Monday, September 26, 2011

Abang Long Kawasan Yang Baru #NUFC

Salam Sejahtera.




Entri kali ni adalah untuk mengisahkan tentang individu-individu tertentu yang dilantik sebagai abang-abang long kawasan yang baru dalam pertubuhan berkumpulan ini. Mereka merupakan orang yang berkelayakan dan berkemahiran tinggi.

-------------------------------------------------------------------------


Meskipun musim baru EPL telah mencecah 6 perlawanan, entri ini adalah untuk mengalu-alukan kedatangan pemain-pemain baru di St James Park. Setelah tamat musim 2010/2011, pengurus Newcastle United, Alan Pardew dibantu oleh Graham Carr mencari pemain-pemain baru untuk mengukuhkan pasukan NUFC bagi memberikan lebih saingan dalam Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012. Musim ini juga Newcastle seolah-olah cuba melancarkan Revolusi Perancis dengan mendapatkan pemain-pemain dari liga Perancis dan berbahasa French.

Berikut adalah pemain-pemain baru yang ditandatangani oleh Alan Pardew bagi menggapai visi dan misi beliau, peminat dan pemilik yang kedekut.


Yohan Cabaye
(25 tahun, 14.04.1986)
Kos: 4.3 juta pound
Jersi: 4

Pemain tengah antarabangsa Perancis mengambil keputusan berpindah dari kelab RSC Lille yang memenangi kejuaraan berganda Liga dan Piala Perancis musim lalu. Newcastle United membayar kira-kira 4.3 juta pound untuk mendapatkan khidmat Cabaye.


Demba Ba
(26 tahun, 25.05.1985)
Kos: Percuma
Jersi: 19

Penyerang antarabangsa Senegal ini menyertai Newcastle secara perpindahan percuma daripada West Ham United. Musim lalu menjaringkan 7 gol dalam 12 penampilan setelah berpindah dari kelab Bundesliga, TSG Hoffenheim. Beliau adalah seorang Muslim.

Sempat beliau sujud syukur selepas menjaringkan gol pertama sejak menyertai kelab ini di atas padang Sabtu lalu ketika menentang Blackburn Rovers. Alhamdulillah~


Sylvain Marveaux
(25 tahun, 15.04.1986)
Kos: Percuma
Jersi: 22

Sebelum ini hampir menyertai Liverpool namun beralih arah ke NUFC pada saat-saat akhir. Marveaux sebelum ini bermain untuk Stade Rennes di Perancis. Musim lepas dibelenggu kecederaan panjang yang menyaksikannya tersisih sejak November 2010. Beliau boleh bermain sebagai sayap atau pemain tengah menyerang.


Mehdi Abeid
(18 tahun, 06.08.1992)
Kos: Percuma
Jersi: 13

Pembelian pemain remaja Perancis ini dilihat satu pelaburan untuk masa depan. Musim lalu beraksi bersama pasukan simpanan RC Lens. Abeid ialah seorang pemain tengah serba boleh. Melakukan penampilan pertama untuk Newcastle United ketika menentang Nottingham Forest dalam Piala Liga 20 September yang lalu.


Gabriel Obertan
(22 tahun, 26.02.1989)
Kos: 3.5 juta pound
Jersi: 25

Bekas pemain sayap skuad Perancis Bawah 21, Obertan menyertai Newcastle United dari Manchester United setelah gagal meninggalkan impak di Old Trafford. Kehadiran Ryan Giggs, Nani, Ashley Young, Antonio Valencia dan Park Ji Sung mengehadkan peluang Obertan untuk bermain. Perpindahan ini diharap akan membantu Obertan mencapai potensi beliau.


Rob Elliot
(25 tahun, 30.04.1986)
Kos: 100,000 pound
Jersi: 12

Penjaga gol ini menyertai Newcastle United daripada kelab Liga Satu, Charlton Athletic. Peranan Elliot hanya untuk memberi saingan kepada Steve Harper dan Ole Soderberg di bangku simpanan sekiranya sesuatu terjadi kepada Krul.


Davide Santon
(20 tahun, 02.01.1991)
Kos: 5 juta pound
Jersi: 3

Bek kiri Santon menyertai Newcastle United dari kelab Itali Inter Milan, menggantikan Jose Enrique yang berpindah ke Liverpool. Pernah digelar Paolo Maldini baru, pemain muda ini mempunyai potensi yang besar dan pernah beraksi dalam Liga Juara Juara dan pasukan kebangsaan Itali sebelum ini. Boleh juga bermain sebagai bek kanan.


Newcastle United kini lebih cenderung mendapatkan pemain-pemain muda berpotensi dengan kos yang minimum. Polisi ini diharapkan akan mampu membuahkan kejayaan pada masa akan datang dan pada masa yang sama menstabilkan kedudukan kewangan kelab. Bagi Toon Army, era kelab berbelanja besar mendapatkan bintang-bintang terkenal dengan gaji tinggi tetapi tanpa pulangan berbaloi sudahpun berlalu. Peminat juga akan lebih berpuas hati jika Mike Ashley berbelanja lebih sedikit untuk seorang penyerang berkaliber.

Howay The Lads!!



P/S: akan datang - mereka yang telah pergi

2 comments:

Run Away said...

tgk2 jew neh..tak pandai pasal bola...;s

Din_diet said...

takpe.. ok je