Wednesday, March 27, 2013

Di Sebalik Tangisan





Tiada faedah pun diperoleh dengan membuatkan seseorang bersedih.
Begitulah kata seorang gadis yang memandang ke bawah,
yang menangis pada malam itu.

Jangan pandangku dengan kedinginan, ia membekukan darahku.
Aku tidak mempunyai payung untuk berteduh daripada realiti yang menghujaniku.

Meneruskan kehidupan juga adalah sebuah perjuangan.
Kerana itu, aku menyimpan jauh-jauh
Hatiku dan kisahku

Aku dapat melihat suria bersinar di sebalik tangisanku
Melalui jendelaku, aku dapat melihat langit biru kita yang dahulu

Ah, aku tidak dapat terbang seperti burung, tetapi..

Aku perlahan-lahan menutup mataku dan menangis
Supaya aku tidak lupa kesakitan yang aku rasa
Apabila aku membuat seseorang menangis..


#Namida no Mukou
Stereopony
Mobile Suit Gundam 00 Season 2 - 2nd Opening Theme
[11.02.2009]

No comments: