera klasik!
akhirnya tamatlah alkisah pemuda dan si keldai tuanya itu...
chanz: sastera klasik pun best kot!
forever: tamat sudah..
Post a Comment