Friday, April 5, 2013

Dua Orang Paling Berkuasa Di Semenanjung Korea

Salam Sejahtera.


Apabila nama Korea disebut, apakah yang terbayang dalam fikiran anda? K-Pop? Gangnam? Kimchi? Park Ji-sung? Peluru Berpandu? Samsung? Di sebalik Semenanjung Korea yang kian terkenal ini, anda mungkin tertanya-tanya siapakah sebenarnya orang yang paling berkuasa di semenanjung Korea ini.



Dua orang yang dimaksudkan ialah..


 Kim Jong-un : setiap hari memikirkan arah manakah hendak ditujukan 
peluru berpandu nuklear negaranya. Amerika atau Seoul?



PSY: hasil pendapatan tarian kuda beliau jauh lebih lumayan 
berbanding dengan tarian kuda kepang.


Kedua-dua mereka boleh dikatakan secara kasarnya gemuk. Ya, orang yang paling berkuasa di Semenanjung Korea adalah orang gemuk. Bukannya orang yang berbadan sasa seperti Rain, atau bermuka jambu seperti Super Juniror mahupun cantik seksi (dengan tambahan plastik dan emas) seperti SNSD.

Jadi, kepada mereka yang gemuk berbadan agak gempal, janganlah jadikan saiz badan anda sebagai penghalang untuk berputus asa! Dan jangan juga lupa untuk kuruskan badan secara perlahan-lahan. Pastikan mereka yang selalu mengutuk anda itu menelan balik ludah mereka.

Sekian.

No comments: