Sunday, March 31, 2013

Cinta Yang Kian Suram Tetapi Abadi





Cinta menghalang kau daripada menyedari 
bahawa “Cinta itu terlalu membebankan”
Sebelum ia bertukar menjadi benci.

Bukankah segalanya sama?
Kau selalu berselindung tentang perkara keji, 
Mengubah ia kepada realiti palsu.
Pada zaman penuh dilema dan putar belit ini,
Mungkin kita berdua yang pernah mengikat janji
Mengkhianati satu sama lain tanpa disedari.

Berpecah belah, tidak lagi cuba untuk memahami satu sama lain.
Adakah ini penghujung yang menanti kita?
Ketika aku bangkit, tidak dapat lagi menerima semua ini,
Aku tidak akan lari lagi daripada bayang kejatuhanku.

Ah, tidak kira berapa banyak kali pun, aku akan mencari 
pandangan matamu.. dan kehangatan tanganmu.

Kau berbisik “Cinta selalu melukai aku”
Kau mesti telah banyak menangis, takut untuk percaya bukan?
Ketahuilah kelemahanmu dan jadilah kuat
Dengan percaya dan tidak takut
Dan pasti kau akan temui cinta yang sebenarnya. 


#Hakanaku mo Towa no Kanashi
UVERworld
Mobile Suit Gundam 00 Season 2 - 1st Opening Theme
[19.11.2008]

2 comments:

chanz said...

haha nice!

tak perasan pulak lirik dia, ada kaitan gak la dgn premis cerita gundam 00

Din_diet said...

Boleh buat lagu kempen pilihan raya ni.haha!